Thursday, February 26, 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza


Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

BUDAYA MENULIS SEBAGAI TANGGUNGJAWAB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


Menurut Imam al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang yang beriman dan orang munafiq. Ia menjadi ciri utama orang beriman iaitu amar makruf nahi mungkar. Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar adalah wajib bagi setiap individu selagi tidak tertubuhnya badan atau pasukan yang betul-betul melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Firman Allah :

“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya. ”

Kita sebagai umat Islam yang prihatin dan bertanggungjawab perlu melaksanakan tuntutan yang diperintahkan oleh Allah. Tuntutan tersebut perlu dilaksanakan dengan pelbagai cara atau bentuk. Salah satu cara atau bentuk bagi melaksanakan amar makruf nahi mungkar ialah dengan menjadikan budaya menulis sebagai tanggungjawab melaksanakannya.

Melalui penulisan kita dapat menyampaikan kebaikan yang perlu dilakukan dan keburukan yang perlu dijauhkan. Kita seharusnya menjadikan bidang penulisan ini sebagai medan dakwah kita. Medan untuk kita berkata-kata dan berbicara perkara yang hak dan perkara yang batil. Hal ini kerana, kemungkaran yang berlaku sangat berleluasa umpama virus yang menyerang komputer.

Bermacam-macam cara kita dapat menyampaikan amar makruf nahi mungkar melalui penulisan. Antaranya ialah melalui penulisan artikel yang mana kita dapat muatkan atau paparkan dalam majalah, akhbar ataupun dalam internet. Sebagai contoh yang dapat kita ambil di sini ialah kritikan dan teguran yang dilakukan oleh saudara Faisal Tehrani melalui internet terhadap satu filem di Malaysia . Beliau menegur dan menghina filem yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad yang mana terdapat banyak perkara yang bercanggah dengan syariat Islam.

Kita juga boleh menyampaikan penulisan melalui rencana atau berita. Memandangkan banyak penulisan sekarang terutama yang berbentuk berita banyak yang menyeleweng dari perkara yang sebenar. Justeru, kita sebagai orang yang faham dan mengetahui hakikat yang mana benar dan yang mana salah perlu menyampaikan dengan sedaya upaya agar masyarakat tidak berada dalam dilema pendustaan dan kejahilan.

Selain itu, penulisan melalui teks atau karangan iaitu melalui penerbitan buku dan kitab-kitab juga dapat melaksanakan amar mafruf nahi mungkar. Contoh buku dan kitab yang terkenal ialah Fiqh Sirah hasil tulisan Syed Ramadhan Al-Buti, Ala Toriq ad-Dakwah hasil tulisan Ustaz Mustafa Masyhur, buku hasil pemikiran Al-Maududi dan sebagainya.

Melalui budaya menulis ini kita dapat memahamkan orang yang masih tidak faham dan orang yang tidak mahu faham tentang Islam. Walaupun yang memberi kefahaman adalah yang Maha Kuasa, namun pokok pangkalnya kita sebagai hamba Allah yang faham tentang Islam perlu berusaha dalam menyampaikan kefahaman tentang Islam kepada manusia.

Firman Allah :

“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahitkan bagi manusia (supaya) kamu menyuruh dengan makruf dan melarang dari yang mungkar. ”

Dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar, kita tidak perlu rasa gentar dengan pelbagai ancaman dan cabaran. Kita perlu berani menegakkan kebenaran. Lumrah dalam berdakwah ada rintangan dan penghalangnya. Masyarakat hari ini perlu disedarkan dari kelalaian dan kesedaran. Maka, melalui budaya menulis dapat menyedarkan manusia yang terus lalai dan leka dibuai arus budaya hedonisme. Bukan sahaja pembaca, malah sekaligus dapat menyedarkan dan mengingatkan kepada penulis sendiri tentang perkara yang disampaikan kepada pembaca.

Budaya menulis ini kita perlu terapkan dan tanamkan kepada generasi muda agar bidang penulisan ini menjadi salah satu medan untuk kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kita mengharapkan usaha-usaha penulisan dapat dipergiatkan lagi dan diteruskan serta dapat melahirkan penulis-penulis Islam yang mampu berperanan melalui ketajaman penanya untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar serta melihat Islam kembali dihayati dalam erti kata yang sebenar.

Ummi Najibah Bt Tanuri
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Pada saya, berdakwah melalui medium internet seperti berblog juga salah satu cara penyampaian maklumat. Zaman sekarang ilmu tanpa sempadan. ilmu di hujung jari saja. mudah. canggih. cepat.

Jadi, gunakan peluang dan teknologi yang ada untuk kita terus berdakwah..
Gunakan gaya penyampaian yang mudah difahami, tidak terlalu 'berat', santai dan menarik...

Jom berblog!!!!

Sunday, February 22, 2009

Berhati-Hati Menjaga Hati


KATA IMAM GHAZALI:" Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran.
Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur.."

Rasulullah s.a.w bersabda:" Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu"

Dosa adalah "virus" yang menyebabkan hati rasa sakit. Hati yang sakitmudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Apabila "raja" (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun takhta, dan naiklah "penjahat" (nafsu) sebagai penguasa baru yang akan mengajak diri kepada kejahatan.

Ada 4 tahap virus dosa merosakkan hati manusia:

1) Rasa bersalah dengan dosa


pertama kali buat dosa, jiwa resah, hati diburu rasa bersalah. kesalnya bukan main.sesalnya sungguh merimaskan. rasa bersalah menyeksa diri sebaba kita berperang dengan diri sendiri.

2) Rasa biasa dengan dosa


Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama diulang beberapa kali, rasa bersalah itu akan hilang, sedikit demi sedikit. lalu, akhirnya hati itu telah terbiasa dengan dosa. rasa bersalah tidak akan datang lagi. jika dulu air mata yang mengalir keraa=na kekesalan dan penyelesaian tetapi di tahap kedua ini, tiada lagi airmata. alah bisa tegal biasa. hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa.

3) Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu "racun" yang disalut kemanisan dan keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati. dari tahap terbiasa dengan dosa,"penyakit" hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa

Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. racun dosa bertukar nikmat. tiada lagi rasa bersalah.

4) jadi pembela kepada dosa

nafsu tidak pernah puas. kehendaknya tiada batas. syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. usahanya tidak pernah kendur. lalu syaitan meluncur laju di "lebuh raya" nafsu dengan kenderaan sifat-sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk maju setapak lagi. itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat. keseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

Allah berfirman: " dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka hari akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya." (Surah al-Isra' 17:72)

Monday, February 16, 2009

Sambutan Hari Kekasih Salah Disisi Islam


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).



Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : ‘Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.’ Surah al-Ghaafir: 39

dipetik dari www.hariridaud.com

Sunday, February 15, 2009

Usrati Jannati



Semalam, hari yang penuh bermanfaat buatku.
Atas ajakan seseorang yang ku panggil "Kakak", saya bersetuju untuk mengikuti ke suatu tempat di mana berlangsungnya usrah. tapi usrah ini lain dari yang lain. tidak pernah saya hadiri usrah yang santai dan bersahaja tapi penuh pengisian dan meninggalkan kesan yang cukup bermakna..

Ada beberapa cerita yang saya ingin kongsi bersama sahabat.

Cerita 1: Kisah perempuan dengan biskutnya.


Semasa menunggu flight, perempuan ini masuk ke bilik menunggu VIP sambil membaca buku.
tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki duduk di sebelahnya.
di hadapannya ada biskut. lalu perempuan itu mengambil sekeping biskut.lelaki itu juga mengambil sekeping biskut yang sama. setiap kali perempuan itu mengambil biskut sekeping, lelaki itu akan mengikut perbuatan yang sama. Apalagi, perempuan itu berasa geram dan marah-marah dalam hatinya.. Dia marah pada lelaki itu kerana mengambil biskutnya sehinggalah ke kepingan yang terakhir, lelaki itu mengambil dan mematahkan biskut itu menjagi dua. sekeping untuk die dan sekeping untuk perempuan tersebut. Perempuan itu marah-marah dan menyumpah dalam hatinya...

setelah itu perempuan itu pun keluar menuju ke balai berlepas...

Apabila dia membuka bed kecilnya untuk mengambil kaca mata, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati biskutnya masih ada di situ..

