Tuesday, October 14, 2008

HarGa MinyaK TuruN Lagi


Oct 14, 08 5:53pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam kenyataannya, perdana menteri berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu.

"Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

sumber : malaysiakini.com





Satu persoalan: Harga minyak runcit semakin turun dari hari-ke hari, namun harga makanan dan keperluan semakin naik dan tak turun-turun...
Yang turun, hujan...

Semua lapisan masyarakat baik di bandar atau desa, pelajar, atau yang dah bekerja, suami, isteri atau anak, sangat merasai keperitan hidup yang mencengkam sekarang..

kerajaan sibuk menasihatkan rakyat supaya berjimat-cermat...
sepatutnya kerajaan yang perlu berjimat berbelanja dan bijak menguruskan wang rakyat...! bukannya berbelanja tak tentu hala.. asyik-asyik pembangunan..pembangunan...ECER lah, NCER lah, WPI lah.... apa maknanya semua ini..?
jika hak rakyat dirampas...
kesannya rakyat juga yang merana, terkena tempiasnya.

kita sebagai rakyat Malaysia, ayuh bangkit.. tuntut hak kita sebagai RAKYAT..
jangan biarkan MEREKA mencabuli hak kita.

No comments: