Thursday, October 16, 2008

GeNeraSi Muda Dan Masjid


Proses tarbiah masyarakat remaja di zaman penuh mencabar ini sepatutnya bermula di masjid. Proses tarbiah rohani golongan ini perlu dilaksanakan dengan penuh bersistem, berlandaskan metodologi dakwah yang bersesuian bagi menarik minat mereka supaya mengimarahkan masjid

Hari ini, ramai remaja meminggirkan rumah Allah ini.

Trend ini bukan saja berlaku di bandar, tetapi di luar bandar.

Terdapat beberapa faktor penolakan sebahagian remaja menolak masjid:

1. Faktor ibu bapa yang kurang memberikan galakan kepada anak-anak supaya mengimarahkan surau. Ibu bapa sibuk mencari nafkah, wang dan kemewahan hatta lupa untuk memberikan didikan rohani kepada anak-anak. Mereka berfikir bahawa tugas pendidikan ini terletak pada bahu guru di sekolah sahaja.Amat malang ibu bapa yang berfikiran sempit seperti ini. Jika ibubapa kurang berminat untuk ke masjid atau surau, anak-anak apatah lagi..

2. Kelekaan remaja kepada hiburan yang melampau(hendonisme) dibantu pula dengan teknologi canggih yang menambah kelekaan mereka sehingga terlupa waktu solat hampir tamat.
Hari ini banyak pusat siber kafe di pinggir desa dan pekan yang menjadi tempat remaja bermain hingga leka menunaikan tanggungjawab agama.

3. Kekurangan ilmu fardhu ain dan solat yang menyebabkan mereka segan ke masjid. ilmu yang bersangkutan dengan solat berjemaah umpamanya memerlukan latihan amali. Penguasaannya boleh dipertingkatkan dengan melakukan solat berjemaah di masjid dan surau. Jika mereka meminggirkan dari daripada masiid, ilmu-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang dari ingatan, maka timbullah perasaan malu untuk bersolat berjemaah.

4. Gaya pentadbiran masjid yang tidak menarik minat remaja ke masjid. Golongan remaja menjauhi daripada masjid dan surau kerana pihak ajk surau belum bersedia untuk membuat anjakan paradigma. Tidak banyak usaha dilakukan untuk menarik minat remaja mendekati rumah Allah.



Bagi menarik minat remaja ke masjid, di cadangkan wujud pengisian ilmu secara mingguan secara ringkas tetapi berterusan. Memadailah pengisian selama sejam bagi satu sesi dengan pengisian merangkumi ibadah, motivasi, akademik, pembangunan diri melalui slot Latihan dalam Kumpulan (LDK), tayangan mutimedia atau ceramah interktif.
Semasa slot ceramah, adalah lebih baik menggunakan LCD diselitkan dengan tayangan yang berkaitan. Barulah x boring dan mengantuk.

Bagi tujuan perhubungan, menarik juga diwujudkan portal interaktif serta blog yang boleh menarik minat remaja dan belia untuk terus berhubung melalui internet.

Paling penting bagi mewujudkan pengurusan masjid mesra remaja, pihak pengurusan masjid perlu melakukan anjakan paradigma dan minda serta membuka ruang perbincangan dengan menjadikan masjid sebagai sebahagian pusat latihan dan tarbiah remaja.

sumber : MileniaMuslim Okt 08

No comments: