Monday, November 24, 2008

SuArA di PerHentiaN..


Di sebuah perhentian, terdengar suara suram mengalu-alukan kehadiran anda….

“Salam sejahtera!”

Suasana tiba-tiba hening, tanpa sebarang suara, lau terdengar pula …

”Selamat datang ke perhentian Barzakh! Perhentian yang akan membawa anda ke destinasi yang abadi!” tiba-tiba terdengar suara entah daripada mana…

Suara itu bersambung lagi…

Sebentar tadi anda telah dijemput oleh En Izrail daripada perjalanan kehidupan untuk memasuki perjalanan kematian. Sebagai imbasan, di perjalanan kehidupan yang baru sahaja anda tempuhi sebentar tadi, anda telah menempuhi beberapa perhentian.

Masihkah anda ingat di perhentian pertama sebelum anda memulakan perjalanan kehidupan? Ya, tepat sekali; perhentian roh di mana anda disenyawakan. Selepas keluar daripada perhentian ini, anda mula memasuki perjalanan kehidupan yang terhenti-henti di beberapa perhentian. Antaranya perhentian bayi dan perhentian kanak-kanak. Kedua-dua perhentian ini amat mudah ditempuhi kerana rekod perjalanan anda tidak dicatat oelh En Raqid dan En Atid.

Ingat lagi perhentian berikunya? Ya, perhentian remaja, perhentian dewasa dan perhentian tua. Ketiga-tiga perhentian ini anda benar-benar menikmati perjalanan kehidupan yang sebenar-benarnya. Dan di perhentian-perhenti an inilah rekod perjalanan anda dicatat oleh En Raqib dan En Atid.

Dan sebentar tadi, tamatlah sudah perjalanan anda di lebuh raya kehidupan. Ia tamat sebaik sahaja En Izrail menjemput anda….

Suasana hening lagi. Tidak lama kemudian, terdengar satau pengumuman….

Pengumuman penting! Pengumuman penting!

Bila-bila masa En Munkar dan En Nakir akan tiba untuk menyambut kehadiran anda. untuk menguji minda dengan beberapa soalan-soalan bocor, sebagaimana berikut;
1. Siapakah Tuhan anda?
2. Apakah Agama anda?
3. Siapakah Nabi anda?
4. Apakah Kitab anda?
5. Di manakah Kiblat anda?
6. Siapakah Saudara anda?

Mudah bukan soalan-soalan tadi?

Jadi anda tidak perlu risau. Kerana persoalan-persoalan tadi akan diberi layanan-layanan yang berbeza mengikut rekod perjalanan anda di lebuh raya kehidupan tadi…

Bagaimana rekod perjalanan anda? Alhamdulillah jika anda berpuas hati. Jika anda tidak berpuas hati pun, sudah tidak boleh berundur lagi, kerana perjalanan yang telah diberikan sudah terlalu lama, ada yang 60 tahun, ada yang 70 tahun, ada yang 80 tahun, ada yang 40 tahun dan sebagainya…. Di sini tidak ada jalan ”U Turn”.

Sementara menantikan kehadiran En Munkar dan En Nakir, sila semak rekod perjalanan anda di lebuh raya kehidupan sebentar tadi.

Mungkin anda menempuh perjalanan kehidupan sebentar tadi dengan penuh hati-hati dan akhirnya selamat sampai di penghujung perjalanan lebuh raya kehidupan ini dengan hati yang tenang apabila dijemput oleh En Izrail tadi. Anda bertuah kerana layanan yang akan diberikan oleh En Munkar dan Nakir adalah amat istimewa sekali! Jadi tahniah untuk anda.

Dan mungkin ada juga daripada kalangan anda yang yang pernah terbabas. Jika anda sempat untuk membetulkan pemanduan dan mengubah haluan, alhamdulillah, insya-Allah anda akan dilayan dengan baik juga oleh En Munkar dan En Nakir.

Walaubagaimana pun, sekiranya anda terbabas dan tidak mengambil iktibar untuk membetulkan pemanduan dan mengubah haluan, dan seterusnya anda kemalangan, berita buruk untuk anda. Sudah pasti sebentar tadi anda menganggap En Izrail sebagai tetamu yang tidak diundang. Diharap anda jangan salahkan beliau, kerana beliau hanya menjalankan tugas daripada Tuan Yang Di-Atas. Dan sekarang anda telah tiba di perhentian ini, sudah tidak ada ruang untuk anda kembali.

Ingat! di sini tidak ada jalan ”U Turn”.

Sebentar nanti, En Munkar dan En Nakir akan tiba dengan wajah yang bengis. Dan yang pasti, soalan-soalan bocor tadi tidak mudah untuk anda menjawabnya sekalipun anda telah menghafalnya.

Oh, di sini juga terdapat daripada kalangan anda yang melalui jalan ”short cut” untuk ke sini. Tentunya anda adalah daripada kalangan mereka yang melalui jalan jihad dan syahid untuk sampat ke sini. Tahniah dan anda amat beruntuung kerana anda tidak perlu berhadapan dengan En Munkar dan En Nakir seperti orang lain. Selepas perhentian ini, anda akan dibawa dengan mudah dan pantas, lebih pantas daripada Komuter, LRT, Nuri atau Monorail, untuk menuju ke destinasi yang abadi.

Tidak kira apa sahaja rekod perjalanan anda, selain daripada mereka yang datang dengan jalan ’short-cut’, anda tidak akan terlepas daripada ditanya oleh En Munkar dan En Nakir. Oh, sesungguhnya anda tidak boleh memalsukan rekod perjalanan anda kerana ia telah pun direkod oleh En Raqib dan En Atid sewaktu anda berada di lebih raya kehidupan sebentar tadi. Anda sudah lupa?

Selepas perhentian ini anda akan dibawa ke perhentian Mahsyar untuk dihitung segala rekod-rekod perjalanan anda di sepanjang lebuh raya kehidupan tadi. Ia akan dibantu oleh En Raqib dan En Atid. Oh, sekali lagi jangan salahkan mereka berdua kerana mereka berdua pun hanya menjalankan arahan daripada Yang Di Atas. Di sinilah rekod perjalanan anda akan disemak oleh Tuan Yang Di-Atas untuk menentukan sama ada keahlian anda diterima atau ditolak.

Kemudian, selepas perhentian Mahsyar, anda akan akan dibawa ke untuk menyeberangi jambatan gantung Sirat yang sebesar rambut dibelah tujuh sahaja. Rekod perjalanan anda yang telah disemak di hentian Mahsyar tadi akan menentukan kelancaran anda untuk menyebarangi jambatan gantung ini.

Di destinasi terakhir nanti, jika keahlian anda telah diterima, anda akan disambut dengan mesra oleh En Ridzuan. Jika keahlian anda ditolak, maka anda terpaksa berhadapan dengan En Malik yang bengis. Bergantung kepada rekod perjalanan anda sama ada selamanya keahlian anda ditolak, atau ia ditolak sementara sebelum ditransitkan dan seterusnya diterima keahlian. Barangsiapa yang diterima keahliannya, akan diberi peluang untuk menatap wajah Tuan Yang Di-Atas

Suasana hening lagi. Tidak ada suara suram kedengaran buat seketika….

Nampaknya En Munkar dan En Nakir hampir tiba, itu sahaja pesanan yang ingin disampaikan untuk anda yang sedang menunggu giliran.

Anda tidak mampu mengubahnya!

Tiada lagi suara-suara suram kedengaran, yang terdengar selepas itu hanyalah suara-suaran ANDA!

Thursday, November 20, 2008

KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH



katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!



Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!



Apakah itu amal yang sia-sia?


Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.


Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanya an sebegini. " Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu.

Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk.

Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara.



Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)

Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan.

Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas; " Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut? " Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat.

Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin. .

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..



Semoga dengan rahmat Allah swt, kita semua umat Islam....diampunkan segala dosa,dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka....diberi petunjuk yang benar dalam perjalanan hidup ini....dan dikurniakan syurga firdaus

Wallahu'alam

sumber: iluvislam.com

Harga Minyak Turuunnn Lagi...

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.

Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.

"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,

"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.

Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.

Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.

Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.

Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,

"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.

"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.

Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.

Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.

Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.

Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.

Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai.

Thursday, November 13, 2008

Sunday, November 9, 2008

Kisah Yang Mungkin Nyata

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus

duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku......Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak.... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku.... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ....Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis........ masaku telah terlewat.... aku
sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Umat Islam Kini dan Pembetulan Persepsi terhadap proses Keilmuan



Pada teorinya umat islm dan ilmu tidak dapat dipisahkan.
Namun realitinya kita dapati umat Islam begitu terkebelakang dalam perlumbaan menguasai ilmu pengetahuan moden. Memang benar umat Islam pada suatu masa dalam sejarah pernah menguasaitamadundan keilmuan, tetapi kebanggaan itu seolah-olahtiada kesinambungannya dengan realiti umat Islam sekarang.

Mengapa perkara ini terjadi?

Secara umumnya kita dapat katakan antara sebab utama ialah kerana umat Islam tidak lagi benar-benar mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.Namun jika kita halusi mungkin terdapat kesilapan besar dalam kita mentafsirkan cara memenuhi tuntutan ilmu di dalam Islam

Beberapa contoh dapat dikemukakan tentang bagaimana berlakunya silap pentafsiran tentang ilmu dan tuntutan ilmu di kalangan umat Islam sekarang.

Pernah suatu ketika di mana umat Islam menganggap ilmu yang dituntut dalam Islam hanya berupa ilmu fardhu ain seperti ilmu syariat, usuluddin, tafsir dan hadis sahaja. Ilmu-ilmu seperti ilmu sains dan teknologi , ilmu perniagaan, ilmu pengurusan dan lain-lain lagi menjadi suatu yang terasing kerana dianggap ilmu keduniaan semata-mata serta "tidak menghampirkan diri kepada Allah SWT".

Tanggapan demikian berlaku selepas berakhirnya era kegemilangan tamadun umat Islam iaitu selepas berakhirnya Khalifah Islamiah di Turki dan bermulanya era penjajahan di Turki dan bermulanyaera penjajahan Barat ke atas negara umat Islam.

Setelah kebanyakan negara umat Islam bebas dari penjajahan, ilmu-ilmu fardhu kifayah tertinggal dalam kesinambungan ilmu. Kegemilangan ilmu masih lagi belum dapat dicapai oleh umat Islam hari ini bahkan tidak keterlaluan lebih tiga puluh tahun ke belakang dari sudut pencapaian ilmu dibandingkan dengan bukan Islam khususnya negara-negara barat.

Itupun jika dibandingkan dengan negara-negara majudengan negara membangun seperti Malaysia bukan lagi negara-negara dunia ketiga yang majoriti rakyatnya masih belum mengenal komputer mahupun internet.

Negara-negara barat sudah meneroka angkasa lepas lebih tiga puluh tahun dulu sedangkan tiada sebuah pun negara umat Islam yang mampu menerbangkan sendiri angkasawan kita untuk meneroka angkasa hingg sekarang.

Selain dari itu apabila merujuk kepada pencapaian dan perolehan ilmu, umat Islam lebih mementingkan kepada penghafalan dari bentuk-bentuk lain dalam proses pengilmuan. proses penganalisaan, kritikan, penilaian, kretiviti, dan inovasi kurang diambil berat.

Tradisi ilmu umat Islam amat menekankan kepada penghafalan. Penghafal al-Quran amat disanjung dan dimuliakan di dalam Islam. para ulama mesti menghafal beribu-ribu hadis barulah dianggap ulama muktabar.

Penerusan budaya dan keunggulan penghafalan umat islam perlu dikekalkan kerana ini adalah suatu kelebihan kepada umat Islam.

Namun amat malang sekiranya umat Islam kurang menumpukan kepada segmen-segmen lain dalam proses keilmuan. Penekanan kepada penghafalan semata-mata akan menjadikan umat Islam yang jumud, bertaklid buta, tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah dan tidak inovatif mencipta barangan-barangan baru keperluan umat Islam.

Umat Islam juga silap dalam memahami proses pemerolehan ilmu. Sebagai contoh bagi menggalakkan seseorang menuntut ilmu, para ulama akan segera merujuk kepadas ayat pertama surah al-Alaq iaitu Iqra' yang bererti 'Bacalah". Dengan demikian umat Islam digalakkan membaca sebanyak-banyaknya.

Ironinya lagi, mereka mungkin membaca berbagai-bagai bahan bacaan hasil seruan Iqra' tetapi lupa membaca Al-Quran, sumber utama di mana Iqra' di wartakan.

Apakah dengan membaca sahaja umat akan jadi berilmu? Di dalam al_quran selain seruan Iqra' terdapat lgi seruan-seruan lain bagi menghasilkan bukan sja umat berilmu bahkan beriman dan bertaqwa.

perhatikan saja ayat-ayat berikut:

" Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya." (Surah 'Abasa:24)

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembang dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu." (al-Mulk :19)

" Katakanlah; 'Berjalanlah di muka bumi kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." (Al-An'am :187)

Bagi membuka fikiran manusia agar menerima keesaan Allah, ayat-ayat Al-Quran di atas telah menyeru manusia agar melihat, mengembara serta memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah iaitu alam itu sendiri.

Ibnu Khaldun umpamanya mengembara dari sebuah negara ke sebuah negara sambil mencatat segala aspek sosiologi dan geografi tempat yang dilawatinya.

Dua perkataan moden yang paling sesuai menggambarkan aktiviti di atas adalah penyelidikan (research) dan penerokaan ilmu (explore) di mana masih kurang di kalangan negara Islam sekarang.

Di universiti memang banyak penyelidikan namun sebahagian dari apa yang dinamakan penyelidikan itu hakikatnya bukan penyelidikan tetapi sebaliknya yang lebih banyak terhasil adalah plagiarisme dan pencedokan ilmu (terutamanya bagi peringkat Diploma dan Sarjana Muda)

Tidak hairan ramai mahasiswa kita yang tidak dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti bila keluar dari insititusi tersebut kerana kerja 'di luar sana' adalah ledih dari sekadar berasaskan 'kertas kerja ' semata-mata.

Di pusat pengajian tradisional iaitu pengajian pondokj ilmu-ilmu dari kitab kuning dipelajari secara menghafal dan diterima seratus-peratus. Ilmu tersebut dihuraikan dan difahamkan namun proses analisa, ujian , perbandingan (dengan pendapat ulama lain) , penerokaan kreatif dan inovasi tidak berlaku. Tidak ada penyelidikan dan penerokaan ilmu.

Disekolah-sekolah memang ada usaha melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif dengan menerapkan berbagai kaedah pembelajaran seperti akses dan penemuan kendiri serta dibantu dengan aktiviti ko-kurikulum namun kekangan peperiksaan meyebabkan segala ilmu perguruan yang dipelajari hanya kekal sebagai teori semata-mata maka hasil yang dituai tidak seperti diharapkan.

Jika umat Islam sekarang sekadar diajar dan diasuh dengan membaca, mereka hakikatnya hanya mengkaji hasil kajian orang lain di lapangan orang lain.

Hasilnya umt Islam mudah sahaj menbenarkan ilmu yang dibac sekalipun banyak teori-teori dan hipotesis karut dikeluarkan semata-mata keranateori tersebut disulami dengan fakta-fakta yang mungkibn saja diada-adakan atau dimanipulasikan bagi membenarkannya.

Terkadang teori yang dikemukan bercanggh dengan ilmu primer (al -Quran ) tetapi kita dengan mudah menerima sebarang teori yang dikemukan kerana kita tidak mempunyai kajian kita sendiri untuk membenar atau menafikannya.

sumber : mileniamuslim nov 2008

Tuesday, November 4, 2008

SelamaT Hari Lahir Buat Diriku Insan Yang Lemah


Hari ini genaplah umurku 24 tahun. Maka semakin pendeklah umurku sebenarnya. Pendek kerana semakin dekat dan hampir kita kepada kematian..

Sepanjang bergelar hamba Allah, ku tidak tahu sejauh mana amalku selama ini diterima Allah.
Adakah segala amalku selama ini hanyalah sia-sia atau tidak.
Ku tidak tahu masih sayangkah Allah padaku...

Ya Allah dekatkanlah aku padaMu..
Limpahkanlah rahmat kasih sayangMu pada hambaMu yang lemah ini..

Ya Allah ampunkanlah segala doaku yang tak terhitung banyaknya..
Aku insan yang lemah Ya Allah...
Berikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini...

----
Antara wish yang dikirim oleh sahabatku....

" Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu dari Allah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNya kamu minta tolong" (surah An-Nahl:53)


Dear Allah, the lady reading this is beautiful and strong and very dear to me.
Help her live her life to the fullest. Please promote her and cause her
to ecxel above expectations.Help her to shine in the darkest places and love where it is impossible to love..

Senyumlah pada segala cubaan, kerana ketenangan meraih kebijaksanaan dan mencetus kematangan,
terimalah seribu kekalahan sebelum menerima satu kemenangan. Semoga panjang umur dan murah rezeki..

Terima kasih pada sahabat-sahabt yang ingat pada saya..
ucapan selamat hari lahir ke 24 juga pada akhi Azrul yang jatuh pada hari ini juga..
Semoga sukses selalu..

Monday, November 3, 2008

LemBaraN Hidup WaNita SoleHah


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisbilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

Gud Luck 4 Final..


Saya ucapkan selamat menempuhi peperiksaan akhir semester kepada sahabat-sahabat semua, adik-adik dan sesiapa saje.

Semoga segala usaha sahabat semua akan diberi ganjaran olehNya setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Jangan lupa lakukan solat hajat setiap hari.
Mohon petunjuk dari Allah semoga diberi ketenangan hati semasa menjawab nnti..

Saya doakan kejayaan kalian semua.

Ma'a attaufiq wannajah.