Saturday, July 25, 2009

Awak bile?

dah lama x bertanya khabar sorng sahabatku ini after dah grad.

soalan pertama yang ku tanya adalah: "Bila awak nak kahwin?"
soalan itu ku tanyakan memandangkan dia antra yng terawal bertunang.

tapi jawapannya amat memeranjatkanku.

"Lambat lagi kot"
"Nak kumpul duit dulu"
"Saya belum bersedia lagi"

dan macam-macam lagi jawapan yang kuterima

"Abis tu kenapa betunang?" tanyaku

Yelah, kami berkawan 4-6 tahun, bertunang mungkin 4-6 tahun jugak.

wah , begitu jawapannya. terpana aku seketika. speechless...

Dalam duk sembang2 bab tu, ku nasihatinya dan ingatkannya.

Bersedia tu satu proses...bile kita nak tunggu betul2 bersedia...?
kita kene belajar untuk bersedia.
Banyak kan baca buku berkaitan rumah tangga..motivasi..dll
dari pembacaan tu kita akan bersedia.
lengkapkan diri dengan ilmu...
kalau x cmner nak bersedia

bersedia tu bukan saja dari segi kewangan, malah fizikal, spiritual, dll

itu pesanku padanya.
kahwin ni bukan perkara main2..

lagi satu..tunang ni bukan tiket untuk menghalalkan perkara yang haram
pham2 la sendiri

"pandai2 lah jaga diri" itu pesanku yang terakhir sebelum menamatkannya..

Hatiku begitu risau dengan sahabatku yang dah settle tapi belum bersedia untuk menyetelkan yang sebenar..(ayat pe nie)faham ke x?

Ya Allah, Kau ampunkan dosa kami.
Jauhkan kami dari membuat perkara murkaMu.
Dekatkan kami dengan hidayahMu..
Semoga hidup kami sentiasa dirahmati selalu.
amin

Thursday, July 16, 2009

*****REDHA*****


lagu ini ditujukan khas buat diriku...
yang ingin mengenal erti redha.

saya mengulang2 lagu ini tatkala hati gundah gulana ..

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist
Artis: In-team

Monday, July 13, 2009

X aci, nak jugak...

" x aci, nak pergi jugak"
inilah ungkapan ku luahkan pd mak, tatkala mengetahui abng, kakak, mak , abng ipar n anak2 keciknye nak pergi ke tanah merah.

semata2 nak mencari buah2an di sana di rumah saudaraku yang dah lama aku x ke sana.

seminggu sebelum tu aku dah balik kg, tp x seorng pun ajak pergi sana.
erm..ni mentang2 lah abangku yg sorng tu nak balik minggu depannya, mak aku ajak abng pergi tanah merah.

dalam hati ini, sedihnya.. x dpt ikut...
aku balik cuti 3 hari je.kalau ikutkan hati nak je cuti seminggu..baru berbaloi balik...
tapi x boleh...

xpe lah, hari tu hari abngku bermanja ngan mak..
die balik lama sikit, boleh lah g jln2 jauh sikit.
aku? ari ahad budak2 sekolah...mana boleh pergi jlan2..

masa balik ari tu, ku pujuk kakak pergi pantai, tapi die mcm merajuk pulak x nak pergi

entah apa angin nye..
ade ke die suh aku pergi je ngan abg ipar n anak2..
xpatut....
last sekali, memg cancel perancanganku...abng ipar lak kerja.huhuhu..

"berpa guni bawak balik buah" tnyeku
"ala x banyk, dua guni je manggis"

mak ai..banyak nye...
ni yg buat aku kecur n jeles nie.
kalu boleh nak suh mak pos je guna bas semata2 nak merasa buah dr kg.
tapi xpe lah....(mcm merajuk la pulak)
ada rezeki nnti, aku beli je kat sini.

erm...teringat zaman kanak2 dulu.
tiap2 jumaat mesti pergi tnah merah sbb ayahku ada tnah kat situ
tanam pokok buah..
tapi hasilnye kurang menjadi...
selalu la masuk hutan, dan hmpir terjumpa ngan khinz**

perkara paling best makan nasi yang dibungkus ngan daun pisang kat dlm hutan (ala2 berkelah)

asah biji kepala sawit tuk jadi cincin.(mcm2 perkara yang pelik dibuat)
kreatif betul...

tu 10 tahun dulu....
rumah yang selalu aku menumpang(rumah pakcik) dah roboh.. dimakan anai2..
xde orng nak duduk selepas kematiannya.
rumah tu lah menyimpan banyak kenangan...

Wednesday, July 8, 2009

Sebulan menyepi ...

entah kenapa sekarng nie malas betul nak update blog.
dah bersawang2 tak terurus...

lepas je balik dari BTN bulan lepas, diri ini dihambat kerja yng tiada kesudahan.
lepas je balik dr BTN, mlam tu terus berkemas untuk balik kg, semata2 meraikan walimah sahabat baikku..
inilah first time ku balik kg dengan kereta bertemankan 4 sahabat lain.

aku macam xpercaya je balik naik kereta dari johor ke kelntan..
dah la perempuan semua..mlm pulak tu..
ish tak masuk akal rasanya
ku tahu mak ku di kg bimbang la...
dah dibagi warning, lain kali kalu nak balik ngan kete, balik siang2...
alhamdulilah, kami selamat sampai jugak 14 jam perjalann...
walaupun sesat ...tapi Allah tunjukkan jalan...
mana x sesatnye, dah termasuk jalan lain, pastu still lagi ikut direction yg lama...
trun dari kuantan, nak masuk kuantan balik..
hahhaha....
"tu la, selalu balik, tido dalam kete"...
itulah ayat pedas yg ku terima dari namek..
kuakuakua...

minggu lepas balik kg lagi...

smpai je rumah, abangku belikan durian...
apalagi, melantak la byak2..
ckp pasal durian nie, aku x makan masa kecik dulu2..
tapi skrg dah berubah angin.. dah boleh makan...
nak tau rahsianya...
paksa diri mkan byak2..pastu suka la...hahaha

pagi tu kakak bercerita...
sesuatu perkhabarn yang tidak betul berkaitan ngan aku..
nak terglak aku dengar...
mcm mana angin nie boleh smpai kat org tu..
kalau betul x pe lak, nie x betul..
ah..lantaklah nak ckp apa...
yang penting aku bahagia...

bulan nie kene pergi KL
present poster kat ICBWI conference anjuran CEPP..
YA Allah, permudahkan urusan kerja ku..
Kau bantulah hambaMu yang lemah ini..
Berilah semangat dan kekuatan untuk ku siapkan kerja..
Moga segalanya berjalan lancar..

Thursday, May 28, 2009

Siapa Tamak?


Pagi ni smbil drive pergi lab, telinga ini mendengar celoteh di radio IKIM.fm.
Pagi ni mereka membicarakan pasal TAMAK. Kata org, org tamak selalu rugi. Umpaman anjing dengan bayang-bayangnya..

Ok, ceritanya begini...

Ada seorang hamba Allah tu, kehilangan duitnya sebanyak 30 dinar. Die nie terkenal seorang yang tamak...

Puas die mencari-cari tapi x jumpa. Pada satu hari dia berjumpa dengan seorang pakcik. Dia memberitahu pakcik bahawa die kehilangan wangnya...

Selepas itu, anak perempuan pakcik nie balik dan memberitahu bahawa die ada terjumpa wang sebanyak 30 dirham..
Pakcik tu menyuruh anaknya memulangkan wang tu kepada tuannya semula..

Alangkah gembiranya si tamak tu kerana wangnya telah dijumpai..
tetapi dia berkata bahawa wangnya tidak cukup sebanyak 10 dirham. hanya ada 30 dirham. Die memberitahu budak tu wangnya sebanyak 40 dirham...
dan dia menuduh budak perempuan tu mengambilnya...

Budak itu menafikan bahawa dia tidak ambil wang tu.
lalu, si tamak tu pergi berjumpa dengan pakcik dan memberitau bahawa wangnya tidak cukup 10 dinar. pakcik tu menafikan anaknya mengambil wang tu..

Pastu, si tamak tidak puas hati lalu ingin membawa kes ni ke mahkamah.

Pakcik tadi tidak gentar pun dengan ugutan itu, kerana dia bercakap benar.

So ,pada hari pengadilan, hakim tu bertanya si tamak, berapa wang kamu yang hilang tu?

Dia jawab 40 dinar. tapi yang dijumpai 30 dinar sahaja.

Si hakim bertanya pula kepada si budak perempuan, berapa jumlah wang yang kamu jumpai?

Budak itu menjawab 3o dinar. Betul saya tidak mengambil wang 10 dinar tu,

Lalu, si hakim tu berkata, baiklah kalau begitu, kamu ambil semula duit 30 dinar tu dan simpan. kalau ada sesiapa yang kehilangan wang 30 dinar tu kamu beri kepadanya..
Dan kamu pula, kita tunggu wang kamu 40 dinar tu dijumpai semula...

Apa perasaan si tamak???

Alangkah terkejutnya dia.
dan dia menafikan bahawa wangnya bukan 40 dinar tapi 30 dinar..

So apa moral ceritanye????

Jangan lah kita terlalu tamak dengan harta yang kita ada.
Sebahagian harta kita bukan hak mutlak kita sepenuhnya. selebihnya adalah hak orang-orang miskin...Selalu lah kita menderma =)untuk membersihkan harta kita.

Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan..
Jangan tamak haloba kerana bimbang kita xkan cukup dan puas dengan rezeki yang ada.

renung-renungkan dan selamat beramal.....

Al Husain bin Mathir Al-Asadi berkata :

Bila Allah memudahkan urusan,
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang.
Berapa banyak orang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya,
berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa manis menjadi pahit
Sungguh dunia menipu
orang kaya boleh menjadi fakir
sedangkan orang fakir boleh menjadi kaya
setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainya menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya.

Tuesday, May 26, 2009

HAri Terbuka AMAL 09


"tit, tit"
1 mesej diterima.

Salam ukhuwwah kepada seluruh sahabat-sahabat. Jom sama-sama kita meriahkan Hari Terbuka AMAL 2009.

TARIKH: 5 & 6 Jun 2009

TEMPAT: SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki

TENTATIF:

5 Jun 2009 (Malam Sabtu)
- Perasmian Hari Terbuka AMAL 2009
- Konsert AMAL UNIC (Masuk Percuma)

6 Jun 2009 (bermula 8.00 pagi)
- Hari Keluarga AMAL bersama UNIC (terbuka kepada semua batch)
- Pertandingan Futsal dan acara sukaneka (hadiah menarik menanti anda).


.....

Erm...dah lama aku tidak berjumpa sahabat2 lama Maahad Muhammadi Perempuan.
Walaupun dua tahun belajar kat sana, tapi banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Kat mmp, tetiba aku jadi pasif..Walhal sebelum ni( masa kat MPI) aku agak glamour jugak la di kalangan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Rata-rata semua cikgu yang mengajar atau tidak hampir mengenali ku dek kerana aku selalu ada pergi jumpa cikgu kat bilik guru...

Tapi berlainan pula kat sekolah maahad tu, aku x ramai kawan. sedih jugak la...kawan ku ketika itu hanya AIn, Nasirah...coz kitorang dari MPI jugak.

Aku juga berkawan dengan yang lain tapi xlah serapat mana. hanya beberapa org je yang aku rapt.

Masa kat maahad, aku jadi takut... takut apa???
Takut sebab aku ditempatkan di dalam kelas yang semua dapat pMr 8A dan9A. semua nya pandai2 belaka. aku jadi rendah diri....
mampukah aku bertanding dengan mereka...
tetiba aku jadi cuak..macam2 perasaan wujud...
keputusan SPM aku pun xlah seberapa...
entah kenapa...
mungkin saingan ramai sangat...aku jadi takut....
abngku agak kecewa dengan resultku...sbb x setanding ngan PMR

entah aku pun x tau kenapa...
aku jadi kurang semangat nak belajar...
mungkin sebab environment...
xramai kawan...
x rapat ngan cikgu..
pendek kata, aku jadi pasif....bertukar sikap dan perangai 360 darjah dari sebelumnya.
aku rasa TERTEKAN...itulah jawapannya...
kawan2 dikelilingi pelajar yang hebat2 belaka.
aku jadi terbelakang..entah kenapa..

tutp cerita kat situ....

cuti nie, aku mendapat 2 jemputan walimah...
seorang housemate ku, hunaini (6hb 6) dan sorang lagi kawan lama seMPI dan SeMMP. nasirah namanya. kad itu baru ku pegang tadi..(4hb 6)..

Kali pertama menatap kad yang diterima aku terkejut. X sangka, tanpa khabar berita, tup2 datang jemputan ...tahniah Nasirah..
maaf berbanyak coz x daapr hadir...sebb aku berada di Negeri 9 waktu tu. Ada kursus BTN...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Sunday, May 24, 2009

Doa Ketenangan Hati


Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.



Hasbunallah wani’mal Wakil”


(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)