Thursday, May 28, 2009

Siapa Tamak?


Pagi ni smbil drive pergi lab, telinga ini mendengar celoteh di radio IKIM.fm.
Pagi ni mereka membicarakan pasal TAMAK. Kata org, org tamak selalu rugi. Umpaman anjing dengan bayang-bayangnya..

Ok, ceritanya begini...

Ada seorang hamba Allah tu, kehilangan duitnya sebanyak 30 dinar. Die nie terkenal seorang yang tamak...

Puas die mencari-cari tapi x jumpa. Pada satu hari dia berjumpa dengan seorang pakcik. Dia memberitahu pakcik bahawa die kehilangan wangnya...

Selepas itu, anak perempuan pakcik nie balik dan memberitahu bahawa die ada terjumpa wang sebanyak 30 dirham..
Pakcik tu menyuruh anaknya memulangkan wang tu kepada tuannya semula..

Alangkah gembiranya si tamak tu kerana wangnya telah dijumpai..
tetapi dia berkata bahawa wangnya tidak cukup sebanyak 10 dirham. hanya ada 30 dirham. Die memberitahu budak tu wangnya sebanyak 40 dirham...
dan dia menuduh budak perempuan tu mengambilnya...

Budak itu menafikan bahawa dia tidak ambil wang tu.
lalu, si tamak tu pergi berjumpa dengan pakcik dan memberitau bahawa wangnya tidak cukup 10 dinar. pakcik tu menafikan anaknya mengambil wang tu..

Pastu, si tamak tidak puas hati lalu ingin membawa kes ni ke mahkamah.

Pakcik tadi tidak gentar pun dengan ugutan itu, kerana dia bercakap benar.

So ,pada hari pengadilan, hakim tu bertanya si tamak, berapa wang kamu yang hilang tu?

Dia jawab 40 dinar. tapi yang dijumpai 30 dinar sahaja.

Si hakim bertanya pula kepada si budak perempuan, berapa jumlah wang yang kamu jumpai?

Budak itu menjawab 3o dinar. Betul saya tidak mengambil wang 10 dinar tu,

Lalu, si hakim tu berkata, baiklah kalau begitu, kamu ambil semula duit 30 dinar tu dan simpan. kalau ada sesiapa yang kehilangan wang 30 dinar tu kamu beri kepadanya..
Dan kamu pula, kita tunggu wang kamu 40 dinar tu dijumpai semula...

Apa perasaan si tamak???

Alangkah terkejutnya dia.
dan dia menafikan bahawa wangnya bukan 40 dinar tapi 30 dinar..

So apa moral ceritanye????

Jangan lah kita terlalu tamak dengan harta yang kita ada.
Sebahagian harta kita bukan hak mutlak kita sepenuhnya. selebihnya adalah hak orang-orang miskin...Selalu lah kita menderma =)untuk membersihkan harta kita.

Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan..
Jangan tamak haloba kerana bimbang kita xkan cukup dan puas dengan rezeki yang ada.

renung-renungkan dan selamat beramal.....

Al Husain bin Mathir Al-Asadi berkata :

Bila Allah memudahkan urusan,
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang.
Berapa banyak orang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya,
berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa manis menjadi pahit
Sungguh dunia menipu
orang kaya boleh menjadi fakir
sedangkan orang fakir boleh menjadi kaya
setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainya menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya.

Tuesday, May 26, 2009

HAri Terbuka AMAL 09


"tit, tit"
1 mesej diterima.

Salam ukhuwwah kepada seluruh sahabat-sahabat. Jom sama-sama kita meriahkan Hari Terbuka AMAL 2009.

TARIKH: 5 & 6 Jun 2009

TEMPAT: SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki

TENTATIF:

5 Jun 2009 (Malam Sabtu)
- Perasmian Hari Terbuka AMAL 2009
- Konsert AMAL UNIC (Masuk Percuma)

6 Jun 2009 (bermula 8.00 pagi)
- Hari Keluarga AMAL bersama UNIC (terbuka kepada semua batch)
- Pertandingan Futsal dan acara sukaneka (hadiah menarik menanti anda).


.....

Erm...dah lama aku tidak berjumpa sahabat2 lama Maahad Muhammadi Perempuan.
Walaupun dua tahun belajar kat sana, tapi banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Kat mmp, tetiba aku jadi pasif..Walhal sebelum ni( masa kat MPI) aku agak glamour jugak la di kalangan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Rata-rata semua cikgu yang mengajar atau tidak hampir mengenali ku dek kerana aku selalu ada pergi jumpa cikgu kat bilik guru...

Tapi berlainan pula kat sekolah maahad tu, aku x ramai kawan. sedih jugak la...kawan ku ketika itu hanya AIn, Nasirah...coz kitorang dari MPI jugak.

Aku juga berkawan dengan yang lain tapi xlah serapat mana. hanya beberapa org je yang aku rapt.

Masa kat maahad, aku jadi takut... takut apa???
Takut sebab aku ditempatkan di dalam kelas yang semua dapat pMr 8A dan9A. semua nya pandai2 belaka. aku jadi rendah diri....
mampukah aku bertanding dengan mereka...
tetiba aku jadi cuak..macam2 perasaan wujud...
keputusan SPM aku pun xlah seberapa...
entah kenapa...
mungkin saingan ramai sangat...aku jadi takut....
abngku agak kecewa dengan resultku...sbb x setanding ngan PMR

entah aku pun x tau kenapa...
aku jadi kurang semangat nak belajar...
mungkin sebab environment...
xramai kawan...
x rapat ngan cikgu..
pendek kata, aku jadi pasif....bertukar sikap dan perangai 360 darjah dari sebelumnya.
aku rasa TERTEKAN...itulah jawapannya...
kawan2 dikelilingi pelajar yang hebat2 belaka.
aku jadi terbelakang..entah kenapa..

tutp cerita kat situ....

cuti nie, aku mendapat 2 jemputan walimah...
seorang housemate ku, hunaini (6hb 6) dan sorang lagi kawan lama seMPI dan SeMMP. nasirah namanya. kad itu baru ku pegang tadi..(4hb 6)..

Kali pertama menatap kad yang diterima aku terkejut. X sangka, tanpa khabar berita, tup2 datang jemputan ...tahniah Nasirah..
maaf berbanyak coz x daapr hadir...sebb aku berada di Negeri 9 waktu tu. Ada kursus BTN...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Sunday, May 24, 2009

Doa Ketenangan Hati


Ya Tuhan kami,
curahkanlah kesabaran atas kami
dan teguhkanlah pendirian kami
serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami,
janganlah kau palingkan hati kami
setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat
karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.



Hasbunallah wani’mal Wakil”


(Cukuplah Allah sebagai penolong kami,
dan Allah adalah sebaik-baik pelindung)
(Al- Imran 3:173)

Friday, May 22, 2009

Tahniah FOBERG!!!


Pada 15hb yang lalu, group kami telah memasuki pertandingan ITEX 09 yang berlangsung di KLCC. Dua produk kami telah terpilih iatu


EMOfilm- Antioxidant Film From Effective Microbes and Spectrum of Nano-Encapsulated Natural Colorant-TNC


alhamdulliah.

produk kedua iaitu Spectrum of Nano-Encapsulated Natural Colorant-TNC sangat berkait dengan projek ku..
Kajian ku lebih kepada food colourant from natural plant.

Congrats to all FOBERG members and our beloved supervisor PM DR Ida Idayu for your efforts and sacrifice to make sure that our products will be commecerlized to nationwide and can go further to international.InsyaAllah...

below is a report I adapted from http://www.utm.my.

Congrats again to all.



Kuala Lumpur, May 18th: UTM team managed to bring home 15 well- deserved awards including a special award won by Assoc. Prof. Dr. Eko Supriyanto from the Faculty of Biomedical Engineering and Health Science (FSKBK) at the International Invention, Innovation Technology Exhibition (ITEX) 2009.



UTM researchers won 7gold, 4 silver and 3 bronze awards at the exhibition held on 15-17 May at the KL Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.



ITEX is the region's leading exhibition to showcase new inventions, new technologies and products, with the aim to secure investment, manufacturing and commercialisation prospects and partners. The exhibition brings together a showcase of inventions and innovations by universities, research institutions, individuals, and the corporate sectors from the Asean, Asia and European countries.



Held annually and in its 20th series, ITEX is organised by MINDS (Malaysian Invention & Design Society), the largest body in Malaysia representing individuals, universities and companies who pursue excellence in invention, creativity, research and development and industrial design.



ITEX is the best platform to build networks between local and international inventors and scientists worldwide. This is the opportunity to maximise exposure of award winning products and technologies to the world audience; showcase enhanced marketability to a new market and for international recognition.

Thursday, May 21, 2009

Sukan Pasti


Alhamdulillah, sabtu yang lalu telah diadakan sukan pasti kawasan Gelang Patah bersempena sambutan hari Guru.

Banyak acara diadakan..
Bola sepak, bila jaring, sukaneka, dan beberapa acara khas utk guru-guru.

Aku ditugaskan sebagai ketua pengadil bola jaring...

Erm agak mencabar juga walaupun nampak senang.
Maklumlah adik-adik kecil ni mcm2 ragam
Ada yang excited main... Sampaikan yang bukan shutter pun nak shut gak...Hahaha.. kelakar betul..Aku x tahan nak gelak kan diorng.
Ada yang dapat bola, terus lari nak bagi pada kawan die..
Letih aku kejar mereka..
"adik, jngan lari. baling pada kawan je"

ada juga yang kaku, x tau nak buat apa..tengok je bola datang kat die. padahal die GK. kene jaga la bola jngan bagi masuk gol...tapi budak nie, no respon...kaku...

mcm2...

tidak kurang juga ada yang menangis...
mungkin takut pada bola...(agaknye)..
atau takut kene baling...

"ni, kenapa menangis cikgu" tanyaku semasa perlawanan baru nak mula
" die x pernah dapat bola. so kita tukar die jadi C, center.baru dpt bola selalu."
aduhai, mcm2 kerenah.
tak larat aku nak menahan ketawa...
penat juga jadi pengadil nie.
baru 2 set aku dah kepenatan.
tukar pengadil lain lak.

sambil2 tu sempat lagi aku buka gerai jual tshirt, tudung, jubah, buku.
HUH.. buat kerja 2 dalam 1.
tapi aku ada pembantu...kalui x susah la.
Alhamdulillah jualan pada hari tu cukup baik. x cukup tangan melayan pelanggan.
aku rasa macam jual kat pasal malam lak.
coz aku bukannya pakai meja...tapi tikar...
duk bawah khemah...
ermmm menjadi jugak bisnes ku...
banyak gak dpt tempahan tshirt ..alhamdulillah..

keputusan bagi pemenang bola jaring adalah pasti siswa 2..
HIDUP PASTI SISWA 2!!!

tengahhari tu aku balik terus ke rumah kerana nak packing baju balik kampung.
balik kg 2 hari 1 malam je...
x berbaloi....tapi kene balik gak coz nak settlekan urusan NSF.
Alhamdulillah dah settle.
Skrg ni tunggu elaun masuk je..
Harap2 dpt cepat.
dah 5 bulan hidup tanpa elaun...
sakit jugak nak hidup.nak bayar kete lagi..

sekarg baru aku rasa mcm mana susahnya nak cari duit sara kehidupan..
bak kata org tua2.. ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
begitulah hidupku sekarang.

hanya bergantung pada bisnes semata2...
alhamdulillah aku murahkan rezeki tanpa disangka2...
kita minta sikit, tapi Allah bagi berganda2.
"jika kita ingat Allah, Allah akan ingat kita"

bak kata Raihan..
"selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

semoga Allah memberkati hidupku.amin.

Wednesday, May 13, 2009

Kesibukan Yang Datang..

Hari ini hari yang memenatkan fikiran, otak, dan tenaga..
Banyak benda yang ku perlu fikirkan...

Bila nak hantar abstrak??
Bile nak siapkan paper??
Bile nak siapkan experiment??
Bile nak itu dan ini...

Kepala ini dah berserabut....
Tu yang kerja master..

Yang tuisyen pula...
Bile nak tanda kertas test..
Ada 4 test kene tanda tuk anak murid yang tersayang..
MAth year 5, 6, physics f5, add math f5...
Cuti nnti ada kelas cam biasa.. tapi lain dari biasa..
kira luar biasa la tu..
Kene fikirkan aktiviti yang menarik tuk kelas masa cuti nnti..
Emmm.. nak wat aktiviti apa ye...
Dah la 4 jam nonstop...
Fuh...pening gue....

Semalam, dua benda aku kene kejar...
Meeting nisa' dan siapkan kerja tuk pegi ITEX 09..
Terpaksalah aku x pegi meeeting..
kene tolong member lab siapkan kerja sampai kul 2 pagi...
kira hampir 24 jam aku berada di lab....

bangun je..kepala dah pening2.. x cukup tidur..
Aku nie jenis yang xleh x cukup tido..
paginye kene hntr member dan barng tuk dibawa ke ITEX..
then masuk lab cm biasa...

aku sepatuttnye perlu pegi ITEX juga
tlg jaga booth...
tapi apakan daya.. aku terpaksa balik kg uruskan biasiswa NSF...
dah berbulan2 tunggu..x setel2... silap aku gak..sape suh x check betul2...
pada hujung minggu tu juga ada program sukan pasti...aku ditugaskan jadi pengadil bola jaring...
dlm masa yang sama buka jualan bisnes...
tapi aku dpt call dr bos ..
aku terpaksa hadir meeting urgent tutor...
adus..pening kepala gue...
terpaksa la aku cancel jd ajk progrm tu..

maafkan aku sahabt nisa'...
begitu banyak tanggungjwab yang menghambt diriku...
aku akan cuba buat yang terbaik tuk nisa'

Begitu juga pada sahabat2 forberg...
Maafkan ku kerana tidak dapat hadir sama.
Bukan niatku untuk tidak pergi, tapi ada urusan yang lebih penting yang perlu kuselesaikan segera..

Ketahuilah bahawa hati ini meronta2 untuk pergi ke sana memandangkan produk yang dipertandingkan sangat berkaitan dengan projekku...

Maafkanku olie, ir, k.anis, dayah, k.yati dan Dr Ida..

Aku sebenarnya kebuntuan untuk membuat keputusan yang mana satu priority...
Tapi aku yakin apa yang ku putuskan ada hikmahnya..

Semoga kalian sukses dan dapat bawa balik 'award' nnti.
Doaku mengiringi kalian.
All de best!!

Monday, May 11, 2009

World Halal Summit 2009





Selama 2 hari aku berada di dewan besar KLCC semata-mata untuk menghadiri seminar international yang dihadiri oleh pelbagai negara.

Inilah kali pertama kakiku melangkah ke conference yang ku kira amat bermanfaat dan bermakna.

khusyuk betul..
Sebanyak lapan sesi pembentangan telah berjaya dilaksanakan dengan begitu cemerlang dan ini adalah antara topik yang dibentangkan iaitu;

-Updates on Global Halal R&D
-Halal Certified Machine Lubricants
-Update on Current Research on Gelatin Alternatives
-Advance Research in Pharmaceutical Products
-Halal an Emerging Food Quality Standard - Similarities between Halal & HACCP
-Updates on Global Halal & Kosher Industry
-Exploiting Palm Oil Potential for Halal Industry
-Artificial Bones Implant
>delegates
Walaupun pada malam itu diriku ini kurang sihat..demam kura-kura.. namun ku memohon pada Allah diberi kesihatan untuk meneruskan seminar esoknya.
Alhamdulillah badanku sedikit kebah..

Semoga dapat jumpa lagi di World Halal Summit 2010. INsya Allah

Sunday, May 10, 2009

SelaMat Hari Ibu


Setiap 10 Mei kita akan menyambut hari Ibu.
Macam2 program diadakan khas untuk para ibu.
Macam2 anugerah disampaikan sempena hari ibu nie...

Di kala orang lain memberikan ciuman dan hadiah istimewa kepada ibu mereka,
aku hanya mampu bercakap di talian untuk mengucap selamat hari Ibu.

Bagiku, hari-hari adalah hari ibu..
Kerana hari-hari kita perlu berdoa untuk mereka, bertanya khabar mereka dan lain2.
Walaupun anakmu ini berada jauh di rantauan, tapi hati kita sentiasa dekat..

Sejak 4 hari lepas, aku dikhabarkan emakku kurang sihat.
Ya Allah, terasa hari tu juga aku ingin menjenguk ibuku.
Tapi apakan daya, masa belum mengizinkan lagi utuk balik.
Tuntutan kerja yang tiada penghujung.
InsyaAllah, dalam minggu ni juga aku bercadang untuk balik

Mengenangkan orang lain memberikan wish untuk ibu mereka,
hatiku jadi sayu.
Entah kenapa tiba2 airmata ini merembes keluar.
LAju dan deras umpama air di kali.

Sayu kerana mengenangkan diriku ini dapat masuk U hasil didikan mak,
hasil penat lelah mak mencari nafkah untuk kami
untuk membesarkan ahli keluarga kami seorang diri,
kerna suamimu telah diambil olehNya.

Ku ingat lagi,
tiap2 malam mak balik lewat
hati ini terasa sedih
begitu besar pengorbanan mak untuk kami
sanggup mengorbankan tenaga , masa demi untuk mencari sesuap nasi untuk kami
aku tahu, mak tentu penat..
Balik malam, dan pagi2 lagi dah keluar.
Begitulah rutin hariannya...
Walaupun umurmu dah melewati senja
tapi kau gagahi jua...

Mak,
tiada barang bernilai yang boleh membalas jasamu,
kerna jasamu dan pengorbananmu tidak terhitung nilaiannya
hanya kejayaan dan doaku sebagai balasan jasamu.
itupun belum tentu cukup..

Ya Allah,
Kau ampunkan dosa makku selama ini,
Kau berilah cahaya keimanan kepadanya
Kau berilah kesihatan yang baik untuknya,
Kau kabulkan doanya.

Amin.Ya Rabbal 'Alamin

Monday, May 4, 2009

Aduhai...Tarbiah....


Kepenatan diuji bersama Nisa'Catering Team untuk Program Muktamar tidak berakhir di situ.

Selepas pulang dari muktamar, sekali lagi kami diuji oleh Allah dengan kesesakan jalan yang amat. Waktu tu dah masuk maghrib..Aku berkira2 sempat ke solat kat umah...
Ingatkan hati nak je berhenti kat mana2 masjid....

Belum lagi melepasi traffic light kat jalan Senai, tiba-tiba enjin keretaku mati..
Ops...biasa la tu...

Tiba-tiba....

Alamak kenapa x nak hidup nie...???
Aku dah cuak....
Bateri abis....
YA Allah, kenapa la die mati tengah2 jalan yang jem nie..
Ya Allah selamatkan kami....
Aku jadi blank...
Xtau nak buat apa.
Syukur padaMu kerana aku tidak keseorang...
Sahabat-sahabatku ada bersama...
Mereka keluar untuk menolak keretaku ketepi..
Aku...? Panik...

Kereta kat belakang dah poon!!!!!
aku lagi panik.

Seorang pemuda datang menolong menolak kereta ke tepi.
Alhamdulillah berjaya...

Sahabat2 yang lain sibuk menelefon suami k.Zie supaya dtg tlong kami.

Dalam duk menunggu Dr. Shafri sampai, beberapa sahabatku jadi 'polis traffic' jap menjaga lalulintas yang agak sesak.
Kesian kat diorng...
Syukur pada Mu kerana mempertemukan aku sahabat yang banyak menolongku bile ku kesusahan.

Waktu maghrib dah makin jauh.
Kami terpaksa solat dalam kereta. Mujur la air masak ada sedikit. Dapat la guna amik wudhu'.

Nie la ujian namanye. Dapatla merasa mcm mana solat dalam keadaan darurat yang tidak cukup air dan tempat yang sesuai. Kami solat dalam kete je.
Jalan sesak teruk.

Tiba-tiba.. sebuah kereta berhneti tepi jalan.

Kenapa dik?? Kereta rosak ke?

Syukur padaMu kerana menghantar bantuan kepada kami 4 orng pemuda yang dtg dari muktmar. Mereka kenal kami disebbkan VEST nisa' yang kmi pakai kot...

Alhamdulliah kereta dah hidup....

Dapatla kami meneruskan perjalanan....

Sejam jugak kami terkandas...

Sampai je umah k.zie, aku asyik bercerita kejadian tadi...

AKu xdpt bayangkan sekiranya aku keseorangan...

Syukur padaMu ya Allah....

Aku Mahu Buka CAtering!

Selama dua hari ini, aku tidak cukup tidur.
Kerna apa? Kerana sibuk rewang dek kerana amik tender catering untuk program Muktamar pemuda.

Ku kira inilah kali pertama kitorang geng Nisa' GP amik tender ni untuk peserta seramai 300 org. Fuhhhhh..... Penat sih...X tido malam...Sibuk siapkan makanan.
Tambahan pula aku jadi tukang masak profesional hehe...Kalah k.zie huhuhu...

Bayangkan sebaik sje balik handle serve tuk vip mlam tu, aku sibuk buat tugas aku memasak nasi goreng...Penat juga...Bergilir2 ngan k.zie memasak. aku sempat tidur 2 jam je. kul 5 pg sambung balik . kesian k.zie...sampai pening2 kepala... aku lak sakit tulang belakang nie....
tapi yng best nye, kitorng masak kat halaman luar beserta ngan ribut2 petir...
aku x hiraukan tempiasnye....hah...masak2...

usai siap kul 7...rehat kejap coz kul 10 kene masak menu lain lak...
pening2 kepala ini dek kerana x cukup tido...

tapi aku kuatkan semangat.... bangun2... siapkan mee goreng 40 kg...
huh... bagai nak patah pinggang nie....
alhamdulillah aku dibantu oleh che Saba yang dtg menolong..
alamak, kalu x, x siap la....

erm....gitulah ceritanye....
baru ku tahu betapa pentnye profesion sebgai tukang masak nie...mcm mak ku..dengan profesion tukang masak ni la, die membesarkan kami...]
balik lewat2 malam hatta kul 2 -3 pagi....
pagi esok kene siap2 pegi kerja lak....
kesian mak ku..dah la umur pun dah pencen ketika itu.tapi Allah bagi kudrat nye kuat demi menyara kami sekeluarga..

aku duk sibuk bercerita pada kakak pagi tadi..
kataku, lepas ni dah boleh jadi pengganti mak.....
lepas ni boleh la amik tender catering lagi...hehe...
aku dah tunjuk kebolehanku...alhamdulillah...

aku mula berangan, lepas ni nak buka catering la pulak.
alahai... mcm2 duk berangan....
nak jadi usahawan la....
dlm masa yang sama nak jadi lecturer...
cm mana tu....???

kesian tuk kali ini...