Wednesday, December 31, 2008

Tuesday, December 30, 2008

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi


Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri.

Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-


* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.


Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat "

ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)


* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.


* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).


* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

www.zaharuddin. net

Monday, December 29, 2008

SalaM MAAL HIJRAH



Hari ini merupakan 1 Muharram 1430 H. Tahun ini, awal Muharram selang beberapa hari dengan 1 Jan.

Saya cukup tertarik dengan perbincangan HALAQAH di TV9 yang bertajuk HIJRI MASIHI.
Yang mana satu pilihan sambutan kita.

Di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari bahawa sambutan MAAL HIJRAH lebih mulia disambut. Tapi, masyarakat kita sanggup berbelanja besar untuk meraikan sambutan 1 JAN. Di mana silapnya...? Pelbagai acara dibuat sempena menyambut tahun baru masihi ini. KOnsert artis sudah menjadi acara tahunan... Remaja, pemuda pemudi berpeleseran , bercampur gaul di dataran atau di mana saja kononnya untuk meraikan sambutan Tahun BAru.

Sedarlah wahai insan.

Usia kita makin hampir dengan kematian.
Jadikan tahun baru 1430 H ini tahun untuk kita melakukan penghijrahan yang sebenar-benarnya.
Muhasabahlah diri kita atas segala dosa yang dilakukan selama ini
Hisablah diri kita sebelum kita dihisab di titian sirat

Ayuh sahabat,
kita lakukan anjakan paradigma yang lebih baik dari sebelum ini
Rancanglah masa depan kita dengan sebaiknya
Semoga apa yang dirancang mendapat keredhaan Allah

Kekadang hati merintih derita,
Jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih,
Namun hakikat hidup takkan berubah,
yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya
Hati memilih jalan,
akal memulakan langkah dan iman meluruskan arah
Didoakan agar terus tabah mengharungi cabaran meniti kejayaan
Moga kasih Allah terus bersamamu..

Sunday, December 21, 2008

WasiAt Untuk BakaL Isteri


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat ke 21 maksudnya :

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.
Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.

Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapaka h masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.

Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.


Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

* Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

* Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.
* Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
* Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
* Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
* Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.


Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.

walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.

Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :
1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.
3. Kepentigan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.
5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!



ustaz zahazan mohamad.

TANGISAN KERANA TAKUT KEPADA ALLAH


oleh:Ustaz Zainudin Hashim


Pendahuluan

Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.

Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.

Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.

Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah SWT.

Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah SWT.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w ada memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud : �Wahai Ali, jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama� (menadah kitab, maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar�.

Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama� untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara, hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam, membenci ulama�, menderhaka kepada kedua ibu bapa, melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggapa sebagai jenayah di sisi Allah SWT.

Pendekatan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad mengenai nilai air mata

Sehubungan itu, Allah menjelaskan, menerusi ayat 109 surah al-Isra� yang bermaksud : �Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangil dan mereka bertambah khusyu�>

Itulah sikap dan nilai orang-orang yang beriman sungguh-sungguh kepada Allah SWT, di mana mereka tidak akan mudah mengalirkan air mata melainkan apabila melihat Islam ditekan, diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh tangan-tangan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

Keadaan ini amat berbeza sekali dengan orang Islam hari ini yang tidak peka atau prihatin dengan perkembangan semasa yang melibatkan undang-undang Islam yang masih tidak terlaksana dan mereka tidak sedih apatah lagi mengeluarkan air mata kerananya.

Mereka juga tidak berusaha merebut peluang untuk dimasukkan dalam salah satu daripada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : �Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat (di padang Mahsyar), di mana tidak ada naungan melainkan naungan Allah :- Pemerintah yang adil, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah, remaja yang membentuk dirinya untuk beribadat kepada Allah, seorang lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang rupawan, hartawan dan mempunyai kedudukan, lalu dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah (atau sebaliknya), seorang yang mendermakan dengan tangan kanannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui (kerana ikhlas) dan seseorang itu yang mengingati Allah (dengan mengenangkan segala dosa yang dibuat) hingga mengalirkan air mata (kerana takut kepada Allah)� - Hadis Sohih.

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda : �Seseorang itu tidak akan masuk neraka disebabkan dia menangis kerana takut kepada Allah�........... Hadis riwayat at-Tirmizi.

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadisnya) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik, nifaq dan menyanggah hukum Allah SWT, tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan Islam, atau kosong daripada penghayatan agama, walau dibacakan ayat al-Quran kepada mereka, tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.

Allah SWT menegaskan dalam ayat 23 surah az-Zumar (39) maksudnya : �Maka apakah orang-orang yang dibuka Allah hatinya untuk menerima Islam lalu dia mendapat cahaya daripada Tuhannya sama dengan orang keras hati? Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya dari mengingati Allah, sesungguhnya mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata�.

Kesan air mata positif yang melayakkan masuk syurga Allah

Para ulama� telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperolehi jalan untuk memastikan agar air mata yang mengalir itu adalah disebabkan takut kepada Allah SWT : 1- Bergaul dengan para solihin di kalangan orang-orang alim yang sering mengingatkan diri kepada Allah, serta merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama-Nya yang semakin hari semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri. 2- Memerhati alam sekeliling ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada alpa kepada istiqamah dengan Islam dengan merasakan Allah Maha Agung dalam penciptaan-Nya. 3- Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan, ia tidak dapat dikesan melainkan duduk bersama dengan golongan ahli ilmu. 4- Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah salah satu kaedah untuk mampu menangis kerana takut kepada Allah. 5- Mencari contoh teladan yang baik lagi solih bagi mencerminkan diri kepadanya.

Jika semua perkara di atas dapat dilakukan, nescaya seseorang muslim itu berjaya menemui noktah penting bagi menjamin dirinya untuk terus menangis kerana takut kepada Allah SWT. _

SyuKur PadaMu Ya Allah


Minggu lepas, ku mendapat berita yang dinanti-nantikan selama ini.
Allah telah mengabulkan doaku selama ini.
Dari perkhabaran di kanpung, aku mendapat surat formal dari MOSTI.
Telah ku pesan pada seseorang di kampung, jika ada surat yang sampai tolong buka dan bagitau cepat2.
Alhamdulillah, aku telah mendapat biasiswa dari NSF (National Science Felloship) untuk menyara hidupku dalam sarjana kali ini.

Alhamdulillah, syukur padaMu kerana memberikan rezeki yang melimpah ruah padaku.
Inilah berkat kebergantungan kita pada Allah.
Kalau kita yakin bahawa Allah lah satu-satunya tempat bergantungan kita selepas kita berusaha mencapainya, insyaAllah Allah akan berikan pada kita. Cuma masanya saja, kadang-kadang cepat, dan kadang-kadang lambat.

Jika apa yang dihajat itu lambat diperoleh, yakinlah bahawa Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

jika apa yang dihajat itu tidak kesampaian, boleh jadi apa yang diminta itu tidak baik untuk kita. Allah itu Maha Mengetahui.

Berbalik pada biasiswa yang kudapat itu, sebenarnya banyak onak dan duri yang ditempuhi. Ceritanya pernah ku tulis dalam entri sebelum ini. 'Suatu hari yang tidak diduga'

Apa yang nak ku tekankan disini ialah konsep tawakal kita pada Allah.
Untuk mendapat sesuatu hajat, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh,selepas itu banyakkan berdoa dan solat hajat. minta Allah permudahkan segala urusan.

Tapi dengan syarat, kita hendaklah menjauhi segala perkara yang dilarang oleh Allah.dan melakukan perkara-perkara yang disukai oleh Allah. Ini kerana sesuatu yang baik itu tidak boleh bercampur dengan yang batil. Cahaya Allah itu tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap.Wallaua'lam.

JaLan Dakwah



Jalan Dakwah
oleh: Alarm me


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya Rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Monday, December 1, 2008

SelaMat Pengantin Baru "ABE IS"

Tanggal 29 Nov yang lalu, merupakan hari paling bermakna buat anak sepupuku, abe is yang sebaya dengan ku.Abe Is merupakan cucu sulong mak saudaraku...Ramai la sanak saudara yang mengiringi beliau masa kenduri di pihak perempuan di Kuantan.
Saya bersama 3 orang abang pun turut hadir. Emm bila lagi nak kenal tempat orang.
Kitorang sewa home stay. Riuh rendah rumah tu...Mcm2 ragam...Betapa bahagianya saya dapat bersama keluarga yang agak besar..Dah lama x merasai suasana mcm ni..

Malam tu...
ada sesuatu berlaku padaku...
selepas supper lebih kurang pukul 1 pagi(baru makan malam sebenarnya, penat tunggu sepupuku beli makanan...dah la aku ni gastrik)aku sambung tidur balik.tapi berlainan tempat tidur. bilik ku yang asal diduduki oleh para2 teruna.
terpaksa la aku pindah bilik lain.
aku ditempatkan di bilik kecil (stor)..ermmm sedihnya tapi apa nak buat. tidurlah berdua..

mlm tu..tanpa kusedari... aku ditindih oleh makhluk halus rupanya. tapi aku x sedar ...
pagi tu riuh sanak saudara bercakap pasal aku..
sukar untuk ku percayai...abangku pun x percaya...
tapi beberapa orang dengar aku 'bersuara Kuat'..
tu la x basuh kaki dulu sebelum tido, mungkin x baca pendinding diri..

Bestnya dapat jumpa sanak saudara. Pada minggu depan pula mjlis di umah pihak lelaki.. erm lagi meriah...dapat jumpa semua..
argh...tak sabarnya nak balik kampung....walaupun hujan lebat..sanggup kuredahi dan renangi..hehe

di kelantan dan terengganu, dijangkakan hujan lebat dan air naik...
erm x tau la dapat balik ke x nnti.
mudah-mudahan air akan surut.

Sehari selepas tu, aku pun berangkat semula ke Johor. continue my work...


Apa yang membuatku sebak dan terharu...?
"Na, lepas master ni, smbung terus Phd yer..." kata sepupuku, kak Pah.
"Sambung la terus selagi ada minat nak belajar", smbung makcikku, Che Mah.
"Sebelum ada apa2 komitmen lain, baik smbung terus"

"Sambung la terus abih master nih" ujar abangku.

Hatiku diam x terkata. Begitu tinggi harapan yang perlu kupikul dan impian yang harus ku penuhi. Semua orang memberi dorongan untukku meneruskan hingga ke akhirnya..

Mampukah aku?? Layakkah aku?? bersediakah aku??
bermcm2 persoalan yang bermain di benakku...

YaALlah, berikan aku kekuatan..
Kabulkanlah impian, harapan dan cita-citaku..
Semoga harapan dan cita-cita ini akan tercapai demi untuk agama dan keluarga tercinta ini.