Friday, October 31, 2008

MENAGIH KEBERKATAN DALAM MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN KESYUKURAN

Musim cuti sekolah hampir tiba, ramai di kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian, sama ada majlis kesyukuran sempena pemergian ke tanah suci Mekkah kerana menunaikan fardu haji, majlis kesyukuran kerana anak lulus periksa, majlis kerana meraikan kejayaan dalam kerjaya, tidak kurang juga majlis walimatul urus.


Tetapi sedarkah kita bahawa majlis yang dianjurkan itu benar-benar menepati inspirasi tuntutan ajaran Islam, dengan lain perkataan apakah majlis yang dianjurkan itu menitik-beratkan persoalan pantang larang agama, iaitu tidak terdapat upacara bersalaman antara jemputan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, memakai hijab (tudung kepala) mengikut kehendak hukum Syara?, tidak berlaku percampuran antara para jemputan lelaki dan perempuan secara bebas dan lain-lain.

Semua pantang larang itu dipelihara bagi menjamin keberkatan danrestu Allah SWT agar setiap majlis yang dianjurkan itu benar-benar meraih sumber pahala yang banyak dan berkekalan sampai hari kiamat.

Namun sikap kebanyakan orang Islam hari ini terhadap agama mereka sendiri berbeza-beza antara seorang individu dengan individu lain, ini kerana ada yang benar-benar belajar ilmu-ilmu fardu ?ain di masjid-masjid atau di surau-surau, walau pun mereka ketahui bahawa ilmu agama yang dipelajari setakat SPM adalah tidak mencukupi bagi meniti kehidupan masa depan.

Mereka adalah golongan yang sering bersama dengan mereka yang arif tentang selok-belok agama seperti para ustaz, pensyarah, tuan guru, tok kiyai dan lain-lain bagi menanyakan sesuatu yang tidak diketahui atau pun mendapatkan khidmat nasihat berguna bagi melakukan sesuatu perkara itu agar menepati acuan agama Islam.

Seperti mengadakan majlis kenduri walimatul urus, agar ia berjalan mengikut kehendak Islam, maka pandangan para ulama? dan yang berpengetahuan agama perlu diambil kira, kerana dalam konsep pelaksanaannya pada hari ini berlaku kekeliruan antara yang dibenarkan oleh Islam dan yang bercanggah dengannya.

Bagi yang tidak mengambil peduli urusan agama dalam segenap agenda hidup mereka, apabila mengadakan majlis walimatul urus untuk anak-anak mereka, dianggap sebagai ?raja sehari?, justeru mereka mencampur-adukkan unsur-unsur syirik yang menyebabkan penganjuran majlis walimah tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.


Bersanding dan persoalan lain yang tidak mendapat keberkatan Allah


Antara perkara yang dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam ialah majlis persandingan, ia merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu yang masih berkekalan dalam adat istiadat Melayu sampai ke hari ini, menurut De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada kena mengena dengan ajaran agama Islam yang suci.

Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : ?Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ?Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.? Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

Ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada umum bahawa anak seseorang itu telah pun berkahwin bagi mengelak sebarang yang mungkin akan timbul pada masa akan datang, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : ?Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.?

Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:


(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).

e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).

f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa ?matlamat tidak menghalalkan cara?.

.Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah. Walimatul urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan dengan sebaik-baiknya mengikut anjuran agama.

.Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.

Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan.

Alangkah sayangnya, jika majlis walimatul urus yang dirancang bukan sehari dua, malah berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun, dengan para besan mengeluarkan wang yang bukan kecil jumlahnya, terpaksa meredah tol dan lebuh raya bertujuan untuk menjemput sanak-saudara agar memeriahkan majlis berkenaan, tetapi ianya dianggap tidak mendapat pahala di sisi Allah SWT, kerana penganjurannya disleit dengan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.

oleh Ustaz Zainudin Hashim

Monday, October 27, 2008

MaTematik dan Sains Kekal daLam BI


KUALA TERENGGANU: Perbincangan meja bulat siri keempat anjuran Kementerian Pelajaran baru-baru ini bersetuju mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah terus diajar dalam bahasa Inggeris, tetapi mahu kementerian memperkasakan pengajaran bahasa ibunda, khususnya bahasa Melayu. - Sumber

Bahasa Inggeris ini bertindak sebagai tembok penghalang memahami Sains dan Matematik - Khairy Jamaluddin

Tidak ada di negara dunia pun yang maju dengan meminjam bahasa orang lain semata-mata. Negara-negara seperti Afrika menggunakan Bahasa Inggeris menghadapi situasi kalah lagi kalah. Mereka tidak dapat membangunkan ilmu dalam bahasa sendiri. Pada masa yang sama, gagal menguasai ilmu dalam bahasa asing - Dr. Mohd. Puad Zakarshi

komen 1:
Matematik, Sains Kekal Dalam Bahasa Inggeris tidak perlu!
Melalui Tinjauan dan perbincangan bersama dgn byk rakan guru : dapati memang tidak patut diajar math n science dlm BI -
1. Minat pelajar kepada mata pel. ini merosot krn tahap bi merosot -
2. tahap BI rendah - sepatutnya mantapkan BI dulu - btlah strategi dlm subjek BI bukan dlm math sc.
3.Ada cikgu ajar math sc makan elaun buta! pasal still ajar math n sc. dlm bm sbb mmg budak kurang/x paham dan ada cikgu pun kurang fasih... perabih duit krj jer bagi elaun...padahal perkara tu mmg jd tggjwb cikgu... apa masalahnya bagi elaun atas kapasiti ajat math n sn. nie.... aku pun tak faham
3. gejala ponteng berleluasa adalah penyebab utama ekoran permasalahan ini
4. isu daulat bahasa sendiri diketepikan...
5. Isunya masih tetap sama masalah BI asasnya...bukan masalah math n sc. kenapa math n sc. jadi mangsa!... cuba kaji sapa dpt projek besar dari plaksanaan math sc. dlm bi ini? jgn main politik!
6. kesian lah kat pelajar melayu khususnya lingkup minat..lingkup pencapaian...
PERSOALAN :
KENAPA EXAM DIBUAT SOALAN DLM. DWI BAHASA... KALAU DAH CONFIDENT SGT BERKESAN DLM BI...TAK PERLU SOALAN DWI BAHASA!


komen 2:

Sebagai seorang pendidik dan memimpin satu organisasi latihan keguruan berpandangan dasar PPSMI perlu ditangguhkan dalam konteks pensyarah-pensyarah di pusat latihan guru belum bersedia untuk menyampai kuliah Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris.Begitu juga para guru ramai yang tidak mampu kerana sistem pengajian mereka lalui di universiti menggunakan medium B.Malaysia.Mangsanya anak-anak murid yang bertambah sukar memahami 'subject content' terutama anak-anak di luar bandar.Guru memberi kesanggupan kerana mendapat ganjaran 'BISP' (Bayaran insentif subjek pendidikan) sebanyak 10% bagi non-graduate dan 5% bagi graduate yang diterima setiap bulan.Kalau KPM tidak membayar sudah lama mereka menentang dasar ini.Pak Menteri dan Pegawai tinggi KPM hendaklah sedar dapatan kajian Para Profesor IPTA dan hasil seminar tentang problema PPSMI.Jangan tunjukkan ego untuk menangguh dasar yang tidak berjaya.Inilah bahananya tidak dibuat kajian sebelum dilaksanakan. Pemimpin yang menerima didikan berorientasi barat jangan memandang rendah kepada pejuang bahasa yang hendak memertabatkan Bahasa Malaysia. Pada hal bahasa ibunda sudah menunjukkan bukti boleh menjadi alternatif kepada B.Inggeris.Sepatutnya perkasakan Bahasa Inggeris sebagai subjek Bahasa bukan PPSMI.


penulis:

Pada pendapat saya, untuk meningkatkan tahap penguasaan di kalangan pelajar hari ini, terdapat pelbagai method yang perlu diketengahkan..
sepatutnya subjek English itu sendiri perlu dikaji...bukannya sains dan matematik yang menjadi mangsa.

Bila pelajar kurang minat pada English, ini akan menyebabkan secara tidak langsung mereka kurang faham dan kurang minat pada subjek sains dan matematik.

Kita semua maklum bahawa sains dan matematik sangat penting sekarang. Boleh dikatakan semua bidang perlukan asas matematik dan sains..

Jika mereka lemah dalam matematik dan sains, susahlah mereka untuk menembusi peluang ke universiti nanti..


Pada saya, pengajaran sains dan matematik perlu dibuat kajian secara lebih halus.
Jangan biarkan generasi muda menjadi mangsa keadaan. Merekalah generasi muda pewaris bangsa.

Apa pula komen anda?

Friday, October 24, 2008

" Datuk Shah Rukh KhaN"

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pemberian darjah kebesaran "DATUK" kepada seorang pelakon Bollywod terkenal. Tentu anda semua tahu siapa...

Timbul persoalan-persoalan dibenak saya. Apakah sumbangan2 "Datuk" tersebut kepada negara kita sehingga diberi gelaran tersebut..
Alangkah mudahnya mendapat pangkat itu macam 'boleh beli dimana-mana'.Hebat sangatkah orangnya??

Berikut adalah komen dari bekas PM kita.

Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan
Oct 23, 08 6:29pm

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."

Penulis:

Kenapa golongan-golongan ilmuan, cerdik pandai, ulama'-ulama' tidak mendapat pengiktirafan sejajar dengan sumbangan mereka kepada kita?

Kenapa golongan-golongan ini seperti dianaktirikan? Yelah bukan kita mengejar pangkat, tapi sekurang-kurangnya golongan inilah yang diberi keutamaan..


Mungkin dunia ini nak kiamat agaknya.
Golongan ulama dipinggirkan, tapi golongan (ahli maksiat) diagung-agungkan.

Thursday, October 23, 2008

TaUbaT SeOraNg HamBa


Hayatilah bait-bait lagu ini...
Semoga pintu taubat masih terbuka buat kita semua.
Amin..

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...




Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Wednesday, October 22, 2008

FileM "AYaT-aYat CinTa"


Anda pasti sudah menonton filem ini 10hb yang lalu. Saya sudah menonton beberapa kali filem hebat ini. Saya membaca banyak pujian diberikan oleh khalayak penonton Malaysia. Sudah tentu, orang Malaysia terkejut dengan sebuah filem yang tidak memerlukan "berahi.." dan "pontianak terbang.." seperti dalam filem Malaysia.

Sebenarnya saya berpendapat pujian harus diberikan kepada pengarang buku AYAT-AYAT CINTA ini, Abdurrahman asy-Syirazi, seorang lepasan Universiti al-Azhar. Indonesia patut berbangga mempunyai seorang novelis yang mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi. Anda faham maksud saya?

Perhatikan bagaimana pengarang menaikkan kedudukan seorang Indonesi (indonesian) di kacamata masyarakat arab Mesir. Dia sangat dihormati dan disenangi oleh sheikh-sheikh nya, rakan-rakan arabnya... dan malah dia begitu hebat hingga dapat memikat hati gadis-gadis daripada pelbagai latar belakang, Nora, si gadisMesir yang malang, Aisyah, gadis kacukan Jerman, Nurul, sahabat Indonesia sekuliah, dan juga Maria, seorang jiran perihatin yang beragama Kristian ortodok...

Di sini anda dapat melihat dengan jelas, bagaimana bangsa Indonesia ini diangkat begitu hebat, bermaruah dan dihormati.

Baik sekarang, bandingkan pula dengan apa yang "disumbangkan" filem-filem kita dan bagaimana merenka menggambarkan bangsa Malaysia di dalam kaca mata penonton. bandingkan filem ini dengan "Anak Halal", "Remp-it", "Kami", "impak maksima", dan lain-lain. Tontonlah filem ini, dan anda akan merasakan betapa bangsa Malaysia (melayu khususnya) sangat buruk dan hina.

"Adakah anda sedia membiarkan mereka menggambarkan bangsa Malaysia seperti dalam filem-filem ini?"

"Apakah anda setuju, inilah gambaran sebenar bangsa Melayu,,?"

Saya tertanya-tanya, tidak adakah penulis skrip atau pengarang yang mampu menghasilkan filem yang membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, mengangkat maruah kita di mata orang lain....????

rohidzir rais
www.al-Zuhaily. blogspot. com

penulis:

ketika mula membaca novel AYAT-AYAT CINTA yang dipinjamkan dari seorang sahabat, sy begitu teruja dan kagum akan ceritanya dan olahan ayat yang mendidik jiwa. Sungguh tidak pernah saya membaca novel sehebat ini.. Yang banyak mengandungi unsur-unsur Islam, banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisahnya.

Namun, setelah menonton filemnya, saya rasa sedikit terkilan ke adegan yang dilakonkan. Rasa macam tak percaya inikah gambaran cerita yang sebenar. Sekali tengok tak nak tengok lagi...
Kurang terkesan di hati..
Apa yang diceritakn di novel tidak digambarkan dengan sewajarnya...
Bagi sesiapa yang belum membaca novelnya pasti menghukum novelnya tak hebat mana jika judge pada filemnya. Saya difahamkan actor utama bukanlah seorang yang benar-benar bertudung.. Pengarahnya pula bukan Islam. Ini memberikan imej Islam sedikit tercemar..

Emm.Apa pula pendapat anda terhadap filem ini?

Solat Dhuha MuraHkan Rezeki

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-


Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahya ng sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"


( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Doa' sembahyang Dhuha ialah:






Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

PeLajar Dibenar Berpolitik??

Negara demokrasi harus benarkan pelajar berpolitik - Hadi


KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Berdasarkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memansuhkan perkara 15 dan 16 yang menghalang mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dan persatuan di luar kampus.


Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.

Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.

Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.

Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.

Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.

"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?

"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.

Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.

"Pelajar tidak disekat untuk menjalankan kajian berkaitan politik dalam negara. Selain itu pelajar berpeluang mengamalkan demokrasi dalam pilihan raya kampus.

"Jadi sekiranya ada pihak yang menyatakan pelajar kita tidak dibenarkan berpolitik itu adalah tidak benar sama sekali sedangkan kita masih mengamalkan politik dalam pilihan raya kampus," demikian ujarnya.

Ustaz Hadi dalam soalan asalnya kepada KPT meminta penjelasan mengenai aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Auku dan rasional bersabit pindaan tersebut. - mns_