Monday, May 4, 2009

Aduhai...Tarbiah....


Kepenatan diuji bersama Nisa'Catering Team untuk Program Muktamar tidak berakhir di situ.

Selepas pulang dari muktamar, sekali lagi kami diuji oleh Allah dengan kesesakan jalan yang amat. Waktu tu dah masuk maghrib..Aku berkira2 sempat ke solat kat umah...
Ingatkan hati nak je berhenti kat mana2 masjid....

Belum lagi melepasi traffic light kat jalan Senai, tiba-tiba enjin keretaku mati..
Ops...biasa la tu...

Tiba-tiba....

Alamak kenapa x nak hidup nie...???
Aku dah cuak....
Bateri abis....
YA Allah, kenapa la die mati tengah2 jalan yang jem nie..
Ya Allah selamatkan kami....
Aku jadi blank...
Xtau nak buat apa.
Syukur padaMu kerana aku tidak keseorang...
Sahabat-sahabatku ada bersama...
Mereka keluar untuk menolak keretaku ketepi..
Aku...? Panik...

Kereta kat belakang dah poon!!!!!
aku lagi panik.

Seorang pemuda datang menolong menolak kereta ke tepi.
Alhamdulillah berjaya...

Sahabat2 yang lain sibuk menelefon suami k.Zie supaya dtg tlong kami.

Dalam duk menunggu Dr. Shafri sampai, beberapa sahabatku jadi 'polis traffic' jap menjaga lalulintas yang agak sesak.
Kesian kat diorng...
Syukur pada Mu kerana mempertemukan aku sahabat yang banyak menolongku bile ku kesusahan.

Waktu maghrib dah makin jauh.
Kami terpaksa solat dalam kereta. Mujur la air masak ada sedikit. Dapat la guna amik wudhu'.

Nie la ujian namanye. Dapatla merasa mcm mana solat dalam keadaan darurat yang tidak cukup air dan tempat yang sesuai. Kami solat dalam kete je.
Jalan sesak teruk.

Tiba-tiba.. sebuah kereta berhneti tepi jalan.

Kenapa dik?? Kereta rosak ke?

Syukur padaMu kerana menghantar bantuan kepada kami 4 orng pemuda yang dtg dari muktmar. Mereka kenal kami disebbkan VEST nisa' yang kmi pakai kot...

Alhamdulliah kereta dah hidup....

Dapatla kami meneruskan perjalanan....

Sejam jugak kami terkandas...

Sampai je umah k.zie, aku asyik bercerita kejadian tadi...

AKu xdpt bayangkan sekiranya aku keseorangan...

Syukur padaMu ya Allah....

No comments: