Thursday, May 28, 2009

Siapa Tamak?


Pagi ni smbil drive pergi lab, telinga ini mendengar celoteh di radio IKIM.fm.
Pagi ni mereka membicarakan pasal TAMAK. Kata org, org tamak selalu rugi. Umpaman anjing dengan bayang-bayangnya..

Ok, ceritanya begini...

Ada seorang hamba Allah tu, kehilangan duitnya sebanyak 30 dinar. Die nie terkenal seorang yang tamak...

Puas die mencari-cari tapi x jumpa. Pada satu hari dia berjumpa dengan seorang pakcik. Dia memberitahu pakcik bahawa die kehilangan wangnya...

Selepas itu, anak perempuan pakcik nie balik dan memberitahu bahawa die ada terjumpa wang sebanyak 30 dirham..
Pakcik tu menyuruh anaknya memulangkan wang tu kepada tuannya semula..

Alangkah gembiranya si tamak tu kerana wangnya telah dijumpai..
tetapi dia berkata bahawa wangnya tidak cukup sebanyak 10 dirham. hanya ada 30 dirham. Die memberitahu budak tu wangnya sebanyak 40 dirham...
dan dia menuduh budak perempuan tu mengambilnya...

Budak itu menafikan bahawa dia tidak ambil wang tu.
lalu, si tamak tu pergi berjumpa dengan pakcik dan memberitau bahawa wangnya tidak cukup 10 dinar. pakcik tu menafikan anaknya mengambil wang tu..

Pastu, si tamak tidak puas hati lalu ingin membawa kes ni ke mahkamah.

Pakcik tadi tidak gentar pun dengan ugutan itu, kerana dia bercakap benar.

So ,pada hari pengadilan, hakim tu bertanya si tamak, berapa wang kamu yang hilang tu?

Dia jawab 40 dinar. tapi yang dijumpai 30 dinar sahaja.

Si hakim bertanya pula kepada si budak perempuan, berapa jumlah wang yang kamu jumpai?

Budak itu menjawab 3o dinar. Betul saya tidak mengambil wang 10 dinar tu,

Lalu, si hakim tu berkata, baiklah kalau begitu, kamu ambil semula duit 30 dinar tu dan simpan. kalau ada sesiapa yang kehilangan wang 30 dinar tu kamu beri kepadanya..
Dan kamu pula, kita tunggu wang kamu 40 dinar tu dijumpai semula...

Apa perasaan si tamak???

Alangkah terkejutnya dia.
dan dia menafikan bahawa wangnya bukan 40 dinar tapi 30 dinar..

So apa moral ceritanye????

Jangan lah kita terlalu tamak dengan harta yang kita ada.
Sebahagian harta kita bukan hak mutlak kita sepenuhnya. selebihnya adalah hak orang-orang miskin...Selalu lah kita menderma =)untuk membersihkan harta kita.

Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan..
Jangan tamak haloba kerana bimbang kita xkan cukup dan puas dengan rezeki yang ada.

renung-renungkan dan selamat beramal.....

Al Husain bin Mathir Al-Asadi berkata :

Bila Allah memudahkan urusan,
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang.
Berapa banyak orang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya,
berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa manis menjadi pahit
Sungguh dunia menipu
orang kaya boleh menjadi fakir
sedangkan orang fakir boleh menjadi kaya
setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainya menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya.

2 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

ooohw. best cerita ni apalagi dicerita pada pagi hari. sangat bagis untuk kesihatan iman.....

t-mutiara said...

bagus jwpn hakim tu kan???
inilah keadilan....