Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Ibu..



selamat hari ibu saya ucapkan pada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu.
semoga kalian menjadi ibu yg terbaik dan solehah buat anak-anak kalian.
tidak lupa juga pada ibuku PN RAHMAH YUSOF yang membesarkan kami adik-beradik dengan susah payah memberikan kami sesuap nasi..

Ibuku sekarang berusia lebih 60 tahun. Namun, beliau masih kuat. ada-ada je kerja yg ingin dilakukan tiap2 petang..
nk demam rasanya kalau asyik diam sj kat umah tanpa melakukan rutin harian spt menanam sayuran di belakang umah...

Kini, sejak sy berada di perantauan hampir 7 tahun, kami jarang berjumpa dan berbual-bual. paling lama pun waktu cuti semester. itu dulu.

sekarang, masa pulang ke kampung sangat terhad. dek kerana tuntutan kerja sebagai seorang pelajar sarjana, sy jarang pulang. paling lama pun seminggu. itupun waktu raya puasa. ibu sy pasti merungut..alah sekejap je ke balik...nampak sangt di raut wajahnya, perasaan tidak puas untuk bermanja dan bermesra dengan sy..

kini, walupun sy pulang sekejap, 3 hari, sy akan manfaatkan masa tu tuk berbual-bual dan menolongnya apa yang patut.
hatta kalau beliau ingin pergi ke sesuatu tempat, sanggup die tunggu sy balik. pastu die akan tnye, bile nk pergi bandar..itulah soalan pertama yg ditanya..

kekadang, die akn melayan sy mcm sy ni umur belasan tahun. apa yg sy nk, mesti die tunaikan. contohnya bab-bab masakan...
rasa nk makan itulah, inilah..pasti die akan tunaikan...
tu yg membuatkan sy terharu dan berat hati nk pulang semula ke johor..
die akan layan sy sebaiknya...padahal sy dah besar...

emm..itulah ibu sy..
cara layanan nya tetap sama seperti dulu...
sy berusaha menggembirakannya setiap kali sy balik..
kalau berjauhan pun, sy akan pastikan setiap minggu sy akan sentiasa call..kekadang kami berbual sampai kehabisan kredit...

jika sy call die tak sempat angkat.. die akan tunggu call sy yg kedua...kekadang smpai larut malam..
sy ni pulak, lupa nk call balik selepas itu...
aduh, kesian ibuku...
pesanku, lain kali x yah tunggu..tido je..kekadang kita ni lupa...
sory mak ...




Lagu ini ku tujukan kahs buat ibuku yg tercinta..

DUHAI BONDA
(Nowseeheart)

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda