Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Trainer n trainee


tinggal beberapa minggu lagi, pemain-pemain cilik akan beraksi di perlawanan bola jaring peringkat kawasan negeri Johor.
Saya merupakan orang penting terhadap kumpulan ini...
Menjadi jurulatih pada mereka..
Setiap hari Rabu dan Jumaat kami akan berlatih..

Walau hujan dan panas, cukup atau tidak pemainnya..kami tetap berlatih dan terus berlatih..

Semalam saya keseorangan melatih mereka. Fuhhh..penat jugak..alhamdulillah dibantu oleh K.Farah selaku guru PASTI mereka..Boleh la mengambil alih ketika diri ini penat berteriak...

"Jaga kaki tu, jangan gerak masa pegang bola"

"Baling kuat-kuat"

"Fokus-fokus"

"Aim bola tu masuk gol"

sungguh kering tekak ini..hampir hilang suara.
Tambahan pula, ari tu hujan yang amat lebat...Tenggelam suara...
Ahh..perit sungguh tekak ini..

tetiba je k.farah keluarkan gula2 tuk sakit tekak..
a'ah, lupa pulak nk beli..

hari ni sambung lagi training..

ari ni hujan kurang lebat..

disebabkan hujan, kami main di bawah garaj je..
xpe, biar pun sempit dan x sesuai, tp ok lah..drpd x training langsung..

belum boleh main di padang lagi...sbb petang2 hujan..

ari ni asyik gelak je..mcm2 ragam diorng main..

cakp itu, diorang jawab ini...
aiseh..budak2 zaman sekarang..pandai betul menjawabnya..

td, sy tersalah ckp..
"ok. duduk berterabur semua,nk baling bola ni"

tetiba semua pemain duduk bersila..

adoooooiii...tersalah faham la pulak..
silap saya jugak. ckp 'duduk'..

"hahahha"

saya dan cikgu2 mereka sakit perut menahan ketawa....
nk pecah perut....

em....
sy bermuhasabah..

kanak-kanak yang masih suci ini mudah je ikut apa yang kita cakap..
kalu kita cakap lari, mereka lari...

oleh itu, kita kene selalu tuturkan kata-kata yang baik sahaja.yang positif sahaja.
mereka akan ikut apa yang kita cakap,tanpa screening dulu..betul atau salah apa kita cakap td..

hati2 bila bertutur dengan mereka..
cakap yang baik2 saja...
mereka mudah ingat walaupun sekali je kita bagitau..

minggu depan training lagi....
kalu

Saturday, March 20, 2010

BerCINta HinggA ke Syurga...edisi MAC

Bulan MAC ni adalah minggu kenduri kahwin sahabat2 sekampus.
Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri 2 majlis walimah.

Berikut adalah doa-doa untuk pengantin baru yang kita boleh amalkan untuk diri sendiri, sahabat dan sesiapa sahaja.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

tarikh: 20 MAc 2010
pengantin: Aemyliza n Tuan Ahmad Zahidi






tarikh : 13 Mac 2010
pengantin: Siti Khadijah dan Mohd Hasbullah






Saturday, February 27, 2010

Rally NIsa' GP 2010

tanggal 20-21 Februari yang lalu, sy bersama sahabat Nisa' Gelang Patah telah menjalankan aktiviti Rally Nisa' GP yang julung2 kali diadakan...

alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

objektif program ini lebih kepada promosi dan perkenalkan Nisa' Gelang Patah khususnya dan Nisa' amnya.

kelab Nisa' ini membuka keahlian kepada semua remaja perempuan..
rata2 remaja di kawasan gelang Patah ini belum mengenali apa itu Nisa'..
hanya segelintir sahaja yang betul2 mengenali Nisa'.

alhamdulillah smbutan sangat menggalakkan terutamanya penduduk di Tman U, Taman Nusantara, Kg Ladang dan Kg Pendas Laut..

pelbagai aktiviti menarik telah kami jalankan mengikut checkpoint..

Sabtu, 20 February
i) 8pg - 9.30 pg : Hutan Bandar Mutiara Rini
ii) 10 pg - 12 tngahari : Sekitar Taman Universiti dan GIANT Pulai Utama
iii) 3 ptg - 6.45 ptg : Taman Nusantara, Gelang Patah

Ahad, 21 February
i) 8 pg : Jeti Pendas Laut
ii) 9 pg - 11 pg : a. Restoran Tanjung Nelayan, Pendas
b. Sekolah Kebangsaan Pendas Laut
c. Sekitar rumah2 Kg Pendas Laut

Semoga dengan program2 yang kami telah anjurkan ini dpt menarik remaja2 di luar sana utk mendftrkan diri sebgai ahli kelab Nisa'
InsyaAllah banyak prgram2 menarik bakal menanti anda selepas ini..

layari blog rasmi NIsa' GP http://nisagp.blogspot.com

di bawah ini beberpa gambar sepanjang aktiviti kami yang lalu..













Sunday, January 31, 2010

Jalan-jalan Kg Pendas LAut

Dalam kesibukan dengan kerja dan program, sy bersama beberapa sahabat telah berkunjung ke tapak program RALLY NISA' 10 yang bakal diadakan di Kg Pendas Laut, Gelang Patah..

Kawasannya ditepi laut yang bersempadan dengan Singapura..

Untuk ke sana, kami perlu menaiki bot.

Kebanyakan penduduk di sana mendiami rumah di dalam air...
Subhanallah..sangat sederhana kehidupan mereka..cukup ala kadar shja asalkan terlindung dari panas dan matahari terik...

melihat kehidupan mereka, saya berasa insaf..kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.. mereka hidup dalam serba kedhaifan...

Saya berfikir sendiri.."mampukah aku tinggal dalam kehidupan semacam ini"
"betahkah aku ??" "sabarkah aku jika aku ditarbiah hidup mcm ni" dan pelbagai lagi persoalan bermain di benakku...

aku bermuhasabah...
masih ramai lagi yang hidup dalam serba kekurangan...
kenapa kita merasa tidak cukup apa yang kita ada...
nak itu dan ini..sedangkan semua itu adalah kehendak semata-mata..

melihat anak-anak kecil bermain air di bawah rumah mereka...
saya terfikir.."tidak bosankah mereka bermain air setiap hari"

air itu sangat kotor..kenapa?
sebab di bawah rumah itulah mereka membuang sampah sarap..
dikeliling rumah penuh dengan sampah..
terkejut saya bila mana melihat mereka membuang sampah sarap ke dalam laut..

apakan daya..
menurut penduduk di situ, tiada lori sampah yang masuk ke kawasan mereka.
nak x nk, terpaksa la membuang ke laut...

sy sempat berbual dengan pekerja restoran seafood itu..

katanya, rumahnya pernah roboh disebabkan tiang rumah yang reput lantas jatuh menyimbah bumi..
ketika itu anaknya yang masih bayi berada dalam rumah bersama mereka..
alhamdulillah, mereka bertiga tidak mengalami kecederaan apa2..

sungguh berisiko kediaman mereka...
Kg Pendas Laut akan diambil oleh pihak kerajaan utk di majukan..

mereka akan dipindahkan ke darat..

sekolah juga akan diambil...

entah betah atau tidak dengan kehidupan baru mereka nanti...

mudah-mudahan dengan kehidupan baru nnti akan membawa sinar yang cerah dalam kehidupan mereka..

antara gambar yang diambil...