Saturday, September 20, 2008

Saat Meniti Hari

Salam Ramadhan Karim.

Sekarang kita telah masuk ke fasa terakhir bulan Ramadhan.



Alhamdulilah kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hidup dan merasai nikmat iman dan Islam dan menikmati bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.



tika ini,

hatiku teringat kat kampung halaman,

terfikir-fikir apa juadah berbuka puasa kat kg ari ni...

erm.. dah lama x call mak kat kg....maafkan anakmu ini kerna bukan tidak mahu call, tapi keterbatasan masa dan ketidakizinan masa untuk berbual di telefon....



mak, rindunya pada mak...

kalu teringatkan mak di kg, ingin menitis air mata ini...

kerna mengenangkan jasa-jasa mak yang tidak terbalas..

hanya doa mengiringi kesejahteraan mak di kg.



tahun ini, mak hanya berbuka puasa dengan dua beranak je, iaitu abangku yang sulong. hanya die saje peneman mak di kala ini.



hanya sesekali je kakak dan abangku datang berbuka puasa kat rumah. itupun jarang-jarang. sunyinye rumah....aku dapat merasainya. juka sebelum ini rumahku riuh rendah dengan anak saudaraku yang nakal-nakal, kini mereka semua sudah berpindah ke rumah sendiri..



mak,



Maafkan anakmu yang manja ini kerna tidak dapat bersama, kerana terpaksa berjauhan lagi kerana ingin meneruskan cita-cita ini. Kini aku sudah bergelar pelajar pasca siswazah, yang mana menjadikan aku lebih matang untuk mengharungi cita-cita.



Berkat doa yang tidak putus-putus dari mak, kini aku maju setapak lagi..

Doakan anakmu ini dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya dan moga dipermudahkan segala urusan..



rindunya pada mak sudak tidak terkira....

hati ini sedang menghitung hari...menghitung hari berapa hari lagi nak balik kg...

kerna mak sudah menunggu....

dan kami telah berjanji untuk keluar ke bandar untuk membeli barangan keperluan untuk sambutan raya memandangkan satu-satunya kakak ku yang ada, akan beraya ke kampung halaman suaminya di Sabah.



ku tahu mesti mak sedih melepaskan anak dan cucunya pergi, tetapi apakan daya... isteri terpaksa mengikut suaminya. Memandangkan dua tahun mereka tidak pulang ke Sabah. Anaknya yang paling kecil dah pun besar. Datuk dan nenek mereka di sana belum melihat cucu mereka yang satu ini..



semoga kakak dan sekeluarga selamat pergi dan kembali.



sunyinya raya tanpa diorang...



terima kasih pada kakakku kerana menaruh kepercayaan kepadaku menggunakan kereta kancil yang comel untuk kegunaan raya nnti. akan ku jaga dengan sebaiknya.

terima kasih kak.



maafkan salah silap adikmu ini... kerna kita tak dapat berjumpa sebelum menjelangnya hari raya..



selamat hari raya dan maaf zahir dan batin....

No comments: