Wednesday, October 22, 2008

FileM "AYaT-aYat CinTa"


Anda pasti sudah menonton filem ini 10hb yang lalu. Saya sudah menonton beberapa kali filem hebat ini. Saya membaca banyak pujian diberikan oleh khalayak penonton Malaysia. Sudah tentu, orang Malaysia terkejut dengan sebuah filem yang tidak memerlukan "berahi.." dan "pontianak terbang.." seperti dalam filem Malaysia.

Sebenarnya saya berpendapat pujian harus diberikan kepada pengarang buku AYAT-AYAT CINTA ini, Abdurrahman asy-Syirazi, seorang lepasan Universiti al-Azhar. Indonesia patut berbangga mempunyai seorang novelis yang mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Anda faham maksud saya?

Perhatikan bagaimana pengarang menaikkan kedudukan seorang Indonesi (indonesian) di kacamata masyarakat arab Mesir. Dia sangat dihormati dan disenangi oleh sheikh-sheikh nya, rakan-rakan arabnya... dan malah dia begitu hebat hingga dapat memikat hati gadis-gadis daripada pelbagai latar belakang, Nora, si gadisMesir yang malang, Aisyah, gadis kacukan Jerman, Nurul, sahabat Indonesia sekuliah, dan juga Maria, seorang jiran perihatin yang beragama Kristian ortodok...

Di sini anda dapat melihat dengan jelas, bagaimana bangsa Indonesia ini diangkat begitu hebat, bermaruah dan dihormati.

Baik sekarang, bandingkan pula dengan apa yang "disumbangkan" filem-filem kita dan bagaimana merenka menggambarkan bangsa Malaysia di dalam kaca mata penonton. bandingkan filem ini dengan "Anak Halal", "Remp-it", "Kami", "impak maksima", dan lain-lain. Tontonlah filem ini, dan anda akan merasakan betapa bangsa Malaysia (melayu khususnya) sangat buruk dan hina.

"Adakah anda sedia membiarkan mereka menggambarkan bangsa Malaysia seperti dalam filem-filem ini?"

"Apakah anda setuju, inilah gambaran sebenar bangsa Melayu,,?"

Saya tertanya-tanya, tidak adakah penulis skrip atau pengarang yang mampu menghasilkan filem yang membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, mengangkat maruah kita di mata orang lain....????

rohidzir rais
www.al-Zuhaily. blogspot. com

penulis:

ketika mula membaca novel AYAT-AYAT CINTA yang dipinjamkan dari seorang sahabat, sy begitu teruja dan kagum akan ceritanya dan olahan ayat yang mendidik jiwa. Sungguh tidak pernah saya membaca novel sehebat ini.. Yang banyak mengandungi unsur-unsur Islam, banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisahnya.

Namun, setelah menonton filemnya, saya rasa sedikit terkilan ke adegan yang dilakonkan. Rasa macam tak percaya inikah gambaran cerita yang sebenar. Sekali tengok tak nak tengok lagi...
Kurang terkesan di hati..
Apa yang diceritakn di novel tidak digambarkan dengan sewajarnya...
Bagi sesiapa yang belum membaca novelnya pasti menghukum novelnya tak hebat mana jika judge pada filemnya. Saya difahamkan actor utama bukanlah seorang yang benar-benar bertudung.. Pengarahnya pula bukan Islam. Ini memberikan imej Islam sedikit tercemar..

Emm.Apa pula pendapat anda terhadap filem ini?

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum ukhti...

mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Habiburrahman tidak dilibatkan dalam pembuatan filem ayat-ayat cinta kecuali pada awal-awalnya sahaja, pastinya pihak produksi mahu meminta izin dan mengetahui jalan cerita. Justeru, Habiburrahman memang sangat kecewa dengan hasil filem tersebut. Nama pun filem, pastinya ada percampuran antara haq dan batil. ouh.. wallahu'alam.

kalau kamu mahu ubati kekecewaan kamu, ayolah nonton sang murobbi... :)