Friday, September 26, 2008

Esok balik kampung






Sunyi nye lab ini tanpa teman.

aku sorang-sorang je kat lab ni.

tadi k.era baru je balik...katanye nak balik pas solat jumaat nnti.

dayah pula dah 3 hari balik umah...terpaksa balik awal...x de tiket katanya..

iryati nak balik malam ni...

aku je yang tinggal..arg..bosannya....

keje berlambak x siap lagi nih...

sempat ke nak siapkan sebelum balik raya ni...



argh..rindunya kat kampung...



2hari lepas baru je abng ke3 call...

tanya bile nak balik...

erm..terkejut juga dpt panggilan dari abngku yang sorang nih..

almaklumlah sepangjang aku duk johor ni mana ada die nak call tanya khabar..

pelik bin ajaib...


katanya, die nak bagi duit kat aku untuk persiapan raya ni..

dah lama abang simpan..

oh terharunya...

sebelum ini x pun die bagi....pelik...



malam tu juga, abng yang ke5 call..

tanya bile balik....

nak bagi duit kat mak untuk buat belanja raya...

concernnya...


aku hairan kenapa semua orang mengambil berat pasal diriku...

sebenarnya aku x perlukan wang dari mereka...

yang ku mahu adalah kasih sayang, perhatian dan doa dari mereka...

memandangkan aku merantau jauh dari kampung halaman...



Selamat hari Raya semua.

hati-hati memandu di jalan raya..

jangan lupa puasa enam...

Thursday, September 25, 2008

Tahniah Sahabatku.




Salam Ramadhan

Hari ini tinggal 5 hari lagi umat Islam akan menyambut hari kegembiraan iaitu Hari Raya I'dul fitri.

Aku kini sedang menghitung hari... menghitung berapa hari lagi nak balik kg.

Tak sabar nak berbuka puasa bersama family..

Raya tahun ini aku dah plan nak beraya kat mana...

Seminggu yang lalu, aku dapat mesej dari seorang teman matrik, bahawa seorang sahabatku akan mendirikan masjid raya ke 3 nanti.




Tahniah Alia.!!




K.na doakan Alia akan menjadi isteri yang solehah, taat kepada suami dan penyejuk mata kepada suami dan ibu yang baik kepada anank-anak nanti.




lengkapkan dirimu dengan ilmu rumah tangga yang penuh onak dan duri..


agar menjadi bekalan di kemudian nnti..


Begitu juga sahabat seMPP, seUTM, sePMI yang ku kasihi, Nadia Hartini.


Nadia akan diijabkabulkan sehari selepas walimah Alia..


Tahniah,tahniah dan Tahniah...






Wednesday, September 24, 2008

Saintis herba

Prof Ramlan, lima dari kanan. Bersama Prof Ir Zaini Ujang (TNC R&D)

Salam Ramadhan..



Ahad lalu, saya tertarik dengan ruang personaliti-berita harian.

"Ramlan Saintis MUda".. itulah tajuknya...



erm..macam familiar nama tu...Rupanya itu adalah Prof Ramlan, pengarah CEPP UTM, merangkap penyelia PSMku dan pernah mngajarku subjek Pythochemistry.

apa yang menarik tentang beliau ?

Beliau seorang yang berpandangan jauh. Idea Penubuhan CEPP ini tercetus saat dia sendiri serius memikirkan bagaimana cara untuk memanfaatkan hasil hutan negara yang menyimpan seribu satu khazanah pepohon herba yang bernilai tinggi..

lantas itu, beliau bertekad untuk membangunkan satu-satunya makmal penyelidikan kejuruteraan kimia. tapi katanya, untuk merealisasikan impian ini bukan mudah, banyak ranjau dan cabaran yang perlu beliau tempuhi..

idea ini difikirakan sejak 24 tahun yang lalu apabila melihat negara maju lain mempunyai makmal sendiri bagi tujuan penyelidikan berasaskan teknologi...

apa yang hebatnya Prof ini?

beliau adalah pernah menjawat sebagai ketua jabatan kejuruteraan kimia yang paling muda iaitu berusia 24 tahun..

beliau sangat cakna dengan tumbuhan ciptaan Allah S.W.T..

katanya, kenapa kita harus membiarkan orang nonmuslim yang menjadi perintis dan pengeluar produk berasakan herba..apa fungsi kita sebagai MUslim...?
berasa selesa menjadi pengguna setia...?

Nama beliau kini tersohor di seluruh dunia terutamanya di India...
Banyak pengalaman dan cerita yang beliau kongsi kepada kami..

Semoga Prof terus maju!!

Tuesday, September 23, 2008

Apa khabar Mak?


Semalam, kira-kira pukul 10.30 mlm... terasa ingin buat panggilan kat kg..
lamanya x dengar suara mak..
soalan pertama yang ditanya...
apa khabar anakanda di sana...?

sungguh ceria sekali suara bonda di hujung talian..
sekarang bonda sedang bertungkus lumus menyiapkan tempahan popia simpul..
semuanya perlu dibereskan menjelang raya nnti...


emak sebenarnya tak sabar menunggu anaknya pulang.. asyik2 tanya, bile nak balik...
dah berapa kali ku jawab... INSYAALLAH ari sabtu ni.. abang pun sama.

ku bagitau xleh balik lama... raya ke5 perlu berangkat ke johor...
terdengar keluhan mak....lor.. cepatnya...

namun apakan daya mak... hajat hati memang nak balik lama...
tapi ku perlu menghantar assignment selepas raya
dan bertungkus lumus membuat persediaan untuk ke international conference nnti kat shah alam...
walaupun belum decide lagi siapa jadi wakilnya nnti, tapi aku perlu prepare juga...
banyak benda kene buat.... memandangkan conference x sampai sebulan lagi selpeas raya nnti..

erm...mcm2 cerita yang disembangkan...
itulah mak...suka bercerita pnjng lebar...
kadang2 akulah tempatnya meluahkan perasaan...
aku jadi pendengar setia... dan pemberi semangat...

aku begitu kagum dengan abangku yang sorang ni...

bulan puasa ni die begitu sibuk dengan jualan air tebunya... air kelapa dan air soya...
erm.. x sabar nak merasainya...
x sabar nak jenguk gerainya....

kata mak, alhamdulillah rezekinya melimpah ruah sepanjang bulan puasa ni..
x cukup tangan melayan customer....
mujur ada abg ku yang ke3 membantu sama...
alhamdulliah... prihatin juga abngku yang ke3 ni...

buat abng ku yang di kasihi....

Allah akan tolong hambaNya yang selalu ingat padaNya..
jangan putus asa untuk meminta doa dariNYa..
kerna kepada Dialah kita akan kembali nnti...
semoga kakanda sentiasa ikhlas dalam melakukan urusan kerja
dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan...
Amin..

Monday, September 22, 2008

Kini ku bergelar seorang GURU

Salam Ramadhan.

ari ni 22 Ramadhan. bermakna sudah 22 hari kita menjalani ibadah puasa. terasa begitu cepat masa berjalan...

Sudah hampir tiga bulan ku bergelar seorang guru.. Jangan terkejut... Guru tuisyen je...
Jiwa pendidik telah sebati dalam diriku...Mesti anda pelik...kalu dah minat kenapa x amik pendidikan...

Bukan tak nak amik bidang tu, tapi tak terpilih....Allah telah mentakdirkan ku mengambil jurusan yang lebih mencabar, KEJURUTERAAN KIMIA...

bunyi nye pun dah menyeramkan. Almaklumlah kos ni memang agak mencabar terutamanya kepada perempuan..

Pernah seorang saudaraku bertanya, amik bidang ni nak jadi apa lepas ni?
erm.. sungguh payah dan sukar untuk dijawab.. kerna ku pun tidak pasti... nak jadi engineer kah aku ni? layakkah aku? mampukah aku? sanggupkah aku? macam-macam persoalan bermain di minda.

sekarang aku pun dah grad ALHAMDULILLAH syukur padamu TUHAN..

Jiwa pendidikku semakin menebal... oleh itu aku berhasrat menyambung pengajian ku sehingga pHd INSYAALLAH. sekarang baru ku tahu hala tujuku.... Aku kini sedang mendaki tangga untuk bergelar seorang pensyarah...pendidik juga..

kini, ku mempunyai beberapa orang anak murid pelbagai umur.. tahun3, tingkatan 4, tingkatan 5,
yang paling mencabar sekali untuk ku ialah seorang murid tahun 3...
huh.Ia banyak menguji kesabaranku.... terlalu nakal...bermcam ragam...letih aku melayan kerenahnya...betul-betul menguji tahap kesabaran...
apa x nya, datng kelas bukan nak belajar sangat , tapi nak main...dalam 1 jam setengah kelas.... yang betul2 belajar x sampai setengah jam...sekejap2 dia keluar main, kacau student lain, baca buku cerita, kekadang tido sampai berdengkur....
erm.. mcm2 kerenah...tapi ku biarkan je....budak umur mcm ni tengah aktif.... terpaksalah saya melayan....kekadang terasa nak ngadu kat mak die... tapi x sampai hati....mungkin sebab masih baru nak kenal perangai die,

YaAllah berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik cucu nabi Adam ni...

Tak lama lagi anak muridku form 5 akan menjalani SPM.. lepas raya nnti.


cikgu: camner trial ari tu, amin?
amin: alhamdulillah, saya enjoy jawab soalan sains.
cikgu: kenapa? leh jawab x?
amin: banyak yang kita bincang kat kelas, masuk dalam exam...soalannya hampir sama...
cikgu: berapa dapat markah?
amin: x lah tinggi sangat, tapi naik dari sebelum ni.. around 40 ke atas. sebelum ni saya asyik fail je
cikgu: tu lah, kene belajar betul2. kamu kene berusaha sendiri. cikgu hanya mampu tolong 30% je, selebihnya kamu yang usaha sendiri.

Tiada yang lebih gembira di hati seorang guru melainkan anak muridnya dapat jawab soalan dengan sebaiknya..
alhamdulliah sejak ajar diorang selama tiga bulan ni, mereka ada sedikit peningkatan..dan semangat....

semoga usaha yang kecil ini dapat memberi membantu mereka menjawab soalan SPM dengan sebaiknya nnti...

semoga Amin, Mashitah, dan Atikah dapat lulus cemerlang dalam SPM nnti.. cikgu sentiasa berdoa untuk kalian....

All de Best

Di Pondok Kecil

Hayatilah lirik lagu ini yang sangat memberi kesan ke atas jiwa hamba-hambaMu yang soleh

Di suatu hari
Ayah berkata
Jaga adikmu ayahkan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami
kerana kami sayangkan ayah

ayahku pergi berjuang
demi cinta yang murni
untuk menegak kebenaran di muka bumi
berlakunya kisah di pondok kecil
.....

Di pondok kecil
di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

ku pandang wajah ayah dahinya kucium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga sejahtera

diamlah adikku sayang jangan menangis
walaupun ayah gugur pastinya dia Syahid

wahai abangku ke mana ayah
ku sayang ayah, ku cinta ayah

duhai adikku sayang jangan bersedih
ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adikku pesanan ayah
belajar berusaha walau dimana jua
padamu Tuhan daku memohon
dosa ayahku minta diampunkan

ku iringi doa rahmati dia
tempatkanlah ayahku bersama kekasihMu

----

sayu nya lagu ini tidak terkata
setiap hari jika ku teringatkan arwah ayahku,ku putarkan lagu ini
setiap kali mendengarnya, setiap kali itulah air mataku menitis dan sebak...

sebak dan sebak...
ayahku pergi sebelum sempat melihat anaknya menjejakkan kaki ke menara gading...
tika itu umur ku baru 10 tahun...masih mentah dan tak tahu apa-apa...

teringat lagi ketika itu...
ayahku terlantar sakit....
semua saudara maraku jauh dan dekat bertandang ke rumah
tapi aku belum mengerti maksud semua ini...
kenapa ramai sangat yang datang....
duduk... sambil membaca yasin...
aku hairan...kakak ku menangis...
tapi aku....
entah apa yang ku fikirkan waktu.....

seorang makcik ku menegurku...
'na, pergilah dekat ayah tu.. ayah sakit'
pastu makcik ku menangis..

aku pun duduk di sisi ayah...
sambil dengar orang baca yasin...

usai subuh..aku dikejutkan oleh abangku...
'adik, ayah dah tiada'
masa tulah baru ku faham...
aku menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh abangku

selepas itu, baru ku rasa ketiadaan ayah..
kerna selama ini dialah yang menghantar dan menjemputku ke sekolah..

tugas itu telah di ambil alih oleh abangku yang kedua.
sekarang abangku itulah merupakan 'ayah' ku sekarang..
dialah yang menyarapersekolahan abang dan aku.
walaupun mak ketika itu bekerja, tapi x cukup untuk menampung keluarga.
keluarga agak besar...

mulai hari itu..
aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh
demi mengubah nasib kami sekeluarga

walaupun adik beradikku ramai,
tapi hanya aku dan abangku saja yang masuk U.
kamilah harapan keluarga...

teringat lagi ketika musim raya...
mak cik ku dari KL memberi kata-kata pengharapan dan semangat...
'na, belajar bersungguh-sungguh... nanti dapat keje bagus"
ketika itu airmataku tumpah tiba-tiba...
sebak rasa hati ini....
begitu tinggi harapan mereka padaku..
maklumlah aku anak bongsu...

setiap kali jumpa itulah kata-kata mereka untukku..
yang ku simpan sampai ke hari ini...

pakcik ku pula berkata
" na, belajar sungguh-sungguh, biar jadi orang terpelajar dan kebanggaan orang kampung"
argh..air mata ku tumpah lagi..

kata-kata seperti inilah yang membakar semangatku untuk terus melangkah maju ke depan...
dalam seluruh famili saudara-mara ku, aku lah satu-satunya yang melanjutkan ke peringkat sarjana....

semoga doa mereka sentiasa mengiringi perjalanan hidupku yang masih jauh..

Ya Allah,
tempatkanlah ayahku dan abangku ke tempat orang yang kau kasihi dan redhai.
amin....

Saturday, September 20, 2008

Satu hari yang tak terduga

3 ptg- Khamis



ku dapat tahu rakan sepenyelia dengan ku dapat interview NSF dari MOSTI. die baru je dapat panggiln tel..



(dalam hatiku terdetik.... kenapa aku x dapat. bukankah kitorang sama-sama hantar borang....

dalam hati..erm.. x pe mungkin tarikh yang lain kot)

5 ptg -Khamis

kring...kring....dapat cll dari MOSTI..
'' Tahniah , anda dipanggil untuk temuduga esk pagi di Hotel Marriot Putrajaya. sila bawa dokumen berikut: salinan sijil akademik yang telah disahkan, proposal yanbg disahkan, slide show untuk present selama 15 minit.

what?? sempat ke nak wat semua tu dalam masa tak sampai 8 jam...

huh..kelam kabut la lepas tu.. nak pegi fotostat sijil, sahkan dengan supervisor, buat proposal n slide ....

mujurlah supervisor ku sporting.....die jemput aku dtng umahnye malam tu untuk settlekan semua....

balik bilik terus ku call kawanku, syifa' yang mana sahabatku ini dapat juga. tanpa segan silu, aku minta utk menumpang kereta sahabatnya...
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan..
kalu tak pasti suasana lebih kalut... terpaksa pegi ngan bas lebih awal..cari tiket satu hal.... nak ke tempat tu sorang2....satu hal...x biasa jlan KL sorang2.

dipendekkan cerita....

tepat jam 3 pagi kami bertolak ke KL...
argh...ngantuknya.....kepala pun dah mula pening2 ....

selepas subuh, aku pula ngan kene drive.... argh...ngantuk lagi ni....
YaAllah selamatkanlah perjalanan hambaMu ini dari malapetaka dan bencana.

kami sampai ke hotel tersebut lewat beberapa jam... kerna kami telah tersesat...
ingatkan kat Putrajaya..... rupa-rupanya kat area Serdang.....

kenyangnya makan buah langsat... tak tahu berapa kilo.. huhu..

Sampai je sana, rupanya aku belum terlambat. namaku di panggil 2 jam kemudian.Alhamdulliah..

dup dap dup dap.... berdebar2. mcm2 perasaan hadir....
Ya Allah permudahkan urusanku ini. semoga hatiku tenang untuk present nnti.....

2 bulan lagi baru result keluar.

harap2 permohonanku diterima...
Lega sikit nnti kalu dah dapat biasiswa...

Doakan sya sukses dalam master ni.....

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat sahabatku semua.

Saat Meniti Hari

Salam Ramadhan Karim.

Sekarang kita telah masuk ke fasa terakhir bulan Ramadhan.



Alhamdulilah kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hidup dan merasai nikmat iman dan Islam dan menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.



tika ini,

hatiku teringat kat kampung halaman,

terfikir-fikir apa juadah berbuka puasa kat kg ari ni...

erm.. dah lama x call mak kat kg....maafkan anakmu ini kerna bukan tidak mahu call, tapi keterbatasan masa dan ketidakizinan masa untuk berbual di telefon....



mak, rindunya pada mak...

kalu teringatkan mak di kg, ingin menitis air mata ini...

kerna mengenangkan jasa-jasa mak yang tidak terbalas..

hanya doa mengiringi kesejahteraan mak di kg.



tahun ini, mak hanya berbuka puasa dengan dua beranak je, iaitu abangku yang sulong. hanya die saje peneman mak di kala ini.



hanya sesekali je kakak dan abangku datang berbuka puasa kat rumah. itupun jarang-jarang. sunyinye rumah....aku dapat merasainya. juka sebelum ini rumahku riuh rendah dengan anak saudaraku yang nakal-nakal, kini mereka semua sudah berpindah ke rumah sendiri..



mak,



Maafkan anakmu yang manja ini kerna tidak dapat bersama, kerana terpaksa berjauhan lagi kerana ingin meneruskan cita-cita ini. Kini aku sudah bergelar pelajar pasca siswazah, yang mana menjadikan aku lebih matang untuk mengharungi cita-cita.



Berkat doa yang tidak putus-putus dari mak, kini aku maju setapak lagi..

Doakan anakmu ini dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya dan moga dipermudahkan segala urusan..



rindunya pada mak sudak tidak terkira....

hati ini sedang menghitung hari...menghitung hari berapa hari lagi nak balik kg...

kerna mak sudah menunggu....

dan kami telah berjanji untuk keluar ke bandar untuk membeli barangan keperluan untuk sambutan raya memandangkan satu-satunya kakak ku yang ada, akan beraya ke kampung halaman suaminya di Sabah.



ku tahu mesti mak sedih melepaskan anak dan cucunya pergi, tetapi apakan daya... isteri terpaksa mengikut suaminya. Memandangkan dua tahun mereka tidak pulang ke Sabah. Anaknya yang paling kecil dah pun besar. Datuk dan nenek mereka di sana belum melihat cucu mereka yang satu ini..



semoga kakak dan sekeluarga selamat pergi dan kembali.



sunyinya raya tanpa diorang...



terima kasih pada kakakku kerana menaruh kepercayaan kepadaku menggunakan kereta kancil yang comel untuk kegunaan raya nnti. akan ku jaga dengan sebaiknya.

terima kasih kak.



maafkan salah silap adikmu ini... kerna kita tak dapat berjumpa sebelum menjelangnya hari raya..



selamat hari raya dan maaf zahir dan batin....