Sunday, November 9, 2008

Umat Islam Kini dan Pembetulan Persepsi terhadap proses Keilmuan



Pada teorinya umat islm dan ilmu tidak dapat dipisahkan.
Namun realitinya kita dapati umat Islam begitu terkebelakang dalam perlumbaan menguasai ilmu pengetahuan moden. Memang benar umat Islam pada suatu masa dalam sejarah pernah menguasaitamadundan keilmuan, tetapi kebanggaan itu seolah-olahtiada kesinambungannya dengan realiti umat Islam sekarang.

Mengapa perkara ini terjadi?

Secara umumnya kita dapat katakan antara sebab utama ialah kerana umat Islam tidak lagi benar-benar mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.Namun jika kita halusi mungkin terdapat kesilapan besar dalam kita mentafsirkan cara memenuhi tuntutan ilmu di dalam Islam

Beberapa contoh dapat dikemukakan tentang bagaimana berlakunya silap pentafsiran tentang ilmu dan tuntutan ilmu di kalangan umat Islam sekarang.

Pernah suatu ketika di mana umat Islam menganggap ilmu yang dituntut dalam Islam hanya berupa ilmu fardhu ain seperti ilmu syariat, usuluddin, tafsir dan hadis sahaja. Ilmu-ilmu seperti ilmu sains dan teknologi , ilmu perniagaan, ilmu pengurusan dan lain-lain lagi menjadi suatu yang terasing kerana dianggap ilmu keduniaan semata-mata serta "tidak menghampirkan diri kepada Allah SWT".

Tanggapan demikian berlaku selepas berakhirnya era kegemilangan tamadun umat Islam iaitu selepas berakhirnya Khalifah Islamiah di Turki dan bermulanya era penjajahan di Turki dan bermulanyaera penjajahan Barat ke atas negara umat Islam.

Setelah kebanyakan negara umat Islam bebas dari penjajahan, ilmu-ilmu fardhu kifayah tertinggal dalam kesinambungan ilmu. Kegemilangan ilmu masih lagi belum dapat dicapai oleh umat Islam hari ini bahkan tidak keterlaluan lebih tiga puluh tahun ke belakang dari sudut pencapaian ilmu dibandingkan dengan bukan Islam khususnya negara-negara barat.

Itupun jika dibandingkan dengan negara-negara majudengan negara membangun seperti Malaysia bukan lagi negara-negara dunia ketiga yang majoriti rakyatnya masih belum mengenal komputer mahupun internet.

Negara-negara barat sudah meneroka angkasa lepas lebih tiga puluh tahun dulu sedangkan tiada sebuah pun negara umat Islam yang mampu menerbangkan sendiri angkasawan kita untuk meneroka angkasa hingg sekarang.

Selain dari itu apabila merujuk kepada pencapaian dan perolehan ilmu, umat Islam lebih mementingkan kepada penghafalan dari bentuk-bentuk lain dalam proses pengilmuan. proses penganalisaan, kritikan, penilaian, kretiviti, dan inovasi kurang diambil berat.

Tradisi ilmu umat Islam amat menekankan kepada penghafalan. Penghafal al-Quran amat disanjung dan dimuliakan di dalam Islam. para ulama mesti menghafal beribu-ribu hadis barulah dianggap ulama muktabar.

Penerusan budaya dan keunggulan penghafalan umat islam perlu dikekalkan kerana ini adalah suatu kelebihan kepada umat Islam.

Namun amat malang sekiranya umat Islam kurang menumpukan kepada segmen-segmen lain dalam proses keilmuan. Penekanan kepada penghafalan semata-mata akan menjadikan umat Islam yang jumud, bertaklid buta, tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah dan tidak inovatif mencipta barangan-barangan baru keperluan umat Islam.

Umat Islam juga silap dalam memahami proses pemerolehan ilmu. Sebagai contoh bagi menggalakkan seseorang menuntut ilmu, para ulama akan segera merujuk kepadas ayat pertama surah al-Alaq iaitu Iqra' yang bererti 'Bacalah". Dengan demikian umat Islam digalakkan membaca sebanyak-banyaknya.

Ironinya lagi, mereka mungkin membaca berbagai-bagai bahan bacaan hasil seruan Iqra' tetapi lupa membaca Al-Quran, sumber utama di mana Iqra' di wartakan.

Apakah dengan membaca sahaja umat akan jadi berilmu? Di dalam al_quran selain seruan Iqra' terdapat lgi seruan-seruan lain bagi menghasilkan bukan sja umat berilmu bahkan beriman dan bertaqwa.

perhatikan saja ayat-ayat berikut:

" Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya." (Surah 'Abasa:24)

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembang dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu." (al-Mulk :19)

" Katakanlah; 'Berjalanlah di muka bumi kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." (Al-An'am :187)

Bagi membuka fikiran manusia agar menerima keesaan Allah, ayat-ayat Al-Quran di atas telah menyeru manusia agar melihat, mengembara serta memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah iaitu alam itu sendiri.

Ibnu Khaldun umpamanya mengembara dari sebuah negara ke sebuah negara sambil mencatat segala aspek sosiologi dan geografi tempat yang dilawatinya.

Dua perkataan moden yang paling sesuai menggambarkan aktiviti di atas adalah penyelidikan (research) dan penerokaan ilmu (explore) di mana masih kurang di kalangan negara Islam sekarang.

Di universiti memang banyak penyelidikan namun sebahagian dari apa yang dinamakan penyelidikan itu hakikatnya bukan penyelidikan tetapi sebaliknya yang lebih banyak terhasil adalah plagiarisme dan pencedokan ilmu (terutamanya bagi peringkat Diploma dan Sarjana Muda)

Tidak hairan ramai mahasiswa kita yang tidak dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti bila keluar dari insititusi tersebut kerana kerja 'di luar sana' adalah ledih dari sekadar berasaskan 'kertas kerja ' semata-mata.

Di pusat pengajian tradisional iaitu pengajian pondokj ilmu-ilmu dari kitab kuning dipelajari secara menghafal dan diterima seratus-peratus. Ilmu tersebut dihuraikan dan difahamkan namun proses analisa, ujian , perbandingan (dengan pendapat ulama lain) , penerokaan kreatif dan inovasi tidak berlaku. Tidak ada penyelidikan dan penerokaan ilmu.

Disekolah-sekolah memang ada usaha melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif dengan menerapkan berbagai kaedah pembelajaran seperti akses dan penemuan kendiri serta dibantu dengan aktiviti ko-kurikulum namun kekangan peperiksaan meyebabkan segala ilmu perguruan yang dipelajari hanya kekal sebagai teori semata-mata maka hasil yang dituai tidak seperti diharapkan.

Jika umat Islam sekarang sekadar diajar dan diasuh dengan membaca, mereka hakikatnya hanya mengkaji hasil kajian orang lain di lapangan orang lain.

Hasilnya umt Islam mudah sahaj menbenarkan ilmu yang dibac sekalipun banyak teori-teori dan hipotesis karut dikeluarkan semata-mata keranateori tersebut disulami dengan fakta-fakta yang mungkibn saja diada-adakan atau dimanipulasikan bagi membenarkannya.

Terkadang teori yang dikemukan bercanggh dengan ilmu primer (al -Quran ) tetapi kita dengan mudah menerima sebarang teori yang dikemukan kerana kita tidak mempunyai kajian kita sendiri untuk membenar atau menafikannya.

sumber : mileniamuslim nov 2008

No comments: