Friday, November 27, 2009

fadilat dan hikmah korban

alhamdulillah..kita dah sekali lagi diberi nikmat untuk mengecapi hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban dan hari raya haji..

alhamdulillah juga saya diberi keizinan oleh Allah untuk menyertai korban kali ini...
terasa lapang hati ini dan saya bersyukur sangat2 dapat menunaikan ibadah yang satu ini..
berkat jimat cermat dan limpahan rezeki kurniaan Allah, sy tekad pada kali ini.
moga2 tahun depan dpt peluang lagi...

rasa nk menitis air mata ini tatkala melihat lembu itu dibaringkan ke tanah..
lembu itu rebah dengan sendiri seolah2 redha dan bersedia untuk disembelihkan..
ia baring tanpa protes apa2..
seolah faham benar bahawa dirinya dijadikan sasaran korban kali ini..

Allahu akbar...Allahu akbar...
laa ilaha illallah...

begitulah laungan takbir kedengaran tatkala pisau itu sampai ke lehernya...

hati ini hiba..
sayu...

melihat darah memancut keluar dari lehernya..
ia mnedengus kesakitan..

Ya Allah...
ampunkan dosa-dosaku..
banyaknya dosa yang ku lakukan selama ini..

aku bermuhasabah....

jadikan aku kuat bila ditimpa sebarang musibah dan ujian...

jadikan hati ini tenang setenang air di kali...

............

sy tercari-cari apa hikmah korban sebenarnya...


Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla

semoga diri ini dapat mengambil iktibar dari ibadah korban ini..
amin..

12.06 a.m
kg paya bemban,
kota bharu..

Wednesday, November 4, 2009

selamat hari lahir buat diriku..

4 nov 09 -telah genap la umur sy yg ke 25..
emm..dah tua da...

makin lama umur kita makin pendek..
sebb apa..
sebb kita makin dekat dengn kematian...

terima kasih pada sahabat2 sbb bg wish pada sy
semoga Allah merahmati hidup kalian

sy sangat ceria...
walaupun kesihatan agak kurang memuaskan...

semoga diri ini lebih bersemangat menjalani kehidupan mendatang
semoga diri ini sentiasa ceria
semoga diri ini sentiasa dekat padaNya...

semoga impian sy akan tercapai hendakNya..

Sunday, October 25, 2009

akhirnya tertunai juga...

alhamdulillah, semalam sy dan ayet diberi kesempatan untuk menziarahi mak angkat kami di Kg ladang, Gelang Patah. setelah beberapa kali merancang akhirnya tertunai juga hasrat itu. walaupun dah abis syawal, tapi janji tetap janji dan patut ditepati...

maafkan kami makcik di atas kelewatan itu...
bukan x mahu ke sana, tapi dek kerna kesibukan kami, kami terpaksa mencari masa yang sesuai.

tidak ku sangka, kunjungan kami bukan kunjungan biasa2. kami di sambut dengan penuh penantian..
ramai nye orang...

oh, rupanya mereka ini saudara mereka.
tidak ku sangka, mereka ni menanti kehadiranku kerna apa..
kerna barang bisnes ku..
oh terharunya...

sebaik sja sampai, brang ku digeledah bak umpama pasar malam...
begitu teruja mereka...
membelek.. menilik...mencuba sesuai ke tidak...kehulu kehilir mencari cermin...

seronok ku lihat...
seolah-olah mereka ini begitu lama mencari apa yang mereka mahu..
maklumla..nk ke bandar jauh...
dan belum tentu dapat apa yg mereka mahu...
harganya.....mungkin jauh lebih mahal...
alhamdulillah...syukur padaMu...
tidak sia2 ku datang...
menziarah sambl berbisnes..
berbisnes sambil berziarah..
moga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya..amin


petang itu, hatiku tertnya2.. kenapa banyak sangt gelas2 kat luar ni..hampir 20 gelas..
oh, rupa2nya mereka membuat kenduri kecil2an, menyambut hari lahir adik angkat ku dan anak buahnya 2 orang.. so 3 orang serentak la...


yang dtng ramai la jugak..penuh satu rumah...
dapatla ku berkenalan dengan mereka...
masa kami nk beransur pulang pun, masih ada lagi yang datang...
rupa2nya, kat dapur pun ramai...
wah ni betul2 kenduri ni...hehe..

anyway, moga kita jumpa lagi. moga diizinkan Allah kami dpt ke sana lagi dengan aktiviti yang lebih menarik...

Saturday, October 17, 2009

rayuan rindu..

Ya Allah,
tiada Tuhan selainMu YA ALLAh,
hanya padaMu tempat ku mengadu...
dek kala jiwa ini resah, gelisah dan tidak menentu..
padaMu ku berserah...

Ya Rabb,
aku lalai,
aku leka,
aku alpa,
argh..susah utk menyatakannya..

Ya Rabb,
hati ini rindu, rindu tuk bertemu denganMu,
rindu tuk ke syurgaMu,
tetapi layakkah aku..
berbekalkan secebis amalan ini..
malu aku tuk mengakuinya..
terlalu kerdil diri ini tuk berdepan denganMu..
terlalu hina diri ini tuk bertemu denganMu..
kerna ku banyak dosa padaMu..

ya Allah,
ampunkan segala dosaku selama ini..
samada aku sedar atau tidak..
ampunkan ya Allah...
ampunkan ya Allah....
ampunkan ya Allah...

Rayuan Rindu-Raihan

Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Munajat hamba padamu
Mengharap kasih sayang-Mu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Semaikan harap syurga Allah
Carilah keredhaan Allah

Rinduku ya Rasullullah
Padamu ya Habiballah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlakmu
engkaulah rasul pilihan Allah
Bawa rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is juat for You
Knowing You... Allah
I will try ti get close to You

Let us find the way to know our God
Feel the tortures of hell's fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku pada-Mu syahdu
Bertemu Allah yang Esa
Menjadi idaman kalbu

Thursday, September 24, 2009

eidilfitri bersama keluarga

pejam celik pejam celik dah seminggu sy berada di kampung..
tapi rasa mcm baru semalam je balik umah...

alhamdulillah sy selamat sampai umah walaupun berbelas-belas jam drive...
jalan jem kat terengganu..apa nak buat...

sabtu ni insyaAllah akan kembali semula ke skudai konvoi bersama sahabat-sahabat..

hingga ke hari nie sy tak henti2 keluar beraya..tmbah2 lagi pergi kenduri sanak saudara..walaupun jauh ikatannya..

berbaloi la abis duit minyak..mana taknye.. kalu x cuti panjang cm nie susah nk sampai...tu pun ada lagi yang x sempat nak ziarah...diorg wat kenduri pun mana balik..
masa nie la peluangnya..

semoga syawal kali ini sangat bermakna buat diriku.

gambar keluarga sebagai kenang-kenangan yang sempat di rakam...



Sunday, September 6, 2009

keluarga angkat ...



alhamdulillah, sehari semalam sy bersama NISA' GELANG PATAH berkampung di kg Ladang, Gelang Patah..

sy bersama ayet menjadi anak angkat kepada sepasang suami isteri bersama anak bongsunya.


si suami yang keuzuran, tidak memungkinkn sy berinteraksi dengannya. katanya, beliau dah nyanyuk dan ditempatkan di bilik khas.

sy hnya dpt melihatnya dari jauh..rasa nk menitis air mata ini.
anaknya yg bongsu terpaksa melupakn hasrtnya utk smbung belajar memandangkan tiada org lain yng menjaga kedua org tuanya..bertuah betul dpt anak sepertinya..

kami disambut dengan penuh keceriaan...
mak cik yg sebaya dengan umur emakku dah kuanggap mcm mak sendiri.

banyak cerita yg kami bualkan. mengenai kehidupan mereka, anak2, suaminya yg keuzuran dan cucu angkat mereka ...

sedih pula mendengr cerita cucu angkat yg seolah2 dibuang oleh ibu bapa sendiri..
mula2 dijaga oleh keluarga A , pastu di jaga keluarga B, dan akhirnya di jaga oleh keluarga makcik ni yang x tahu jatuh tangan ke berapa...
kesiannya..hati ini sayu dan hiba..
katanya, anak ini sangt nakal...
tapi berkat mengambilnya sebgai anak angkt, pasangn anak makcik ini dikurniakan dua orang cahaya mata yg sangt comel.
pernah terlintas di hati mereka ingin memulangkan semula anak itu ke pangkuan keluarga mereka, tapi niatnya dibatalkan..


dalam hatiku ini berkata 'tergamakkah hendak memulangkan semula budak kecil ini yang tidak berdosa. padahal berkat anak inilah pasangan itu mendapat cahaya mata setelah 10 tahun lebih menunggu saat manis itu...'

petang itu, kami memasak bersama. makcik ni seorang pakar memasak. mcm makku juga.
klau ada kenduri kendara dari jiran atau sanak saudara terdekat, dia lah yang jadi ketua chefnya..

sy memasak paprik, mak angkat ku pula masak ikan duri asam pedas..
banyak betul hidangn berbuka petang itu sampai x larat dah nk makan..

mlm tu kami sambung berbual pula, smpai sy tertidur..
mlm tu sepatutnya sy tidur di tmpat urusetia, tapi x sampai hati pula nk biarkan mereka berdua tidur.

malam tu kami tidur di rumah mak angkat. seronok tidur di rumah orang ni.hehe..
pagi tu sahabat kami menghantr makanan sahur...

pagi esoknya, kami sepakat pergi ke laut. tujuan utamaku adalah naik bot. hehe..
seronok naik bot ni..

kat sana sy melihat ketam, udang , ikan yang segar2.. harganya sangat murah..
sempat juga kami bawak balik ketam, udang, ikan, sotong pemberian mak angkat ku..


tak kusangka, mereka memberikan kami sepasang kain sebagai tukar2 hadiah..
terharunya...sy memberi tudung kepada mereka sebagai kenang kenangan dan sedikit kuih raya..

semoga ikatan ini akan terus berkekalan. inysaALLAH semoga kita bertemu lagi.

insyaAllah ry nnti kami dtg lagi...





Friday, August 21, 2009

Kelantan terus membangun..bersama Islam


dah hampir siap



sebaik je melangkah kaki ke negeriku..
negeri cik siti wan kembang..
aku sangat kagum..
wah dah siap bangunan-bangunan yang besar-besar.

antaranya KOta Bharu Trade Centre.
yang terletak di tengah2 bandar Kota Bharu..
ada Parkson kat situ..



jalan pun dah semakin lebar
Yang dua hala dah jadi sehala.
Mula2 agak konfius jugak.
aik, kenapa dah jadi sehala..
La...jauhlah pulak jadinya..

Tapi ku bersangka baik..
ni mesti nk mengelakkan kesesakan..
terpaksalah berpusing2 sikit.

jalan yang dulunya ditutup jadi taman,
kini dah dibuka jadi jalan semula..

pagi jumaat tu orang ramai berpusu-pusu ke kuliah Tok Guru..
wah..gerai2 dah penuh melimpah di jalan2..

ramainya org...
dah lama x berpeluang nk dengar kuliah Tok Guru.
teringat lagi masa kecik2 dulu, mak ayah selalu bawa pergi dengar kuliah..
dulu kitorang duduk belakang bangunan lama2..

satu lagi tempat selalu dengar kuliah ialah
di masjid Muhammadi..

masa kecik2 dulu..
aku selalu je beli murtabak.
itulah makanan kegemaranku bila ke sana..

sekarang ni..
duk merantau..
jarang berpeluang pergi..
Jumaat x cuti...

aku kagum dengan slogam ini
BERTANI ITU SATU IBADAH..



bestnye berada di negeri sendiri...

bila la sirih nk pulang ke gagang..

kalu sebut je pasal nk cari kerja..
mak mesti sebut.."keje la kat sini, dekat, leh duk umah"

emm...
begitulah harapan orang tuaku..
almaklumlah anak sulong dari belakang...