Friday, November 27, 2009

fadilat dan hikmah korban

alhamdulillah..kita dah sekali lagi diberi nikmat untuk mengecapi hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban dan hari raya haji..

alhamdulillah juga saya diberi keizinan oleh Allah untuk menyertai korban kali ini...
terasa lapang hati ini dan saya bersyukur sangat2 dapat menunaikan ibadah yang satu ini..
berkat jimat cermat dan limpahan rezeki kurniaan Allah, sy tekad pada kali ini.
moga2 tahun depan dpt peluang lagi...

rasa nk menitis air mata ini tatkala melihat lembu itu dibaringkan ke tanah..
lembu itu rebah dengan sendiri seolah2 redha dan bersedia untuk disembelihkan..
ia baring tanpa protes apa2..
seolah faham benar bahawa dirinya dijadikan sasaran korban kali ini..

Allahu akbar...Allahu akbar...
laa ilaha illallah...

begitulah laungan takbir kedengaran tatkala pisau itu sampai ke lehernya...

hati ini hiba..
sayu...

melihat darah memancut keluar dari lehernya..
ia mnedengus kesakitan..

Ya Allah...
ampunkan dosa-dosaku..
banyaknya dosa yang ku lakukan selama ini..

aku bermuhasabah....

jadikan aku kuat bila ditimpa sebarang musibah dan ujian...

jadikan hati ini tenang setenang air di kali...

............

sy tercari-cari apa hikmah korban sebenarnya...


Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla

semoga diri ini dapat mengambil iktibar dari ibadah korban ini..
amin..

12.06 a.m
kg paya bemban,
kota bharu..

Wednesday, November 4, 2009

selamat hari lahir buat diriku..

4 nov 09 -telah genap la umur sy yg ke 25..
emm..dah tua da...

makin lama umur kita makin pendek..
sebb apa..
sebb kita makin dekat dengn kematian...

terima kasih pada sahabat2 sbb bg wish pada sy
semoga Allah merahmati hidup kalian

sy sangat ceria...
walaupun kesihatan agak kurang memuaskan...

semoga diri ini lebih bersemangat menjalani kehidupan mendatang
semoga diri ini sentiasa ceria
semoga diri ini sentiasa dekat padaNya...

semoga impian sy akan tercapai hendakNya..