Thursday, October 9, 2008

PRK kembali lagi

Strategi BN sembunyi pilihan raya kampus dikesan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Pilihan raya kampus (PRK) kali ini dijangka mengulangi sistem lama iaitu diadakan secara berasingan yakni tidak serentak.

Menurut sumber kepada Harakahdaily, ianya dibuat dua peringkat iaitu pada 16 Oktober bagi sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan selebihnya akan diadakan pada bulan Januari akan datang.
Hal tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris haron dalam suatu mesyuarat bersama Timbalan-timbalan Naib Canselor pada 6 Oktober lalu.
Ianya dipercayai merupakan salah satu daripada strategi untuk menyembunyikan PRK daripada pengetahuan media dan rakyat negara ini.
"Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa.

"Sepatah kata Dato' Idris "Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!" demikian menurut sumber tersebut.

Sungguhpun begitu beberapa Majlis Perwakilan Pelajar telah dibubarkan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober lalu.
Menurut sumber dalaman kedua-dua kampus itu pula, tarikh penamaan dijangka pada 13 Oktober dengan 17 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi.
Meskipun notis pembubaran dinaikkan tetapi ianya tidak menyatakan tarikh penamaan dan pengundian.
Harakah sebelum ini telah mengeluarkan satu maklumat mengenai pelaksanaan pengundian secara berperingkat dengan membahagikannya kepada Zon Pantai Timur dan Pantai Barat.

sumber: harakahdaily.net

p/s: teringat penulis semasa menjadi calon MPP 2 tahun yang lalu.
banyak kenangan yang terukir semasa bergelar pemimpin Mahasiswa.

suatu kenangan...

beberapa hari sebelum pembuangan undi...

pukul 9 mlm..di surau kolej

masa tu kitorang ajk surau tengah duk meeting program IHYA' Ramadhan.
bla..bla..bla...

kira-kira pukul 10.30 mlm..

tetiba je segerombolan orang pejabat termasuk pengetua, felo dan pembantu felo datang menerjah ke meeting kami...

tanya meeting ape ni? bla.bla.

pastu, pengetua duk berkempen plak... undilah calon pro-aspirasi...jngan mengundi pembangkang...
sy dapati ada pembangkang di kolej ni..

gulp..(terasa pahit nya air liur)
hatiku dah dupdapdupdap...
apa taknye.. akulah orang yang dikatakan itu..
aku tunduk membisu ..tak berani mengangkat muka..
muka ku merah padam macam orang bersalah..
tapi ku kuatkan semangat...
YaALlah selamatkan hambaMu ini.

mujurlah Pengetua tidak cam muka ku..
almaklumlah poster yang tergantung tu hitam putih...

lebih kurang 30 jam jgak meeting ku tergendala dek kerana mendengar "amanat" dari pengetua tu.

pengetua duk sibuk berkempen sana sini.. hatta nak buat perjumpaansetiap blok semata-mata PRK...

No comments: