Sunday, May 10, 2009

SelaMat Hari Ibu


Setiap 10 Mei kita akan menyambut hari Ibu.
Macam2 program diadakan khas untuk para ibu.
Macam2 anugerah disampaikan sempena hari ibu nie...

Di kala orang lain memberikan ciuman dan hadiah istimewa kepada ibu mereka,
aku hanya mampu bercakap di talian untuk mengucap selamat hari Ibu.

Bagiku, hari-hari adalah hari ibu..
Kerana hari-hari kita perlu berdoa untuk mereka, bertanya khabar mereka dan lain2.
Walaupun anakmu ini berada jauh di rantauan, tapi hati kita sentiasa dekat..

Sejak 4 hari lepas, aku dikhabarkan emakku kurang sihat.
Ya Allah, terasa hari tu juga aku ingin menjenguk ibuku.
Tapi apakan daya, masa belum mengizinkan lagi utuk balik.
Tuntutan kerja yang tiada penghujung.
InsyaAllah, dalam minggu ni juga aku bercadang untuk balik

Mengenangkan orang lain memberikan wish untuk ibu mereka,
hatiku jadi sayu.
Entah kenapa tiba2 airmata ini merembes keluar.
LAju dan deras umpama air di kali.

Sayu kerana mengenangkan diriku ini dapat masuk U hasil didikan mak,
hasil penat lelah mak mencari nafkah untuk kami
untuk membesarkan ahli keluarga kami seorang diri,
kerna suamimu telah diambil olehNya.

Ku ingat lagi,
tiap2 malam mak balik lewat
hati ini terasa sedih
begitu besar pengorbanan mak untuk kami
sanggup mengorbankan tenaga , masa demi untuk mencari sesuap nasi untuk kami
aku tahu, mak tentu penat..
Balik malam, dan pagi2 lagi dah keluar.
Begitulah rutin hariannya...
Walaupun umurmu dah melewati senja
tapi kau gagahi jua...

Mak,
tiada barang bernilai yang boleh membalas jasamu,
kerna jasamu dan pengorbananmu tidak terhitung nilaiannya
hanya kejayaan dan doaku sebagai balasan jasamu.
itupun belum tentu cukup..

Ya Allah,
Kau ampunkan dosa makku selama ini,
Kau berilah cahaya keimanan kepadanya
Kau berilah kesihatan yang baik untuknya,
Kau kabulkan doanya.

Amin.Ya Rabbal 'Alamin

No comments: