Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, March 20, 2010

BerCINta HinggA ke Syurga...edisi MAC

Bulan MAC ni adalah minggu kenduri kahwin sahabat2 sekampus.
Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri 2 majlis walimah.

Berikut adalah doa-doa untuk pengantin baru yang kita boleh amalkan untuk diri sendiri, sahabat dan sesiapa sahaja.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa Untuk Pengantin
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

tarikh: 20 MAc 2010
pengantin: Aemyliza n Tuan Ahmad Zahidi






tarikh : 13 Mac 2010
pengantin: Siti Khadijah dan Mohd Hasbullah






Monday, December 21, 2009

sekitar walimah sahabat

Bulan ini saya menerima banyak undangan majlis perkahwinan sahabat-sahabat.
Namun. dek kerana lokasi dan masa yang tak mengizinkan saya hanya sempat memenuhi undangan dua orang sahabat je.

12 dec 09 (walimah rohaya)












Ni pulak walimah Farah dan Khairul (20 Dec09)



Tuesday, May 26, 2009

HAri Terbuka AMAL 09


"tit, tit"
1 mesej diterima.

Salam ukhuwwah kepada seluruh sahabat-sahabat. Jom sama-sama kita meriahkan Hari Terbuka AMAL 2009.

TARIKH: 5 & 6 Jun 2009

TEMPAT: SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki

TENTATIF:

5 Jun 2009 (Malam Sabtu)
- Perasmian Hari Terbuka AMAL 2009
- Konsert AMAL UNIC (Masuk Percuma)

6 Jun 2009 (bermula 8.00 pagi)
- Hari Keluarga AMAL bersama UNIC (terbuka kepada semua batch)
- Pertandingan Futsal dan acara sukaneka (hadiah menarik menanti anda).


.....

Erm...dah lama aku tidak berjumpa sahabat2 lama Maahad Muhammadi Perempuan.
Walaupun dua tahun belajar kat sana, tapi banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Kat mmp, tetiba aku jadi pasif..Walhal sebelum ni( masa kat MPI) aku agak glamour jugak la di kalangan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Rata-rata semua cikgu yang mengajar atau tidak hampir mengenali ku dek kerana aku selalu ada pergi jumpa cikgu kat bilik guru...

Tapi berlainan pula kat sekolah maahad tu, aku x ramai kawan. sedih jugak la...kawan ku ketika itu hanya AIn, Nasirah...coz kitorang dari MPI jugak.

Aku juga berkawan dengan yang lain tapi xlah serapat mana. hanya beberapa org je yang aku rapt.

Masa kat maahad, aku jadi takut... takut apa???
Takut sebab aku ditempatkan di dalam kelas yang semua dapat pMr 8A dan9A. semua nya pandai2 belaka. aku jadi rendah diri....
mampukah aku bertanding dengan mereka...
tetiba aku jadi cuak..macam2 perasaan wujud...
keputusan SPM aku pun xlah seberapa...
entah kenapa...
mungkin saingan ramai sangat...aku jadi takut....
abngku agak kecewa dengan resultku...sbb x setanding ngan PMR

entah aku pun x tau kenapa...
aku jadi kurang semangat nak belajar...
mungkin sebab environment...
xramai kawan...
x rapat ngan cikgu..
pendek kata, aku jadi pasif....bertukar sikap dan perangai 360 darjah dari sebelumnya.
aku rasa TERTEKAN...itulah jawapannya...
kawan2 dikelilingi pelajar yang hebat2 belaka.
aku jadi terbelakang..entah kenapa..

tutp cerita kat situ....

cuti nie, aku mendapat 2 jemputan walimah...
seorang housemate ku, hunaini (6hb 6) dan sorang lagi kawan lama seMPI dan SeMMP. nasirah namanya. kad itu baru ku pegang tadi..(4hb 6)..

Kali pertama menatap kad yang diterima aku terkejut. X sangka, tanpa khabar berita, tup2 datang jemputan ...tahniah Nasirah..
maaf berbanyak coz x daapr hadir...sebb aku berada di Negeri 9 waktu tu. Ada kursus BTN...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Monday, November 3, 2008

Gud Luck 4 Final..


Saya ucapkan selamat menempuhi peperiksaan akhir semester kepada sahabat-sahabat semua, adik-adik dan sesiapa saje.

Semoga segala usaha sahabat semua akan diberi ganjaran olehNya setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Jangan lupa lakukan solat hajat setiap hari.
Mohon petunjuk dari Allah semoga diberi ketenangan hati semasa menjawab nnti..

Saya doakan kejayaan kalian semua.

Ma'a attaufiq wannajah.