Thursday, November 18, 2010

Ku lihat Alam...



ku lihat alam itu
sungguh indah.
subhanallah...
indahnya alam ciptaanMu
pelbagai warna dan rupa

hati ini bertafakkur sebentar
memuji-muji sang pencipta ciptaan alam ini
tiada tandingannya
tiada seumpamanya

jiwa yang resah, gelisah
kembali segar, tenang
tatkala melihat keindahan dan kecantikan ciptaanMu
sejuk mata memandang
angin bayu sepoi-sepoi bahasa
menyapa pipi ini

semoga manusia ciptaanMu
kembali sujud padaMu
tatkala mereka jauh dariMu

semoga manusia itu
kembali kepada fitrah..!

Thursday, November 11, 2010

Anak muda sekarang Vs anak muda dulu

Zaman persekolahan 90 an

Sewaktu saya darjah 1 persekolahan rendah tahun 1991, ketika itu abang saya darjah 5. Kami bersekolah di sekolah yang sama. Ketika itu kami dihantar oleh ayah ketika itu. Emak membekalkan kami hanya 50 sen seorang setiap hari untuk berbelanja di sekolah..Cukup sekadar beli nasi lemah 30 sen dan air..Memang cukup dan cukuplah sekadar untuk mengenyangkan perut kosong..Kami tak pernah bersungut untuk di tambah lagi duit bekal.kami akan terima seadanya tanpa banyak soal. kalau ada yang lebih, sya akan simpan dalam tabung..kekadang cemburu juga bila kawan-kawan lain dapat makan makanan yang lazat dan sedap. Saya hanya menelan air liur kerana tidak mampu membeli itu dan ini..



Bila ke sekolah menengah kami hanya berbasikal..ketika saya tingkatan 1 abang saya tingkatan 5. kami ke sekolah hanya berbasikal buruk...Kami tak pernah beli basikal baru, yang ada hanya basikal pemberian kawan arwah ayah. Basikal itulah yang digunakan ke sekolah..Kekadang malu juga bawa basikal buruk ke sekolah, tapi tak mengapalah. Mana mampu mak nak belikan yang baru...
Namun dalam hati pernah tersimpan hasrat untuk memiliki basikal baru..Tapi dipendamkan sahaja..sehinggalah satu ketika saya bersuara pada mak.



" Mak, kalau dapat result bagus dalam PMR mak nak hadiahkan apa?"

Mak ku hanya tersenyum..Saya menunggu respon darinya.. Itulah kali pertama saya meminta sesuatu dari mak. itupun atas syarat saya dapat keputusan yang bagus.

"Nak hadiah apa?" mak bertanya semula.

Ketika itu saya tersenyum malu-malu untuk memberitahu.

"Kalu boleh nak basikal baru. Seganlah nak bawa basikal buruk tu.." Jawabku..
Emak hanya diam sahaja..

Tibalah saat pengumuman keputusan PMR..Saya melompat kegembiraan. Alhamdulillah, selepas ini dapatlah basikal baru setelah usahaku membuahkan hasil.

"Mak, PMR dapat bagus. So, dapatlah hadiah basikal ye mak.." soalku..

"Alah, gunalah dulu basikal lama tu..kan elok lagi.." kata mak.

Argh, hati ini merungut..
Saya hanya diam membatu..Melepaslah angan-angan hendak memiliki basikal baru..

"Nah, ambil duit ini, baiki basikal tu, catlah basikal tu"..

Jauh di sudut hati, memang mak ingin menunaikan hasrat saya,tapi apakan daya, barangan dapur lebih memerlukan untuk kami dari membazir wang membeli barang kehendak saya..

saya akur..

selepas itu, saya bertukar sekolah..Jauh sedikit dari rumah..terpaksa pergi dan balik dengan bas..

Basikal itu diberikan kepada anak buah .

suatu hari, bila dah lama tak nampak basikal itu, saya bertanya pada mak.

"Mana basikal kita dulu?"
"Dah jual kat pembeli besi buruk. dah rosak basikalnya"...

em,,itulah ceritanya..

Zaman sekarang

"K.long dan angah pergi sekolah dengan apa?" tanyaku pada anak sulung abang.

"ayah yang hantar kami semua" jawabnya

owh..

"Kenapa tak pergi dengan basikal je" tanyaku lagi

"Kesian kat ayah tu..nak hantar dan ambil adik-adik lagi"

Dalam sehari, adalah hampir 10 kali hantar ambil anak sekolah. mana taknya, seorang balik pukul 12, seorang lagi pukul 2. selepas itu, perlu hantar kelas tambahan atau kelas ko-kurikulum pula.

"Pandai ayah dari anak sekarang.." kata abangku..

Saya menjungkit kening tanda kurang faham..

"Yelah, sehari 8-10 kali ke sekolah" seloroh abangku..

Saya hanya ketawa kecil...

Tetiba kakak ipar saya keluar menghidang air..
ketika itu saya berkunjung ke rumah mereka seorang diri.

dan bertanyakan pasal motor saya..

"Jadi ke nak jual motor tu..?" dia bertanya.

"Nak bagi kat siapa?" saya bertanya kembali..

"Along angah la...bawak ke sekolah" jawabnya..

Saya menarik nafas panjang..

"Belajar lah dulu sampai masuk U. Buktikan dulu result PMR dan SPM dapat gempak.Baru berbaloi nak pakai itu dan ini.." bebelku...

"Su Na nak beli motor dan kereta ni, hasil titik peluh sendiri. Usaha sendiri.Buktikan dulu dapat masuk U dan berjaya dalam PMR dan SPM.." nasihat saya pada anak buah..

"Beli je basikal bawak ke sekolah..Bukan jauh pun.."

Anak buah saya menjuih mulutnya tanda protes.

"Tak mau la naik basikal" ngomel yang sulung.

"Amboi berlagak pulak.." hati saya terasa panas..

Panas kerana anak muda sekarang terlalu dimanjakan...
Nak itu ini semua dapat sekelip mata.. belajar taklah bersungguh mana...
Result pun cukup-cukup makan je...

petang itu, hanya bebelan dan nasihat saya yang kedengaran. abang dan kakak ipar saya diam seribu bahasa. mengiakan sahaja apa yang saya cakap.

dah lama berceramah begitu..maklum lah balik jarang-jarang dan tidak berpeluang bertanya khabar perihal akademik anak buah..
kekadang lupa yang ni dah tingkatan 3, yang ni dah tingkatan 4.



Pesanan saya:

1. Ajarlah anak-anak dengan kesederhanaan hidup. Beli yang perlu sahaja. Biarpun kita mampu.
2. Ajar mereka dengan " bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"..
3. Buktikan pada mak ayah dengan kejayaan anda barulah berbaloi jika nak minta itu dan ini.


Kata cerdik pandai: "Tiada kejayaan tanpa kesusahan. Jika mahu berjaya, tempuhi dulu kesusahan, kepayahan dan cabaran. Barulah kejayaan itu datang pada kita"

Wednesday, November 10, 2010

The Chosen One~Maher Zain



saya sangat suka lagu nie..
video klipnye sangat menyentuh n mempunyai mesej yg penuh makna dan tersirat..

hayatilah liriknya...

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One