Betapa malunya die pada lelaki itu kerana telah makan biskutnya.
Tambahan pula dia mengutuk2 lelaki itu. Bagaimana harus dia meminta maaf pada lelaki itu kerana telah makan biskutnya

so, apa moral story yang boleh kita ambil??

Sebelum kita memarahi atau mengutuk seseorang, siasat dulu betul ke apa yang dia buat.

Apa yang telah kita lakukan tidak boleh kita berpatah balik.
begitu juga dengan kata-kata, apa yang kita ucapkan tidak boleh ditarik balik.
oleh itu berhati-hatilah menuturkan setiap kata-kata.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ....makan diri sendiri....

Ada 4 perkara yang tidak boleh ditarik balik;

1. apabila kita baling batu
2. kata-kata yang di ucap
3. peristiwa yang telah lalu
4. masa yang lalu

Cerita 2: Tukang Kayu


Pada suatu hari, tukang kayu ini telah menyampaikan hasratnya untuk berhenti kerja.
Namun majikannya enggan untuk menerima pemberhentiannya kerana beliau seorang pekerja yang baik.

Tetapi majikannya telah menyampaikan hasrat yang terakhir sebelum beliau berhenti. Majikannya mengarahkan untuk membina satu rumah.

Tanpa banya soal, beliau melakukan rutin kerjanya seperti biasa, tetapi hasil kerjanya kali ini kurang memuaskan dan sambil lewa...
Maka terhasillah rumah yang kurang kualiti dan kepuasan hati..

Setelah siap, majikannya berkata. "This house is for you as my gift"

Alangkah terkejutnya dia.
Kalaulah dia tahu rumah itu dibina untuk dirinya sudah tentu dia akan membuat yang terbaik dan mengikut citarasanya.

So, apa moralnya???

Setiap apa yang kita lakukan mestilah yang terbaik..
Niatkan dengan ikhlas setiap apa yang dilakukan adalah keranaNYA.

YOU ARE CARPENTER OF YOUR LIFE
EACH DAY YOU HAMMER A NAIL
PLACE A BOARD OR ERECT A WALL
YOUR ATTITUDES AND THE CHOICES
YOU MAKE TODAY
BUILD YOUR "HOUSE" FOR TOMORROW

BUILD WISELY!!!

ASK GOD TO BE THE MASTER-BUILDER OF YOUR LIFE
HE WILL SHOW YOU HOW TO BUILD A STRONG FOUNDATION
FOR THE "HOUSE" OF YOUR LIFE

cerita 3: perempuan tua dengan dua tempayannya

selama dua tahu, perempuan tua ini mengambil air dari sungai menggunakan dua tempayan yang digantung pada kayu di bahunya. satu tempayan ini masih elok, manakala satu lagi telah bocor...

apabila sampai di rumah, air dalam tempayan yang bocor ini tinggal separuh.
tempayan ini berasa sedih kerana berasa dirinya tidak berguna kerana hanya dapat memenuhi separuh sahaja air.

Perempuan tua ini memujuk dan berkata, cuba engkau perhatikan sepanjang laluan kiri engkau,

aku telah menabur biji benih bunga di sebelah kiri laluan. sekarang bunga2 telah hidup subur kerana bakti engakau.,engkau telah menyiramnya tanpa kau sedari.
ingatlah bahawa, walaupun kau mempunyai kekurangan, tapi jika kekurangan itu kau ambil secara positif,ia akan bermanfaat untuk yang lain

Begitulah dalam kehidupan kita...
setiap kekurangan itu jika kita gunakan ke arah positif, ia akan bermanfaat juga pada yang lain...

Setiap orang tidak akan sempurna, pasti ada kekurangannya,

Jadi, kita janganlah terlalu mengharapkan orang sekeliling kita akan sempurna dari segala segi.
terimalah ia seadanya...

Kuasa Mata


di akhir slot, kami perlu berpasangan. Pasangan ini orang yang tidak rapat dengan kita.

