Wednesday, September 24, 2008

Saintis herba

Prof Ramlan, lima dari kanan. Bersama Prof Ir Zaini Ujang (TNC R&D)

Salam Ramadhan..



Ahad lalu, saya tertarik dengan ruang personaliti-berita harian.

"Ramlan Saintis MUda".. itulah tajuknya...



erm..macam familiar nama tu...Rupanya itu adalah Prof Ramlan, pengarah CEPP UTM, merangkap penyelia PSMku dan pernah mngajarku subjek Pythochemistry.

apa yang menarik tentang beliau ?

Beliau seorang yang berpandangan jauh. Idea Penubuhan CEPP ini tercetus saat dia sendiri serius memikirkan bagaimana cara untuk memanfaatkan hasil hutan negara yang menyimpan seribu satu khazanah pepohon herba yang bernilai tinggi..

lantas itu, beliau bertekad untuk membangunkan satu-satunya makmal penyelidikan kejuruteraan kimia. tapi katanya, untuk merealisasikan impian ini bukan mudah, banyak ranjau dan cabaran yang perlu beliau tempuhi..

idea ini difikirakan sejak 24 tahun yang lalu apabila melihat negara maju lain mempunyai makmal sendiri bagi tujuan penyelidikan berasaskan teknologi...

apa yang hebatnya Prof ini?

beliau adalah pernah menjawat sebagai ketua jabatan kejuruteraan kimia yang paling muda iaitu berusia 24 tahun..

beliau sangat cakna dengan tumbuhan ciptaan Allah S.W.T..

katanya, kenapa kita harus membiarkan orang nonmuslim yang menjadi perintis dan pengeluar produk berasakan herba..apa fungsi kita sebagai MUslim...?
berasa selesa menjadi pengguna setia...?

Nama beliau kini tersohor di seluruh dunia terutamanya di India...
Banyak pengalaman dan cerita yang beliau kongsi kepada kami..

Semoga Prof terus maju!!

No comments: