Saturday, February 13, 2010
Orang Kaya Tidak Bekerja Untuk Wang..
Rich Dad Poor Dad..
Orang miskin dan golongan pertengahan bekerja untuk wang. Orang Kaya Tidak Bekerja Untuk Wang
"pakcik akan bayar 10 sen sejam dan kamu akan bekerja selama tiga jam setiap hari Sabtu"..
selepas 30 sen yang pertama...
"saya mahu berhenti kerja"...
"pakcik berjanji akan mengajar saya macam mana nak jadi kaya.tapi semasa saya bekerja pakcik tidak pernah datang menjenguk saya langsung".. saya merungut..
"adakah mengajar bermakna bercakap atau bersyarah?" tanya bapa kaya..
"ya, tentulah," balas saya..
"itulah caranya mereka mengajar kamu di sekolah. tapi itu bukan cara kehidupan mengajar kamu..dan bagi pakcik, kehidupan adalah guru yang paling baik..kehidupan tidak pernah bercakap dengan kamu, ia selalunya menolak kamu ke sana ke sini..setiap kali ia menolak, ia seolah-olah berkata, "bangun. ada sesuatu yang saya mahu kamu pelajari."
saya menggaru-garu kepala tanda tidak faham..
"jika kamu belajar daripada pengajaran yang diberi oleh kehidupan, kamu akan berjaya. jika tidak, kehidupan akan terus-menerus menolak kamu ke sana ke sini. Orang melakukan dua perkara. Ada yang membiarkan kehidupan menolak-nolak mereka. ada yang merasa marah dan menolaknya kembali. mereka menolak kembali kepada ketua mereka atau kerja mereka atau suami atau isteri mereka. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan yang menolak-nolak mereka."
"kehidupan menolak kita semua ke sana dan ke sini. Ada yang kalah. Dan ada yang melawan balik..hanya segelintir yang belajar daripada pengajaran yang didapati dan terus melangkah ke hadapan. Mereka menerima tolakan yang diberikan oleh kehidupan. bagi orang yang segelintir ini, ia bermakna mereka perlu dan mahu mempelajari sesuatu. mereka belajar dan terus melangkah ke hadapan. yang lain kebanyakannya menyerah kalah dan segelintir sahaja yang melawan.."
"Jika kamu belajar dari pengajaran ini, kamu akan membesar menjadi seorang yang bijaksana, kaya dan bahagia.Jika tidak, seumur hidup kamu akan menyalahkan kerja, gaji kecil..kamu akan hidup dengan sentiasa mengharapkan peluang keemasan untuk menyelesaikan masalah kewangan kamu.."
bersambung..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment