Friday, December 31, 2010

Tahun baru 2011..apa azam kita???



Setiap tahun baru mesti kita tanya pada diri apa azam kita tahun baru.
macam-macam azam kita. ada yang nak berjaya dalam hidup, nak dapat perkerjaan yang baik, nak itu dan ini..
alhamdulillah, moga azam yang baik itu akan tercapai.amin

apa azam saya tahun ini ye..?

em..sy akan siapkan thesis dan submit dalam awal tahun ini.amin.
dan selepas itu, nak kerja..dan ....

tp supervisor ada tanya saya, x nak sambung pHD ke?ada scholar Brain15..
em..saya mengira-ngira 'kalkulator' dan menggaru kepala yang tak gatal..

"Nanti sy istikharah dulu"..itu jawapan pendek sy..
InsyaAllah, jika ada rezeki sy akan sambung. Bila ??
belum diputuskan lagi..apapun biarlah siap thesis master dulu..
Moga Allah permudahkan..

Em, ada sesuatu yang saya ingin kongsi bersama anda.
Saya terbaca satu buku yang sangat bagus. karya Badrul Hisham Shari yang bertajuk I LOVE U TOO..

Apa yang sy ingin kongsi adalah subtopik yang bertajuk post mortem amalan..

Ahli dunia(orang yang cintakan dunia) menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang begitu meriah.Macam hari raya.ada percikan bunga api.ada konsert. hiburan sana, hiburan sini.macam-macam bentuk hiburan yang melarakan.

Tapi ahli akhirat ni, sepatutnya merayakan kedatangan tahun baru dengan membuat muhasabha atau post mortem terhadap amalan tahun lalu. membanggakan atau lebih teruk dari tahun sebelumnya?

jika sebelum ini kita hanya bertudung ketika hendak keluar rumah shj, tahun ini kita berazam dan berusaha untuk menutup aurat kita di mana shj ada bukan mahram kita..
di rumah apatah lagi di luar rumah..
segan dan malu..? rasa pelik pakai tudung di dalam rumah? nanti apa pula orang kata?
segala macam hati berkata..argh, tahun ini aku mesti berubah. lantak la apa orang kata. yang penting hati kita tenang dan selesa dan yang paling penting rasa dekat dengan Dia.

jika sebelum ini, solat pun macam dulu-dulu, sama macam mula-mula baligh. apa kata tahun ini kita cuba untuk memperbaiki solat kita. selalu refresh cara solat yang betul dan sempurna dengan menghadiri kuliah agama atau pembacaan..

jika sebelum ini, kita selalu menambah ilmu dengan bacaan ringan seperti mangga, uRTV dan segala macam majalah picisan hiburan yang lain, apa kata tahun ini, kita bajai hati kita dengan baja yang subur utk menghasilkan buah yang baik, sedap, manis.
Bacalah buku-buku yang bermanfaat. majalah yang mendidik jiwa. barulah hati kita hidup. Hidup dalam keimanan.

okey, rasanya pelbagai lagi perkata yang perlu kita muhasabah.
Ubahlah diri kita ke paradigma yang lebih baik.

selamat berhijrah diri !