Tuesday, April 7, 2009

'Lawatan' ke Bukit Gantang

Syukur padaMu Allah kerana memberikanku masa dan tenaga untuk pergi berjuang ke jalanMu..
Syukur padaMu kerana membukakan pintu hati 'insan-insan' yang prihatin untuk membantu dari segi kewangan. Syukran pada sahabat yang sentiasa mengiringi doa sepanjang pemergianku ke sana..ku kira tanpa keprihatinan sahabat itu x mungkin ku sampai ke sana...

Sebaik sampai di sana, kami ditegur oleh seorang makcik..yang sedang menunggu seseorang..

"Adik ni 'puteri' ke?," tanya seorang makcik.
kami terpinga2...
jawab sahabatku..."Kami x kenal puteri lah, makcik.."
Pastu kitorang gelak sakan...
Kami dah faham maksud 'puteri'tu tapi saja buat2 x faham..

pemandangan sungguh hijau....
Bukan kerana sawah padi yang terbentang luas...tapi kerana bendera2 yang bergantung sana sini....
ada bulan purnama yang mengembang penuh, ada dacing timbangan, dan mcm2 lagi...

pagi tu diadakan hari keluarga di taman A...
semua bangsa tak kira melayu, cina dan india turun padang...
kanak-kanak pun ramai sekali yang turun...
dalam acara mewarna sampai ajk terpaksa dua kali pergi fotostat lukisan.. di luar jangkaan sekali sambutannya...
ku lihat suasana itu sungguh aman sekali...
Alhamdulillah ....

Bersama makcik-makcik yang sanggup tingalkan keluarga demi sebuah perjuangan...
ku bermuhasabah...
aku macam mana nanti..?
bolehkah aku istiqamah mcm diorang...?
bile berkeluarga nnti...

Ya Allah, tetapkan hatiku bersama para pejuang yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah...
yang sanggup berkorban masa,tenaga dan kewangan...

Ya Allah, kurniakan aku sahabat yang sefikrah denganku yang sama2 berjuang di atas landasanMu...

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
aku memohon kepadaMu tetapkan imanku...
moga aku tidak tergelincir jauh dari landasanMu..

Inilah pengalama berharga yang tidak dapat ku lupakan sampai bila2..
Moga diriku ini sentiasa istiqamah....

wahai sahabatku,
berilah peringatan padaku andai aku lalai dan alpa,
tegurlah aku andai aku membuat kesilapan, melukai hati kalian yang secara sengaja atau tidak sengaja...

wahai sahabatku,

bantulah aku jika aku lemah,
bimbinglah aku jika aku tewas ...

2 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

sama2 saling mengingati. Bukan mudah istiqomah.... tapi dengan ada sahabat yang baik, akanmengingati.. teman hidup pun kena cari.. hakhak

TBD said...

moga kita terus thabat pada jalan ini...amin! mohon pd allah selalu...doakan saya jg ye..