Sunday, December 21, 2008

SyuKur PadaMu Ya Allah


Minggu lepas, ku mendapat berita yang dinanti-nantikan selama ini.
Allah telah mengabulkan doaku selama ini.
Dari perkhabaran di kanpung, aku mendapat surat formal dari MOSTI.
Telah ku pesan pada seseorang di kampung, jika ada surat yang sampai tolong buka dan bagitau cepat2.
Alhamdulillah, aku telah mendapat biasiswa dari NSF (National Science Felloship) untuk menyara hidupku dalam sarjana kali ini.

Alhamdulillah, syukur padaMu kerana memberikan rezeki yang melimpah ruah padaku.
Inilah berkat kebergantungan kita pada Allah.
Kalau kita yakin bahawa Allah lah satu-satunya tempat bergantungan kita selepas kita berusaha mencapainya, insyaAllah Allah akan berikan pada kita. Cuma masanya saja, kadang-kadang cepat, dan kadang-kadang lambat.

Jika apa yang dihajat itu lambat diperoleh, yakinlah bahawa Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

jika apa yang dihajat itu tidak kesampaian, boleh jadi apa yang diminta itu tidak baik untuk kita. Allah itu Maha Mengetahui.

Berbalik pada biasiswa yang kudapat itu, sebenarnya banyak onak dan duri yang ditempuhi. Ceritanya pernah ku tulis dalam entri sebelum ini. 'Suatu hari yang tidak diduga'

Apa yang nak ku tekankan disini ialah konsep tawakal kita pada Allah.
Untuk mendapat sesuatu hajat, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh,selepas itu banyakkan berdoa dan solat hajat. minta Allah permudahkan segala urusan.

Tapi dengan syarat, kita hendaklah menjauhi segala perkara yang dilarang oleh Allah.dan melakukan perkara-perkara yang disukai oleh Allah. Ini kerana sesuatu yang baik itu tidak boleh bercampur dengan yang batil. Cahaya Allah itu tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap.Wallaua'lam.

No comments: