Friday, April 9, 2010

Trainer n trainee


tinggal beberapa minggu lagi, pemain-pemain cilik akan beraksi di perlawanan bola jaring peringkat kawasan negeri Johor.
Saya merupakan orang penting terhadap kumpulan ini...
Menjadi jurulatih pada mereka..
Setiap hari Rabu dan Jumaat kami akan berlatih..

Walau hujan dan panas, cukup atau tidak pemainnya..kami tetap berlatih dan terus berlatih..

Semalam saya keseorangan melatih mereka. Fuhhh..penat jugak..alhamdulillah dibantu oleh K.Farah selaku guru PASTI mereka..Boleh la mengambil alih ketika diri ini penat berteriak...

"Jaga kaki tu, jangan gerak masa pegang bola"

"Baling kuat-kuat"

"Fokus-fokus"

"Aim bola tu masuk gol"

sungguh kering tekak ini..hampir hilang suara.
Tambahan pula, ari tu hujan yang amat lebat...Tenggelam suara...
Ahh..perit sungguh tekak ini..

tetiba je k.farah keluarkan gula2 tuk sakit tekak..
a'ah, lupa pulak nk beli..

hari ni sambung lagi training..

ari ni hujan kurang lebat..

disebabkan hujan, kami main di bawah garaj je..
xpe, biar pun sempit dan x sesuai, tp ok lah..drpd x training langsung..

belum boleh main di padang lagi...sbb petang2 hujan..

ari ni asyik gelak je..mcm2 ragam diorng main..

cakp itu, diorang jawab ini...
aiseh..budak2 zaman sekarang..pandai betul menjawabnya..

td, sy tersalah ckp..
"ok. duduk berterabur semua,nk baling bola ni"

tetiba semua pemain duduk bersila..

adoooooiii...tersalah faham la pulak..
silap saya jugak. ckp 'duduk'..

"hahahha"

saya dan cikgu2 mereka sakit perut menahan ketawa....
nk pecah perut....

em....
sy bermuhasabah..

kanak-kanak yang masih suci ini mudah je ikut apa yang kita cakap..
kalu kita cakap lari, mereka lari...

oleh itu, kita kene selalu tuturkan kata-kata yang baik sahaja.yang positif sahaja.
mereka akan ikut apa yang kita cakap,tanpa screening dulu..betul atau salah apa kita cakap td..

hati2 bila bertutur dengan mereka..
cakap yang baik2 saja...
mereka mudah ingat walaupun sekali je kita bagitau..

minggu depan training lagi....
kalu