Friday, October 24, 2008

" Datuk Shah Rukh KhaN"

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pemberian darjah kebesaran "DATUK" kepada seorang pelakon Bollywod terkenal. Tentu anda semua tahu siapa...

Timbul persoalan-persoalan dibenak saya. Apakah sumbangan2 "Datuk" tersebut kepada negara kita sehingga diberi gelaran tersebut..
Alangkah mudahnya mendapat pangkat itu macam 'boleh beli dimana-mana'.Hebat sangatkah orangnya??

Berikut adalah komen dari bekas PM kita.

Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan
Oct 23, 08 6:29pm

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."

Penulis:

Kenapa golongan-golongan ilmuan, cerdik pandai, ulama'-ulama' tidak mendapat pengiktirafan sejajar dengan sumbangan mereka kepada kita?

Kenapa golongan-golongan ini seperti dianaktirikan? Yelah bukan kita mengejar pangkat, tapi sekurang-kurangnya golongan inilah yang diberi keutamaan..


Mungkin dunia ini nak kiamat agaknya.
Golongan ulama dipinggirkan, tapi golongan (ahli maksiat) diagung-agungkan.

No comments: