Sunday, April 19, 2009

UbahLah Diri


Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama ALLah yang maha pemurah dan maha penyayang...

Aku bersyukur padamu Allah kerana hari ini aku masih lagi bernafas di bumiMu dan masih lagi diberi nyawa untuk digunakan dalam mendaulatkan agamaMu..

Semalam,Allah telah menghantar seseorang untuk aku tersedar dari lamunanku yang ku cipta sendiri...
Entah..
aku pun tidak tau apa yang menyebabkan aku jadi camtu...
Terima kasih k.zie n suami..
Kerna berjaya meyedarkan ku dari mimpi dan membuatku 'tunduk' dan muhasabah diri...

Petang itu, hatiku merintih dan menangis sepanjang perjalan pulang ke rumah..
Barulah ku sedar....
Diri ini terlalu ikutkan emosi...
Emosi dan emosi..
Kenapa aku tidak bangun dan melawan emosi yang telah membunuh diri ini

Ya Allah, baru kini aku sedar...
hidup ini tidak seindah yang diharapkan..
hidup ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga
aku perlu lawan bisikan-bisikan halus yang negatif
aku perlu lawan emosi
aku perlu bangkit...!!!
Bangkit dari mimpi dan lamunan yang bukan-bukan..

Ya Allah,
bantulah hambamu ini..
berikan aku kekuatan

Pesan DR Shafri,
kita perlu pandai mengurus masa,
kita perlu tahu apa priority kita,
kita perlu pandai mengurus stres,
perlu tahu apa kita nak buat hari dan esok,
mesti ada dateline untuk setiap apa yang kita lakukan,
ada otak ini mesti sentiasa berfikir dan berfikir walaupun kita membuat kerja lain
kita mesti ubah PARADIGMA
pandai mengatur multi-task

sebagai researcher,
kita mesti sekurang-kurangnya 3 jam fokus pada kerja,
xperlu lama...
pastikan kita membaca dan menulis setiap hari,
istiqamah dalam melakukan kerja...
tulis 2 paper setiap satu sem...
jika tidak,
anda merancang untuk keGAGALan...

perkataan itu telah melawan diriku,
telah membangkit diriku dari mimpi ciptaanku..
perkataan itu telah memberi satu momentum untuk ku bertidak dengan segera...
perkataan itu telah memberi cabaran buat diriku...

"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini"

"Langkah pertama untuk berubah- terima hakikat anda bermasalah jikan anda ada masalah"

"sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya,
dia melakukannya dengan cara yang paling baik" -Riwayat Thabrani


"Sesiapa yang memuji saya dia adalah musuh saya,
sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru saya"
(Peribahasa Cina)

"Bila anda biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap."

"Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya"

"Orang yang berfikiran negatif 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif"

UBAHLAH DIRI!!!!
UBAH PARADIGMA!!!
THINK POSITIVE!!!

AYUH BANGKIT, BERTINDAK SEGERA!!!
ALLAHU AKBAR!!!

No comments: