Wednesday, August 19, 2009
Bicara Ambang Ramadhan
Tengahari tadi selepas berjumpa penyelia, sy di ajak oleh sv ke ceramah Ramadhan di bilik mesyuarat fakulti..
Saya pun tanpa berfikir panjang sy terus ke BMF fakulti. Alhamdulillah ceramah belum bermula.
Para staf dah ramai. Em..sy lihat ramai juga staf yang hadir. Ada yang sy kenal dan juga tidak kenal.
Alamak, sy seorang je ke student. yang lain semua staf.. xpe, buat biasa je..
nk dengar mutiara ilmu x perlu segan.
Ceramah disampaikan oleh pensyarah kanan dr jabatan polimer, Prof Dr Azman
Penyampaiannya sangat terkesan dan berkesan...
sebelum masuk bab Ramadhan, Prof membuat sesi muhasabah dulu.
Kenali manusia
Manusia ni ada 4 golongan.
1. Bukan Islam.
Semua dah tahu maksudnya kan? Golongan ni tidak mempercayai dan mengamalkan islam langsung.
2. Islam nama
maksudnya apa??
maksudnya seseorang tu Islam hanya pada kad pengengalan sj. Tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup. tidak solat, puasa dan sebagainya. orang panggil juga sebagai Islam baka. ye lah, dah mak ayah Islam, dia pun Islam la..
"Seseorang bayi itu dilahirkan seperti kain putih. Ibu bapanya lah yang mencorakkannya samada yahudi atau nasrani..
golongan ini ramai.. tidak terkira...
halal haram tidak tau bezanya...
tengoklah kat mana2 kita pergi... xperlu tengok benda lain, tengok lah pada solatnya...
kalau benda wajib pun x buat, apatah lagi benda sunat...
orang macam ni kita x perlu cakap pasal solat jemaah, solat sendirian pun x lepas...
so, pendekatannya, ajak dan ajarlah mereka solat.
mungkin ada di kalangan mahasiswa sendiri yang x pernah dan x tau solat...
siapa yang harus dipersalahkan?? ibu bapa, masyarakat, persekitaran atau siapa???
3. Islam komited
maksudnya apa?
seseorang tu sangat komited pada ajaran Islam. banyak melakukan amalan-amalan wajib dan sunat tetapi untuk diri mereka sendiri..
mereka tidak berhajat untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan juga..
mereka ini golongan yang pentingkan diri sendiri..
'Buat apa peningkan kepala. nak buat-buat, x nk buat sudah..'
4. Islam daie
apa maknanya tu??
Daie tu maksudnya dakwah. setiap kita ni terpikul di setiap bahu kita tanggungjawab berdakwah kepada orang lain..
Golongan ini juga beramal seperti golongan ketiga di atas, tetapi mereka berhasrat dan mengambil inisiatif untuk mengajak orang lain sama2 menghayati Islam..
mereka ini golongan yang mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran..
jadi, di manakah kita???
kita ni tergolong dalam golongan yang mana??
tepuk dada tanya lah iman...
Lepas tu, barulah Prof masuk bab ramadhan...
terdapat beberapa kesilapan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadhan..
pertama:
Kita bangun bersahur hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah-ibadah lain seperti qiamullail..
Memetik ayat dalam surah Az-Zariyat :18 yang bermaksud. "dan ketika waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan istighfar"
kedua:
tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih..
ketiga:
tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka
keempat:
memperbanyakkan tidur di siang hari
Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah...
tanamkan di hati, ramadhan kali ni akan lebih baik dari sebelum ini..
Sebelum bersahur tu, cuba lah kita qiam dulu..
jadikan bulan Ramadhan ini adalah bulan latihan untuk kita mempertingkatkan ibadah-ibadah sunat..
perbanyakkanlah berdoa terutama ketika menunggu waktu berbuka. salah satu waktu yang paling afdal berdoa adalah ketika berbuka.
jangan asyik bersembang je....
waktu nie lah doa kita mudah dimakbulkan Allah
jadikan bulan ini latihan untuk kita solat berjemaah setiap waktu dan solat di awal waktu.
tapi jangan bulan Ramadhan je kita istiqamah..
bulan lain pun perlu juga.
InsyaAllah, bila kita dah terbiasa solat awal, insyaAllah kita akan mudah dan selalu ingat untuk solat awal.
Bulan ramadhan adalah bulan tarbiah untuk kita memperbaiki amalan kita yang lompong-lompong..
Hayatilah lirik lagu ini.
HARAPAN RAMADHAN
Raihan feat man bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment