Monday, August 3, 2009

Aku, dakwah n bisnes




Alhamdulillah, dengan kesibukan buat master nih, Allah memberi kekuatan untuk ku buat bisnes secara kecil2an.

bermula dengan jual tshirt labuh.
Aku tekad untuk mengorak langkah menjadi pengedar tetap dr Nisa' kelantan.
bermula dengan 30 helai...alhamdulillah..sambutan di luar jangkaan...
ramai mencari2 tshirt labuh nie...
bukan saja yang dah biasa pakai, yang baru-baru nak mencuba pun terikut sama untuk memakai..

alhamdulillah..
tercapai juga matlamatku untuk berbisnes sambil berdakwah.

Atas kesedaran dakwah itu, aku bertekad untuk menjual barang2 muslimah seperti tudung, jubah, kerongsang..

sekarang dah setahun usia bisnesku..

Sambutannya masih lagi seperti dulu..
barang2 pun selalu kene tambah..
cepat habis...
sampai x menang tangan utk memenuhi tuntutan semua pelanggan.
setiap hari barang-barangku bertukar tangn dari satu tangan ke satu tangan..

rutinku, selepas pulang dr lab, aku perlu memenuhi appointment yng dibuat dengan customer.

Alhamdulilah, pelanggan ku dah bertambah..
Diri ini mula dikenali dikalangan adik2 kampus..
tahun 1, tahun 2 hingga tahun 4.

dengan staf utm pun , diri ini mula dikenali..
muslimat2 sekitar skudai...

hujung mingguku terisi dengan aktiviti bisnes.
kalau ada event area skudai ni, aku mengambil portku untuk berniaga..

bisnesku berjalan berbekalkan kereta yang dipinjam dari kakakku yang begitu memahami..
famili semua bagi support...
boleh dikatakan setiap bulan perlu balik kg untuk mengambil stok baru..
lagi2 nak dekat raya nie..
terpaksa guna khidmt famili utk tlg beli brng dan poskan
memandangkan aku terlalu sibuk sekrang...

setiap hari boleh dikatakan dpt msej berbunyi "akak, sy nak tengok tudung akak"

alhamdulillah, berkat doaku Allah makbulkan dan permudahkan urusan.

Aku, bisnes dan dakwah

bukan niatku untuk mendapt keuntungan yang lebih semata2..tapi niatku cuma untuk berdakwah...

sebut pasal dakwah ni, kita bukan sje perlu cakap " adik,pakai la tudung yang labuh sikit, menutupi paras dada"
"adik, kita kene pakai stokin"
"adik, kita kene itu dan ini"

tapi kita perlu sediakan jalan@cara untuk die dapatkan brng tersebut.

sebb itulah, atas kesedaran itu, sy mengambil inisiatif untuk buka bisnes ni...
sebenarnya, ramai yang tercari2...
ramai yang ingin berubah...
kita perlu sediakan jalannya...

rata2 yang sy jumpa, memang diorng sedang mencari...
kalu nak dptkan brng kene keluar ke angsana atau pasaraya lain..
jadi, melalui kedai bergerak ini, mereka senang nak dptkan apa yang mereka nak. tambahan pula, harganya jauh lebih murah dari harga di pasaran luar..

Aku bersyukur padaMu ya ALlah,
kerana membuka pintu hati ini untuk melakukan sesuatu yang amat bermakna untuk hamba-hambaMu yang lain.
Aku bersyukur padaMu,
kerana melimpahkan rezeki yang xterhitung ini.

Semoga usaha yang kecil ini,
mendapat keredhaanMu dalam menegakkan agamaMu.

amin.

No comments: