Wednesday, January 14, 2009

TaHniaH Dr Ida!!!

Hari ini mendapat perkhabaran yang baik dari Foberg group(kumpulan Master Food Enginering. Dr Ida yang kusayangi telah dinaikkan pangkat PM. Alhamdulillah.
Berkat kegigihan Dr dalam membuat kajian ilmiah akhirnya dihargai.
Namun bukan pangkat yang dikejar, tapi usaha kita ke arah memartabatkan ilmu Allah di muka bumi ini untuk kepentingan kita bersama.

Semoga anak-anak didik Dr dapat menjadikan Dr sebagai teladan dan contoh untuk bersama-sama memacu ilmu Allah yang tak ternilai ini ke puncaknya.

secebis sajak yang ku petik dari karya Usman Awang khas buat PM DR IDA IDAYU dan semua pendidik-pendidik anak bangsa.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

No comments: