Thursday, April 23, 2009

Promosi Tshirt

Salam buat semua.

Di sini saya ingin mempromosi blog khas bisnes saya iaitu busanamuslimahcollections.blogspot.com

Anda boleh melihat design terbaru tshirt kami dengan harga yang berpatutan.

Sunday, April 19, 2009

UbahLah Diri


Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama ALLah yang maha pemurah dan maha penyayang...

Aku bersyukur padamu Allah kerana hari ini aku masih lagi bernafas di bumiMu dan masih lagi diberi nyawa untuk digunakan dalam mendaulatkan agamaMu..

Semalam,Allah telah menghantar seseorang untuk aku tersedar dari lamunanku yang ku cipta sendiri...
Entah..
aku pun tidak tau apa yang menyebabkan aku jadi camtu...
Terima kasih k.zie n suami..
Kerna berjaya meyedarkan ku dari mimpi dan membuatku 'tunduk' dan muhasabah diri...

Petang itu, hatiku merintih dan menangis sepanjang perjalan pulang ke rumah..
Barulah ku sedar....
Diri ini terlalu ikutkan emosi...
Emosi dan emosi..
Kenapa aku tidak bangun dan melawan emosi yang telah membunuh diri ini

Ya Allah, baru kini aku sedar...
hidup ini tidak seindah yang diharapkan..
hidup ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga
aku perlu lawan bisikan-bisikan halus yang negatif
aku perlu lawan emosi
aku perlu bangkit...!!!
Bangkit dari mimpi dan lamunan yang bukan-bukan..

Ya Allah,
bantulah hambamu ini..
berikan aku kekuatan

Pesan DR Shafri,
kita perlu pandai mengurus masa,
kita perlu tahu apa priority kita,
kita perlu pandai mengurus stres,
perlu tahu apa kita nak buat hari dan esok,
mesti ada dateline untuk setiap apa yang kita lakukan,
ada otak ini mesti sentiasa berfikir dan berfikir walaupun kita membuat kerja lain
kita mesti ubah PARADIGMA
pandai mengatur multi-task

sebagai researcher,
kita mesti sekurang-kurangnya 3 jam fokus pada kerja,
xperlu lama...
pastikan kita membaca dan menulis setiap hari,
istiqamah dalam melakukan kerja...
tulis 2 paper setiap satu sem...
jika tidak,
anda merancang untuk keGAGALan...

perkataan itu telah melawan diriku,
telah membangkit diriku dari mimpi ciptaanku..
perkataan itu telah memberi satu momentum untuk ku bertidak dengan segera...
perkataan itu telah memberi cabaran buat diriku...

"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini"

"Langkah pertama untuk berubah- terima hakikat anda bermasalah jikan anda ada masalah"

"sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya,
dia melakukannya dengan cara yang paling baik" -Riwayat Thabrani


"Sesiapa yang memuji saya dia adalah musuh saya,
sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru saya"
(Peribahasa Cina)

"Bila anda biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap."

"Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya"

"Orang yang berfikiran negatif 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif"

UBAHLAH DIRI!!!!
UBAH PARADIGMA!!!
THINK POSITIVE!!!

AYUH BANGKIT, BERTINDAK SEGERA!!!
ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, April 15, 2009

alkisah: Jamuan Tok Guru

alkisahnya begini...

Seorang tok guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan.
Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut.

Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dihiraukan dan tidak dijemput untuk makan.
Tuan rumah lebih melayani orang kenamaan dan berpangkat dan ternama.

Menyedari sikap "pilih bulu" tuan rumah, Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian. Dia memakai pakaian yang bergemerlapan dan mewah.

Kemudian, setibanya di sana beliau disambut oleh tuan rumah dan dijamu dengan makanan yang lazat-lazat.

Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-pauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas pakaiannya yang mahal-mahal itu.

"Mengapa?" tanya orang ramai.

Tok Guru menjawab,"Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!"

So apa moral of the story??

p/s: harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki tapi pada ilmu,akhlak dan takwa...

Tuesday, April 7, 2009

'Lawatan' ke Bukit Gantang

Syukur padaMu Allah kerana memberikanku masa dan tenaga untuk pergi berjuang ke jalanMu..
Syukur padaMu kerana membukakan pintu hati 'insan-insan' yang prihatin untuk membantu dari segi kewangan. Syukran pada sahabat yang sentiasa mengiringi doa sepanjang pemergianku ke sana..ku kira tanpa keprihatinan sahabat itu x mungkin ku sampai ke sana...

Sebaik sampai di sana, kami ditegur oleh seorang makcik..yang sedang menunggu seseorang..

"Adik ni 'puteri' ke?," tanya seorang makcik.
kami terpinga2...
jawab sahabatku..."Kami x kenal puteri lah, makcik.."
Pastu kitorang gelak sakan...
Kami dah faham maksud 'puteri'tu tapi saja buat2 x faham..

pemandangan sungguh hijau....
Bukan kerana sawah padi yang terbentang luas...tapi kerana bendera2 yang bergantung sana sini....
ada bulan purnama yang mengembang penuh, ada dacing timbangan, dan mcm2 lagi...

pagi tu diadakan hari keluarga di taman A...
semua bangsa tak kira melayu, cina dan india turun padang...
kanak-kanak pun ramai sekali yang turun...
dalam acara mewarna sampai ajk terpaksa dua kali pergi fotostat lukisan.. di luar jangkaan sekali sambutannya...
ku lihat suasana itu sungguh aman sekali...
Alhamdulillah ....

Bersama makcik-makcik yang sanggup tingalkan keluarga demi sebuah perjuangan...
ku bermuhasabah...
aku macam mana nanti..?
bolehkah aku istiqamah mcm diorang...?
bile berkeluarga nnti...

Ya Allah, tetapkan hatiku bersama para pejuang yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah...
yang sanggup berkorban masa,tenaga dan kewangan...

Ya Allah, kurniakan aku sahabat yang sefikrah denganku yang sama2 berjuang di atas landasanMu...

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
aku memohon kepadaMu tetapkan imanku...
moga aku tidak tergelincir jauh dari landasanMu..

Inilah pengalama berharga yang tidak dapat ku lupakan sampai bila2..
Moga diriku ini sentiasa istiqamah....

wahai sahabatku,
berilah peringatan padaku andai aku lalai dan alpa,
tegurlah aku andai aku membuat kesilapan, melukai hati kalian yang secara sengaja atau tidak sengaja...

wahai sahabatku,

bantulah aku jika aku lemah,
bimbinglah aku jika aku tewas ...