Arahan: anda dikehendaki merenung mata pasangan anda(sejenis)dalam-dalam.Fikirkan apa peristiwa atau masalah yang membebankan fikiran anda..
renung mata pasangan kita dalam-dalam..
berkatalah dengan hati anda....
bercakaplah dengan hati anda..
apa yang terbuku dalam hati selama ini...
renung dalam2 mata sahabat anda...

sampai ke satu tahap,
anda akan menangis dengan sendiri...
menangis kerana memikirkan masalah itu....
bercakaplah dengan diri anda....
luahkan segalanya...
renunglah matanya.....
dalam-dalam...

selepas itu, luahkan apa yang terbuku di fikiran anda...
anda akan menangis...
sahabt dihadapan anda akan menggosok anda..
memeluk anda...
memberi kata-kata semangat pada anda...

Alhamdulilah, selepas slot ini, beban fikiran sya telah berkurangan...
walaupun masalah itu belum selesai, tetapi sekurang2nya ia akan meringankan gangguan fikiran kita....

Begitulah hebatnya kuasa mata...

Anda boleh praktiskan sendiri.
Anda boleh lakukan di depan cermin...
dengan merenung tajam mata anda....

Saturday, February 7, 2009

PetuA Hilangkan Mengantuk SemaSa Memandu


Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg
dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.

Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TA'KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK
TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan
adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

(p/s..ni nak bace mase sebelum makan pun elok..boleh elakkan keracunan n ape2 yg x baik dr makanan insyaAllah)

SELAMAT MENCUBA !!

Sunday, February 1, 2009

sedikit coretan

Dah lama rasanya tidak menulis di blog ni. Walaupun selalu buka, tapi kekeringan idea untuk menulis sesuatu...

Seminggu x buka blog, kerana balik bercuti di kg. almaklumlah kat umah xde internet, jauh sekali wireless...

Best balik kg...
Dapat makan masakan mak...yang best...
bile la aku nak mewarisi bakat mak yang pandai memasak..
Nak belajar, tapi kekurangan masa tambahan pula dah hampir 6 tahun aku merantau di negeri orang... bile la agaknye dapat menetap di negeri sendiri...
rancangnye, lepas belajar ni nak mintak kerja kat area pantai timur je... senang sikit nak balik kg, dekat.. x larat dah duk travel seharian. johor-kb-johor..

balik kg kali ni, aku terpaksa naik keretapi kul 6.30 pg. sampai kat stesen wakaf baru 9 mlm.. huh...lama sungguh duk dalam keteapi..penat sih...nampk hutan je kiri kanan..pening jg kepala nih...

ari sabtu, dapt mesej dr KTM wakaf baru, "sila ambil moto anda"..
tghr tu terus pegi ambk moto tnpa fikir apa2..

smpai kat sn...
YA Allah, aku lupa bawak kunci moto...
terpaksalah abg ku berpatah balik ke rumah, amik kunci..
Ya Allah kesiannya abgku....
aku rasa betul2 bersalah..kerana menyusahkan die....
hmpir sejam juga ku tunggu....
dlm masa yg sama, kawanku telah smpai kat umahku...dtng ziarah aku....
dah sejam die sampai umah... alahai kesiannya....
apalah yg x kene ngan ku ari tu...
aku muhasabah diriku yng kerdil ini..
mungkin ada sesuatu yang Allah nak tegur...

on d way balik ke rumah pulak. tetiba aku teraccident sendiri...
aku hampir terlanggar sekumpulan ayam di tengah jaln..
aku apa lagi.. terus brek emergency...
sampai terseliuh kakiku...
bengkak juga smapai x leh jaln....

YaAllah, banyaknya dugaanku ari tu..
aku bermuhasabah....

esoknye, kakiku semakin membengkak..
kakakku bawa ku pergi jumpa tukang urut..
alhamdulillah..kakiku semakin ok....
risau jgk ..coz nnti aku kene drive kete sendiri dr KL ke johor....
alhamdulillah ...sekarng semuanya selamat...

sekarang ni aku tengah sibuk buat preparation untuk present proposal master hujung bulan ni..
bile bukak email ari ni...
Ya Allah... kene submit proposal 4 hari lagi....
sempat ker??
supervisorku dah suh hantar draf kat die sejak cuti lagi..

Ya Allah permudahkan segala urusanku..
kuatkan semangatku..
janganlah aku mudah mengalah dan berputus harap
hanya kepada Mu lah tempat aku bertawakkal dan bergantung..
Amin....