Monday, March 30, 2009

Bila Allah cepat makbulkan Doamu....



Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Ya ALLAH, kau berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu...
Ya ALLAH, jangan Kau pesongkan hati kami sesudah Kau berikan kami petunjuk...
Ya ALLAH, berikan kami hidayahMU...sepertimana Kau beri hidayah kepada golongan para waliMu...
Ya ALLAH, permudahkan segala urusan kami...
Ya ALLAh, murahkan rezeki kami...
Ya ALLAH, Kau jauhkan kami dari azab api nerakaMU..
Kau peliharalah kami dari segala malapetaka, bencana dan segala kejahatan...

Sunday, March 29, 2009

MaLam MuhasabaH...

Malam itu....
entah kenapa hati ini teringatkan kampung halaman...
padahal tidak sampai sebulan aku berada di sini...
entah la....
sayunye hati...
bila teringatkan mak, kakak, abang dan anak sedara yang comel2 belaka...
jiwa ini terasa kosong...kosong sekosong nye...
hati pula entah la..susah nak explain..
hanya Allah saja yang tahu....

malam itu...
terasa gatal je nak call kakak...
lama jugak ckp mlm tu..
mcm2 cerita yang dibualkan...
itulah kata orang....
lagi jauh..lagi dekat hati kita....
hanya telefon penghubung kita...

malam itu juga...
abangku telefon....
asalnya nak tanya aku, dah pos ke barang untuk anak sedara kat selangor..
jwabku..belum lagi..x sempat....
cadangnya hari isnin ni akan ku poskan..

mcm2 perkara yang kubualkan... sampai habis kreditnya.....
mlm itu...
rasa mcm ada sesuatu yang perlu ku rungkai selama ini...
tetiba je emosi menguasai diri...
mcm ada kekuatan.... yang Allah berikan...
malam itu...
aku bermuhasabah dengan abangku...
mengenai kita...apa yang dah kita buat selama ini..
sebagai membalas jasa mak, abang2 dan kakak yang menyara kita,
yang menyekolahkan kita, yang menghantar kita sampai masuk U...
apa yang dah kita buat untuk mereka...

setiap kali kita balik kg,
adakah kita gunakan masa yang ada dengan sebaiknya?
adakah kepulangan kita menggembirakan hati mereka atau tidak....

adakah kita selalu mendoakan mereka...
kalau bukan kita yang mendoakan mereka siapa lagi....?

air mata ku tidak tertahan..
terus tumpah ke pipi....
abangku yang mendengar di sana....sunyi sepi...
terdiam.....
tidak pernah adikmu ini seperti ini...

abang, inilah sedikit sebanyak luahan hati mak kepada kita..
tanpa abng tahu selama ini...
mak selalu mengungkit....pasal abang...
balik dah la sekejap....tapi x pernah lekat kat umah...
abng lebih pentingkan hal2 lain....kawan2 abang...
tapi mak kat umah.. mcm tunggul tunggu anaknya datang berbual, bermesra....
tapi pernahkah abng fikir soal hati mak...
dah lah mak dah tua...
tergamak abang buat mcm tu....
memang la mak x cakap depan kita...
tapi kita kena lah faham perasaan die..
kita berdua je yang tinggal jauh....
tapi yang jauh ni la... harapan mak
mak tak mengharapkan wang ratusan ringgit setiap bulan...
tapi yang dia harapkan adalah doa kita...
doa kita untuk kesejahteraan mereka....
kasih sayang kita....
yang tidak dapat dijual beli...

fikirlah,
hanya kita je yang masuk U...
so kita kene buktikan pada mak...
kita ni harapan keluarga...
tak guna kalu gaji tinggi, lepasan ijazah,
tapi akhlak kita, ibadat kita...
x melambangkan orang berijazah...
x guna....

air mata ni bercucuran laju......
hatiku sebak bila teringat keluarga kita....
terasa sayu bila mak ceritakan bagaimana kehidupan keluarga kita dulu...
bak kais pagi makan pagi... kais petang makan petang...
kita x pernah rasa...
sebb kita lahir di zaman yang dah berubah...
cuba tnya abg mie mcm mana kehidupan mereka waktu itu...
memang payah.....

walaupun kita jauh dari keluarga...
ingatlah doa kita yang menjadi perantara....
moga kita tergolong dalam golongan anak yang soleh.
amin...

Wednesday, March 25, 2009

BuaT MatA yang Sedang Menangis


Duhai mata yang sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka.
Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah
anugerah Allah yang tidak terhingga.
Ia mampu membunag racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa.
Bersyukurlah padaNya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!

Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan.
Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.
Sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya,
"Dan mereka menyungkur(sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (surah al-Isra':109)

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis". (Surah Maryam:58)

Duhai mata yang menangis....

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.
Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar, tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.
Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu mengangis kerana takut kepada Allah"
(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)

Tuesday, March 24, 2009

Si Keldai yang memakai serban

Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin istirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya.

“Assalamualaikum orang alim,” sapa seorang lelaki.

“Selamat dating tuan,” sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampong. Hampir semua penduduk kampong keluar menyambut ahli hikamh itu.

“tolong ajarkan kami….” Pinta mereka.

“jadilah guru ke[pada kami semua”

“Syukur tuan dating. Jika tidak jahiliah kami.”

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, “ Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?”

Orang-orang kampong itu pun menjawab, hampir serentak, “Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolong ajar kami.”

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya.

“Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu belajar daripadanya.”

Orang kampong tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat “pelajaran pertama” daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

Ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit.

Pengajaran: Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material, adalah tidak tepat.

Pakaian hanyalah umpama ‘topeng’ yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adalah lebih baik daripada topeng yang kita pakai.

dipetik dari majalah solusi isu4

Thursday, March 19, 2009

Hati oh hati


Ya Allah, Kurniakan Kepadaku Hati Seperti Ini….

Hati Yang Sedar

Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran badi sesiapa yang mempunyai hati(yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.”
(Surah Qaf 50:37)

Hati yang bersih

Firman Allah, maksudnya:”Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih(dengan iman dan amal kebajikan)”
Surah al-Syams 91:9)

Hati yang lurus

Firman Allah, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya.” (Surah Ali Imran 3:8)

Dan Kau Peliharalah daripadaku hati ini…..


Hati yang terhijab(tertutup)


Firman Allah, maksudnya: “Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu(Al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memeahaminya, dan Kami jadikan mereka pada telinga mereka pemyumbat(yang menjadikan mereka pekak).”
(Surah al-An’am 6:25)

Wednesday, March 11, 2009

Selamat Hari Lahir "KAKAK"

HAri ni adalah hari lahir anak saudaraku yang sulong. Nama manja'kakak'. nama sebenar NorAmiza.
Emm.. banyak cerita yang nak dikongsi berkenaan 'kakak' ni. tapi bukan sekarang. lain kali la..panjang ceritanya...

All de best to you...
Moga dipermudahkan urusanmu....
Dah besar dah die. 16 tahun...
tahun dpn SPM...

Hari ni juga saya present proposal master...
Alhamdulillah..berjalan lancar...
Tapi banyak yang perlu diperbaiki..
biasa la tu...

MOga diriku ini akan terus sukses sokmo....
Target tahun ni abis master insyaAllah..
dOakan moga dipermudahkan segala urusan..