Sunday, August 9, 2009
aku seorang penggerai..?
Hujung minggu ni, masa ku sangat padat dengan aktiviti bisnes.
alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
sempena Karnival Wanita 09, aku mengorak langkah maju setapak dengan memberanikan diri untuk menyewa tapak gerai. harganya agak mahal, namun berkat kesabaran dan keyakinan ku dan kebergantunganku pada Allah, segalanya dipermudahkan.
Jualanku sangat memberangsangkan. Ada pelanggan baru dan ada pelanggan tetap.
hatiku sangat gembira menerima kunjungan adik-adik. Macam-macam kerenah mereka. ada yang sibuk membodekku untuk tawar-menawar...
ada yang begitu excited terjumpa tudung yang mereka cari-cari selama ini.
Alhamdulillah, syukur padaMu YA ALLAH
Penat tu memang penat. 3 hari 3 malam aku berkampung di tapak gerai. Terasa badan ini sangat lemah. Maklumlah xde shift. Sorang2 je jadi penjual.
Tapi aku kuatkan semangat juga. Inilah punca rezekiku...
Macam-macam ragam penggerai yang lain.
Ada yang cabut awal kerana hasil jualan kurang memberangsangkan.
Ada yang menyumpah2 kerana tidak ramai pengujung.
itulah adat bisnes.
aku bermuhasabah.....
prinsipku sangat mudah..
jika kita inginkan Allah tolong kita, jagalah hubungan kita dengan Allah. Taatilah surahannya, jauhilah larangannya..
banyakkan doa,solat hajat, solat dhuha dll
yakin sepenuhnya Allah akan tolong kita..mungkin bukan hari ini, tetapi esok, lusa.
Jagalah juga hubungan kita sesama manusia. sahabat-sahabat kita. orang yang kita kenali ataupun tidak..
ketika sibuk berbisnes, tetiba satu mesej masuk.
"akak ada tempah gerai kat taman pulai indah, ada buat jualan sempena hari keluarga di sini. kalu awak nak letak barang awak, datang la"
hatiku sangat girang sekali. mana tak nya, ada orang nak tolong jual barangku...
so, hari ahad tu, dua gerai la produkku dijual..
alhamdulillah...rezeki...
hatiku tertarik dengan pengunjung yang agak ramai di kawasan taman pulai indah..mereka datang dengan keluarga masing-masing...
sasaranku mengena...ramai para ibu tertarik dengan jubah ku...walaupun diorang tu biasa-biasa saja, tapi teringin juga ingin memiliki jubah moden..
tshirt labuh kanak-kanak pun ada...para ibu asyik membelek-belek warna-warna yang ada...
semoga usahaku ini diterima Allah, secara tidak langsung penyampaian dakwahku terkesan. walaupun secara halus...
yaAllah, redhailah perjuanganku dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini..
alhamdulillah sasaranku tepat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment