Tuesday, August 11, 2009
Jangan Sempitkan Rezeki..
Kita selalu bersungut bagaimana nak tambah rezeki..
Yelah, bila ahli keluarga dah bertambah, tentunya perbelanjaan pun bertambah walaupun gaji kita bertambah.
tambahan pula kalau tinggal di kota raya besar seperti KL, JB.. mesti kita rasa gaji berpuluh-puluh ribu pun masih tak cukup kalau kita berbelanja ikut kehendak bukan keperluan..
menurut USt Pahrol Juoi, kalau kita nak tambah rezeki, pertamanya luaskan perngertian kita tentang makna rezeki.
rezeki tu bukan hanya wang, makan, pakaian, malah lebih dari itu.
pengertian rezeki tu luas. kesihatan, ilmu, iman, kemampuan beribadah, keamanan, anak-anak, penglihatan, pendengaran dan macam-macam lagi...
apabila pengertian rezeki luas, maka rezeki kita pun luas. kalau kita sempitkan erti rezeki, maka sempitlah rezeki kita. betul tak???
ingat selalu "kita ialah apa yang kita fikirkan."
ada satu lagi cara nak tambah rezeki. iaitu beri rezeki kepada orang lain
bukan bermakna bila kita memberi, harta kita akan berkurangan. malah ia akan menyuburkan harta kita.
rezeki yang kita beri bukan hanya terbatas kepada wang sahaja.
berilah senyuman, ucapkanlah sesuatu yang baik dan menggembirakan, bersangka baik dan berdoalah untuk orang lain dengan hati..
kalau kita terima konsep rezeki macam tu insyaAllah, hati kita akan jadi lapang
mesti kita terfikir-fikir bagaimana memberi itu boleh menambah rezeki...
cuba kita tanya diri kita, siapa yang pemberi rezeki???
mestilah Allah, Allah yang al-razak. bila Allah perintahkan mestilah ada hikmahNya.
untuk memberi kita mesti terlebih dahulu memiliki. dan untuk memiliki kita mesti mencari.
ada satu cerita tentang seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya.
bila ditanya apakah motivasi awalnya semasa memulakan perniagaan, dia menjawab, nak membayar zakat. itu dorongan nak memberi..
jadi dia berniaga sungguh-sungguh. dia mencari, hasilnya, dia untung.dia memiliki. kemudian dia layak mengeluarkan zakat. dia memberi. dorongan memberi telah menambahkan hartanya.
Semoga cerita di atas akan meberi semangat kepadaku untuk terus berniaga selagi ada peluang dan permintaan.
Semoga ALLAH memurahkan rezeki sya utk memberi kepada yang layak menerimanya. amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment