Wednesday, March 25, 2009

BuaT MatA yang Sedang Menangis


Duhai mata yang sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka.
Apapun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah
anugerah Allah yang tidak terhingga.
Ia mampu membunag racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa.
Bersyukurlah padaNya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!

Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan.
Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.
Sedangkan Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya,
"Dan mereka menyungkur(sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (surah al-Isra':109)

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis". (Surah Maryam:58)

Duhai mata yang menangis....

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.
Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar, tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.
Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu mengangis kerana takut kepada Allah"
(Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)

No comments: