Tuesday, October 14, 2008

GeJaLa SoSiaL FenoMeNa JahiLiah ModeN


Melihat kepada senario kehidupan hari ini, kita telah muak dan lali kerana acap kali dihidangkan dengan isu sosial seperti rempit, bohsia, bohjan, hidu gam, pil khayal, lumba haram, buli, vandalisme dan 1001 nama lain yang dikaitkan dengan gejala sosial.

Termasuklah yang membawa idealogi sesat sehingga merosakkan akidah remaja yang masih rapuh seperti black metal, gothic, hippies, punk, skinhead dan lain-lain lagi nama pelik.

Jika isu ini diamati dari perspektif Islam adalah amat menyedihkan kerana isu dan permasalahan sosial yang melibatkan remaja ini bukanlah dosa kecil, tetapi boleh mencapai ke peringkat dosa-dosa besar.

Betapa keji dan nistanya perbuatan dan akhlak muda mudi kita hari ini. membunuh, melakukan seks bebas, minum arak, murtad, syirik, buang anak, bunuh diri, meninggalkan solat dan derhaka kepada ibu bapa bukanlah suatu isu kecilyang dipandang remeh. Jika keadaan ini tidak dipulihkan , ia akan melahirkan generasi yang lebih rosak akhlaknya.

Keadaan ini melihatkan bahawa betapa ceteknya ilmu agama yang ada pada dada anak mudamudi kita ini. mereka sudah tidak dapat membezakan mana yang halal dan haram, mereka sudah tidak tahu erti dosa dan pahala.. Bagi mereka hidup ini untuk berseronok.. Bak kata, "muda hanya sekali, masa nilah kita nak enjoy, dah tua ni nnti barulah kita bertaubat dan duduk depan sejadah."..
persoalannya.. sempat ke kita tua... usia kita bukannya panjang mana pun...
adakah kita tahu bila nyawa kita akan dicabut... bila-bila masa aje kita akan dicabut nyawa sama ada kita bersedia atau tidak..

ramai muda-mudi hari ini meninggal di waktu usia masih mentah...ada yang kemalangan, penyakit, bunuh diri, dll...

Apabila isu ini dibangkitkan, ramai pihak menuding jari.. Ini salah remaja dan belia itu sendiri. Merekalah yang menjadi punca dan penyebab kepada berlakunya gejala sosial..

Tetapi kita sebenarnya telah tersilap membuat penilaian.

Masalah yang menimpa golongan ini sebenarnya adalah suatu akibat atau kesan yang berpunca dari satu sistem kehidupan yang pincang dan punah. Golongan remaja ini telah menjadi mangsa keadaan kepada satu bentuk kehidupan songsang yang diterapkan dengan ideologi sekular dan liberal yang diadun atas nama kemajuan, kemodenan, pembangunan, globalisasi dan materialistik yang dihiasi dengan sistem kapitalis.

Sehingga nilai agama, adat dan budaya ditolak ke tepi.

Ia melahirkan corak kehidupan masyarakat yang memisahkan urusan agama dari setiap aspek kehidupan harian seorang insan dengan fahaman bebas dan terbuka.

Menurut kamus dwibahasa, fahaman sekularisme adalah 'pendidikan dan kesusilaan yang tidak seharusnya berdasarkan kepada agama'. LIberalisme pula adalah pemikiran dan tindak tanduk atas nama kebebasan hak asasi manusia yang mutlak.

Inilah bentuk kehidupan jahiliah moden yang lahir dalam kehidupan umat Islam akhir zaman ini. Jiwa masyarakat yang diserang penyakit 'wahan', cinta kepada dunia dan takut kepada kematian.

Masyarakat berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dan kemewahan sehingga terlupa bahawa semua itu tidak boleh dibawa ke alam kubur kecuali bekalan amal kita di dunia.

Akibatnya, lahirlah golongan remaja dan masyrakat yang runtuh moral dan akhlaknya, robek imannya hingga terkakis satu persatu nilai suci agama yang seharusnya menjadi pedoman dan penyelamat kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

Maka benarlah peringatan Rasulullah s.a.w bahawa umat Islam akhir zaman ini umpama buih-buih dilautan. Bilangannya ramai tetapi kualitinya berkecai.

Awal kedatangan Islam itu adalah dalam keadaan asing dan dagang, kehidupan beragama Islam kini telah kembali 'dagang' sebagaimana permulaannya.

Kita lebih gah dan meriah dalam urusan majlis sambutan hari perayaan aidilfitri, aidiladha, maal hijrah, maulidur rasul dan pelbagai lagi yang dilihat tidak lebih dari sekadar upacara spiritual semata-mata.

Namun roh dan akidah Islam yang sebenar belum mampu kita terapkan sepenuhnya di dalam kehidupan. Inilah kesan apabila agama dipisahkan dari kehidupan.

Allah s.w.t telah memberi peringatan di dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

sumber: Milenia Muslim Oktober 2008

No comments: