Thursday, May 21, 2009
Sukan Pasti
Alhamdulillah, sabtu yang lalu telah diadakan sukan pasti kawasan Gelang Patah bersempena sambutan hari Guru.
Banyak acara diadakan..
Bola sepak, bila jaring, sukaneka, dan beberapa acara khas utk guru-guru.
Aku ditugaskan sebagai ketua pengadil bola jaring...
Erm agak mencabar juga walaupun nampak senang.
Maklumlah adik-adik kecil ni mcm2 ragam
Ada yang excited main... Sampaikan yang bukan shutter pun nak shut gak...Hahaha.. kelakar betul..Aku x tahan nak gelak kan diorng.
Ada yang dapat bola, terus lari nak bagi pada kawan die..
Letih aku kejar mereka..
"adik, jngan lari. baling pada kawan je"
ada juga yang kaku, x tau nak buat apa..tengok je bola datang kat die. padahal die GK. kene jaga la bola jngan bagi masuk gol...tapi budak nie, no respon...kaku...
mcm2...
tidak kurang juga ada yang menangis...
mungkin takut pada bola...(agaknye)..
atau takut kene baling...
"ni, kenapa menangis cikgu" tanyaku semasa perlawanan baru nak mula
" die x pernah dapat bola. so kita tukar die jadi C, center.baru dpt bola selalu."
aduhai, mcm2 kerenah.
tak larat aku nak menahan ketawa...
penat juga jadi pengadil nie.
baru 2 set aku dah kepenatan.
tukar pengadil lain lak.
sambil2 tu sempat lagi aku buka gerai jual tshirt, tudung, jubah, buku.
HUH.. buat kerja 2 dalam 1.
tapi aku ada pembantu...kalui x susah la.
Alhamdulillah jualan pada hari tu cukup baik. x cukup tangan melayan pelanggan.
aku rasa macam jual kat pasal malam lak.
coz aku bukannya pakai meja...tapi tikar...
duk bawah khemah...
ermmm menjadi jugak bisnes ku...
banyak gak dpt tempahan tshirt ..alhamdulillah..
keputusan bagi pemenang bola jaring adalah pasti siswa 2..
HIDUP PASTI SISWA 2!!!
tengahhari tu aku balik terus ke rumah kerana nak packing baju balik kampung.
balik kg 2 hari 1 malam je...
x berbaloi....tapi kene balik gak coz nak settlekan urusan NSF.
Alhamdulillah dah settle.
Skrg ni tunggu elaun masuk je..
Harap2 dpt cepat.
dah 5 bulan hidup tanpa elaun...
sakit jugak nak hidup.nak bayar kete lagi..
sekarg baru aku rasa mcm mana susahnya nak cari duit sara kehidupan..
bak kata org tua2.. ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
begitulah hidupku sekarang.
hanya bergantung pada bisnes semata2...
alhamdulillah aku murahkan rezeki tanpa disangka2...
kita minta sikit, tapi Allah bagi berganda2.
"jika kita ingat Allah, Allah akan ingat kita"
bak kata Raihan..
"selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"
semoga Allah memberkati hidupku.amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment